kenapa hari ni saya garang?

Assalamualaikum wbt,

26 Aug 2009, 12.58pm - Menerima panggilan dari Datin Sri "Apei, Orked ni demam lah mak rasa, tadi dia muntah-muntah. Badan pun panas ni. Muka dia semua dah merah. Tadi ada mak bagi dia ubat demam tapi nampak macam tak ok lagi ni". Gua call Pn Marlina yang sedang gumbira tidur di surau opisnyer. "Anak demam, nak bawak pi klinik sekarang atau petang?" tanya gua. "Sekarang!" pendek ajer jawapan Puan Marlina.

1.40 pm - Klinik Kita Cheras Perdana. "Ooo anak awak demam sikit ajer, 38' ajer suhu dia. Tak ada apa-apa ni. Saya masuk ubat dalam bontot dia nanti balik awak lap ajer badan dia dengan kain basah. Bagi dia tidor." kata doktor. Gua akur, walaupun gua rasa mcm nak tempeleng ajer muka doktor yang cek ala-kadar tu.

2.40 pm - Orked tidor secara bersama-sama dengan Puan Marlina di bilik. Bukak air-cond sejuk dah macam tahap duduk kat kilang air batu. Tak ada sikit pun ruang untuk gua pekana baring atas katil tu. Hati gua jadi sayu.. Turun bawah layan cerita melayu merepek tajuk dia 'Kelab Pop' kalau tak silap. Mcm bangang punya rancangan! Gua bayar astro mahal-mahal tapi pihak astro bagi gua rancangan bengap mcm ni. Ingat gua bayar lu tiap-tiap bulan pakai duit palsu ke?

5.30 pm - "Abang bangun semayang asar dah kol berapa dah ni" Puan Marlina kejutkan gua yang tertidor depan tv kesan dari rancangan merepek yang gua tengok tadi. Lepas semayang Puan Marlina cakap suhu badan Orked dah turun. Petang tu Orked mcm biasa meyepahkan seluruh rumah dengan tangkas! Walaupun rumah bersepah, tapi hati gua girang pasal Orked dah sihat.

7.30 pm - Bukak puasa gua bedal sup ekor, nasik putih, kuih-muih yang nampak lazat dan minuman sedap hasil air tangan Puan Marlina dari pasar ramadhan berhampiran!

8.00 pm - Orked mula meragam balik, cek suhu badan sudah meningkat mcm siang tadi iaitu 38'..

8.30 pm - Tengok berita pun dah rasa mcm tengok rancangan musibat yang tajuknyer 'Kelab Pop'.. Orked nangis tak berhenti. Meragam tak tentu pasal. Ubat dah bagi, sukat suhu badan makin menaik jadi 38.5'.

9.30 pm - Akhirnya Orked tidor bersama Puan Marlina. Dapat gua tengok tv dengan aman. Gua dah target pukul 10 ada CSI Miami.

10.15 pm - Orked sekali lagi meragam. Air tak nak, susu pun dia rejek bulat-bulat ajer. Puan Marlina sekali lagi lap badan Orked dengan kain basah, gua tepek cool fever kat dahi Orked. Akhirnya tidor semula. Suhu badan menurun sikit 37.5'..

11.30 pm - Gua semayang Isya' terus buat tarawih. Orked dan Puan Marlina dah tidor.

27 Aug 2009, 12.30 am - Elok gua baru nak amik posisi baring yang paling sedap, Orked tetiba menangis. Kuat giler... tak pernah gua dengan dia nangis kuat mcm tu. Panic gua menaik semacam. Mata Orked dah mula merah, bibir pun dah mula pecah-pecah.. cek suhu 39.8'. Sabar gua dah hilang. Gua syak doktor siang tadi dah tipu gua. Dia kata anak gua demam biasa. Tapi gua tau ada yang tak kena.

1.30 am - Hospital Pakar Ampang Puteri. "Yer anak awak demam, suhu badan tinggi sikit. Tak apa buat masa ni kami masuk ubat dalam bontot dia dulu biar suhu dia turun. Saya rasa dia demam biasa ajer ni!" gampang, ayat sama mcm kat klinik siang tadi! Gua syak semua doktor tak tau cakap benda lain selain dari ayat ni. "Boleh tolong cek lebih detail tak, kami tak puas hati!" kata Puan Marlina. Nampak muka dia pun mcm dah mula palat dengan perangai doktor yang suka pakai ayat yang sama.

1.45 am - Nurse amik darah dari tangan Orked. Amik sample hingus untuk cek H1N1. Buat kerja kasar. Lu ingat ni anak unta ke? Nasib baik cun mcm awek-awek iklan syampoo. Kalau tak memang sekor-sekor gua maki ajer. Budak kecik umur 10 bulan pun nak panggil sampai 5 orang hendel. Masuk gua dengan Puan Marlina dah jadi 7 orang. Mcm nak sembelih sekor lembu!

2.45 am - Keputusan ujian darah keluar. "Ok, as what I said, anak awak cuma demam biasa sahaja. Influenza A negetive, Denggi pun negetive. Sel darah putih dan darah merahnyer normal. Paru-paru dia saya cek pun ok. Don't worry so much laa.. balik lap ajer badan dia dengan kain basah!" kata doktor. Sombong sikit muka dia masa ni. Puan Marlina puas hati.

