hari ni gua garang, nasik lemak pun gua bedal sampai 3 bungkus

Assalamualaikum wbt,

Gua tengok jam kat dinding dah pukul 10, suhu ekon pun dah sedap-sedap untuk tidor. Puan Marlina baru nak semayang. Tadi gua ajak semayang sibuk nak tengok cerita masak-masak. Orked pun dah ready dalam katil dia, isap jari tanda dah nak tido. Entah bila gua pun terlelap.

'Abg bangun..bangun.. cepat la bangun..' mcm urgent gaya puan marlina mengejutkan gua. Baru nak mimpi jadi jutawan!

'amender?' tanya gua

'jom makan burger nak kat kedai pak badut? (Mekdi)'

'malas la dah malam, badut tu pun nak tidor jugak!'

'bukak 24 jam laaa...'

'talipon suruh hantar ajer laaa' gua punya mood masih berat ke tidor lagi

'tak elok nyusahkan orang tengah-tengah malam. Kesian budak delivery tu kesejukkan naik motor semata-mata nak hantar burger kat kita. Abg tak kesian ke?'

Gua bangun tukar seluar terus start enjin keter 'budak delivery tu nak plak dia kesian, gua dah tido ni dia kejut sebab nak suruh bawak pi makan burger sikit tak kesian?' gua merungut dalam hati.

apei - budak kampung

p/s: lepas makan, boleh plak puan marlina layan orked main gelongsor kat tempat permainan dalam kedai mekdi tu. Gua tak cukup tidor hari ni, garang gua pun menaik semacam jer ni.

Comments

arfahadnan said…
makan 3 bungkus nasi lemak bukan garang namanyer.. itu pelahap..
bro..ko nie nape...
nak kata garang tak nampak
yg nampak bro bengang jerk lebih..he3
*Miss Geli^ said…
kes mesti tak baca bismilah..tu susah kenyam tu..

apo daa!!
dakgilachoc said…
aku rasa perut ko byk cacing la bro..tu sbb ko makan nasik lemak 3 bungkus..heh!
mEiZ SHA said…
hehehhehe
pelahap ya ampunnnnnnnn kamu


hehehe
cian pak badut jd mangsa kelahapan kamu...:)

hehehe
Liliyuli said…
ala..lu nama pun dah jadi laki org..kena la berkorban tido..hahaha
Ann said…
nk jd suami soleh kn, korban la ckit....hehe
cahaya said…
first n formost:ala suuuwitnyer en apei nih...sanggup gak gi kedai pak badut tuh...

secondly:lapo ke garang yg belasah nasi lemak sampai 3bungkus..

thirdly: mulia sunggoh hati isteri en apei..

last but not least:hahahah..tak sangka mekdi tu kedai pak badut erk..kukukuku
qishie said…
comel gile bini ko.
ahahaha..

kata orked dah tido.
boleh plak budak tu nak main gelongsor bagai?
mrblind said…
heh..gua dengan mcd tengok pun gua dah gigil..tak tahan tunggu anak main gelongsor tu beb..
naDDy said…
sian perut en apei menjadi mangsa..

mane entri sebelum ni?
sharamli said…
mengalahkan 0rg peri0d
blackskin said…
Pergh...susah jugak hidup berumah tangga. Buat suami tak sabar mau kena lempang bini.
redSeptember said…
suami makan tali betul la hang ni. untung puan marlina....
Kuwe said…
baru jam 10.lu mmg tak rock la lah.kecik2 lu ada makan choki2 lebih ka?
langkasuke said…
nasik lemak berape ringgit lu bedal..

setakat 50sen orked pun boleh hahaha..
razor said…
sungguh garang.
Precious said…
Alahaiii ... kiut nyer. Bertuah cik adik die ...
Tengahari nanti berapa bungkus?
apei said…
arfahadnan - gua mencurahkan rasa tak puas hati melalui gaya makan. lu mana tau!

eiza - bengang pun yer jugak

misgeli - dah baca dah. takkan lu nak suruh gua baca satu quran sampai katam baru boleh makan kot.

aisyah - hehehe

dakgilachoc - masa gua kecik dulu ada laa.

meizsha - tengok perot arr..

liliyuli - bukan takat tido gua aje yang terkorban, malahan minyak kereta, dan RM gua juga turun terkorban wooo

ann - nak soleh pi kawin ngan tabligh arr..

cahaya - first: gua terpaksa. second: bila marah gua suka makan!
third: yer memang mulia...
last: kedai pak badut merujuk kepada mekdi (istilah digunakan ketika zaman sebelum kawin)

qishie - comel? memang dah nak tido, pastu dah bini gua angkat dia bawak masuk kereta terus jadi tak tido la.

mrblind - main gelongsor kalau kejap-kejap tak aper..ni kurang-kurang nak sejam.

naddy - hehehe. entri aper weh?

sharamli - siol!

blackskin - jgn weh berkasar dengan pompuan. Dayus tu..

redseptember - mithali beb..mithali..

kuwe - gua nak tengok lepas lu kawin esok. silap-silap berita tv3 belum start lu dah dengkor..

langkasuke - nasik lemak 80sen. ada nasik, sambal ngan telor potong 25slice.

razor - tu baru garang sikit tu.
@tune® said…
huh
mkn punya pasal
apei said…
tune - gua jadi mangsa..
Precious said…
Uhh ... just nak say thanks for d wish, yer!

Popular Posts