3.15 am - Sampai rumah, Orked dah tak nak tidor. Sibuk nak berdokong ajer. Mata gua pun dah tak ada selera nak tidor. Bukak tv sekali lagi astro menyiarkan rancangan begap tajuk dia 'CAM - Cerita Artis Malaysia' kalau tak silap gua. Memang nak kena tendang dada Ananda Krishnan ni.

5 am - Orked akhirnya tertidor, gua pun sahur laju-laju. Rancangan gua lepas sahur nak jugak pekena baring. Aper giler malam ni gua tak baring lagi.

6 am - Gua rasa mcm baru ajer tutup mata, tetiba alarm hp gua dah bunyik suruh bangun semayang dan siap pi kejer. Sebelum pi keje, cek suhu badan Orked dah menurun ke 37'. Gua harap dia terus sihat hari ni. Puan Marlina mengambil cuti untuk menjaga Orked.

7.30 am - Atas hi-way, gua bawak kereta pada kadar kelajuan biasa-biasa. Tapi dua kali gak gua nyaris nak langgar divider.

Teka-teki - Kenapa hari ini saya garang?

a- Internet dan Pc sama naik lembapnyer
b- Kerana dapat menonton rancangan bermutu dari astro
c- Sup ekor masa berbuka semalam mahal, daging ada 2 ketol ajer dan tak sedap.
d- Kerana nyaris nak langgar divider sebanyak 2 kali
e- handphone kena bar kerana lupa bayar bill yang dah over-due (terima kasih celcom memang berbaloi-baloi!) atau,
f- Berhadapan dengan Doktor yang tak pandai buat ayat lain selain dari "Oo anak awak demam biasa ajer ni. Saya masuk ubat ikot bontot yer." mcm celaka!

Tekaan yang tepat akan memenangi sesi tengok bola dengan gua kat mamak untuk game Arsenal vs Celtic dengan semua kos roti canai dan teh tarik di tanggung penuh oleh pemenang!

apei - budak kampung

p/s: Doakan Orked terus sihat..

Comments

Jard The Great said…
aku khusyuk membaca entri mu ini.. hang bad mood kerna seme kat atas....

bad mood pon.. sempat gak nk komen blog aku.. ehehe.. insyaAllah.. anak hang MEMANG demam biasa ja.. dan akn baik dlm 2-3 hari.. (mcm aku jugak)

Aminnn..
mrblind said…
dari atas gua baca..asal orked nangis, pn marlina yang handle..lu sibuk dgn tv saja..nak makan terajang ke woi? hahaha
mEiZ SHA said…
hehehehe
alhamdulillah demam biasa..tp bagus tindakan lu tu bro!!
:)

dakk ecik ni demam biasa pun leh jd luar biasa..

gua syak lu bad mood sebab semua tu nie
:
hehehe

relax!!!cool!!
anakmu demam biasa je!!
:)

jaga dia elok2 ok bro
moga cepat baek ek orked cyg..;p
g-kerana anda tak cukup tidor.


insyaALLAH orked ok punye. dah ade ubat, jangan lupe kasi orked makan.kalau tak, buat stok je ar.orked pon tak sihat2.

gambar terbaru orked takde ke kat blog satu lagi?
Ann said…
insyaallah orked akn sht cam biase, sabar ye en apei...doa je la byk2.

kes doktor tu, ssh ar nk jumpe doktor yg check betul2, hrp byr je mahal..agknye malaysia je ke camni?
pijah@hakuna said…
cian orked. xnak teka. adiah xmenarik .
MaszLaVista said…
cis!
kt hosp swasta pon diorng treat patiest cmni ker?
aku gi gomen pon cm bangsat je diorng layan aku...
sharamli said…
sbb puan marlina peri0d?
Bondarock said…
Gua rasa lu garang sebab tak dpt tkg CSI Miami.
moga orked cepat sembuh
Yot | is | Yati said…
cian orked eh. moga2 dia cepat sembuh. sokong mr blind. asik puan marlina jerk...tak adil neh.
apei,
38 tu tinggi la bro.
suhu badan normal 36.5-37.2.
lagi-lagi kalau budak kecik memang bahaya.
aku yang baca entri ko ni pun rasa macam nak penyepak je doc2 tu.
aku baru-baru ni kena demam panas.
40 suhu badan aku.
mula-mula nurse tak percaya.
aku direct jumpa doc.
nasib baik doc kat pkukm ni baik. (dr rahmah namanya. tak hot macam nurse tempat ko pergi tapi sangat humble dan modest)
siap bagi extra vitamin kat aku.
sebab suspek selsema babi.
alhamdulillah. aku bebas virus tu.

p/s: yang ko tengok siaran 104 105 buat apa. tengok la siaran lain. oasis ke. :)
CHEDEM said…
Lu garang ker...?
langkasuke said…
lu semua keadaan nak garang..

tp bab orked tu gua doakan dia selalu dalam keadaan baik..

aminnn..

Popular Posts