mereka bukan untuk difahami tapi...

Assalamualaikum wbt,


1995 - "Atok, apei tak paham betol la perangai pompuan ni. Dalam kelas budak pompuan suka mengumpat, kat kantin cikgu pompuan pun mengumpat sambil jual make-up, dalam bas sekolah pun makcik bawak bas tu suka membebel sorang-sorang. Kenapa pompuan tak cool mcm lelaki? Mcm ni tak sanggup la kawin!"

" hahaha.. kerja kita ni orang lelaki bukan untuk faham pompuan, tapi untuk sayang pompuan. tak payahlah risau benda yang kita tak payah buat" kata arwah atok sambil gulung rokok daun.




**********



Sahur tadi masa tengah rancak gua bedal nasik masak lemak cili api ayam, ikan masin goreng dengan sayur goreng air tangan puan marlina tetiba ada SMS berunsur gampang masuk.

"laling, tolong tengok saper sms abg pepagi buta ni" kata gua kepada puan marlina

"I betol-betol sayang kat you, kenapa you buat I mcm ni?" puan marlina membaca kuat-kuat message tersebut sambil renung mata gua tepat-tepat.

Nyaris gua nak tercekik ayam "ni scandal abg yang mana plak ni?" tanya puan marlina. Hati gua dah mula tak sedap. Tak sanggup gua nak makan meggi berbuka nanti.

"orang salah hantar sms kot..dah la jom makan!" gua buat-buat cool tanda tak tau aper-aper.

"oo yer? Ok kita makan tapi lepas ayang call nombor ni dan tanya betol ke dia sanggup bersuamikan lelaki kuat makan mcm abg ni" lantas puan marlina call nombor berkenaan dengan menggunakan talipon beliau. **Nota kaki - loudspeaker activated.**

"halo" kedengaran suara pompuan dihujung talian. Suara tak sedap, gua syak awek ni cun. Ini petua buyong!

"hallo, saya marlina, boleh saya tau siapa kat sana?" sambil mata menjeling gua

"saya julia, yer ada aper cik marlina?"

"tadi suami saya dapat sms dari awak kata awak sayang kat dia"

"........" julia senyap.

"Cik Julia, betol ke awak sayang kat dia?" tanya puan marlina lagi. Kali ni jeling dia boleh buat gua rasa nak benam muka dalam periok nasik!

"emm.. I memang dah agak dia suami orang, tapi dia cakap dia bujang lagi!" suara julia dah mula sekat-sekat mcm nak nangis.

"Ooo yer ke, En Firdaus ni dah kawin dah.. anak dia pun dah pandai panggil dia papa" terang puan marlina. Masa ni masak lemak cili api pun gua rasa dah mcm air longkang. Nasik pun rasa berseredak semacam ajer dalam tekak.

"err sorry Pn Marlina, come again what is your hubby's name?" julia mcm terperanjat

"Firdaus, kuat makan dah suka tidor"

"Err.. I think we have a miss understanding here! my boyfriend's name is Helmi. Mungkin I tersalah hantar msg. No phone Helmi is 019-356##37. I'm so sorry puan marlina!"

"I see, ok fine, nombor diorang memang hampir sama. Are you sure julia, that msg for Helmi not Firdaus?" masa ni gua pulak jeling puan marlina sambil kunyah ayam kuat-kuat tanda marah.

"Sangat pasti. Biasalah puan marlina, lelaki ni memang tak boleh percaya, penipu kuat. Helmi tu cakap pi semayang tarawih tapi I nampak dia duduk kat kedai Internet dengan pompuan lain..bla..bla..bla..." Puan marlina terus berbual dengan julia hingga abis waktu sahur.

Pompuan memang suka cemburu dan bergosip, sama la lelaki dengan gadjet, bola dan kereta. kita sebagai lelaki yang cool kena la terima mereka seadanya. Betol lah kata arwah atok, pompuan bukan untuk kita fahami tapi untuk kita sayangi, sebab sampai bila-bila pun gua rasa kita memang tak akan mampu memahami perempuan. Tapi kalau ada pakwe lu orang cakap "I paham sangat dengan you ni!" lu boleh jawap "go to hell lah lu penipu!"

apei - budak kampung
p/s: "bebal, pakwe pi kedai internet pun nak gadoh!" - apei..

Comments

MaszLaVista said…
apei,
gua rase laki gua tak paham n tak sayang pon ngan gua weh...
sharamli said…
ceit...n0 tep0n pakwe p0n xhapal..

dia tipu puan marlina la tu...dia memang nak carik firdaus..kn..kn..
*Miss Geli^ said…
firdaus tu dah awal awal bgtau itu aweks suh blakon kalu marlina call..

terer tol firdaus tu cari awek pelakon gitu
tumbler biru said…
serious menghiburkan hari puasa ku ini!

paling tak tahan, marlina boleh plak open table - dah mcm ruangan luahan kak sri siantan dah. he he
antusabun said…
kahkahkah.....
silap ari bulan puan marlina dengan julia jadi besfren
citahrudin said…
aku nk cari pakwe lah..nanti buleh r cakap

"go to hell lah lu penipu!"

best2...
cahaya said…
cahaya respect la wife bro apei..
cool nyer die...
mmg leh wat role model nih..hikhikhik...
kem salam kat die erk..(^^,)
Ann said…
hehe leh lak bergosip ngn org yg x kenal...respek la ngn pn marlina ni.

ak rase bro pun mesti dup dap dup dap dlm hati tu kan...mmg dugaan tol la.
hahaha.
kenapa ko cuak ayam masa pn marlina soalsiasat si perempuan bersuara sumbang tu?
apa pun.
cerita ko memang real apei.
wakakakakaak. lawak lawakk. nasib baik puan marlina tenang je ek.
thaliana_damia said…
ko abis tak makan nasi time puan marina buat soal siasat ? tapi apsal ko mesti ada part cuak gak?
mEiZ SHA said…
hhahahahaha
giler ar lu bro!!!

seb baek pn marlina x telangkup masak lemak cili api tu kat muka pg2..;p
heheheh

perempuan mmg untuk di sayangi..paham sikit2 suda
:)
firdaus...bro cmner leh jd apei..jauhnya lari bearing..nasib puan marlina cool jerk..cuma jeling2..he3

salam ramadhan almubarak dan selamat berpuasa utk bro sekeluarga..
CHEDEM said…
julia coverline baek punya.dugaan puasa apei, lek lek sap kok waktu buka nanti banyak2.Kasi tenang...hehehe
arfahadnan said…
cara kau cuak mcm ader scandal jer sebenarnyer..
aliff muhammad said…
Salam,
Apei,

Ha!ha! Kantoi! Tapi ko tak bersalahkan? Terkena sahaja. Respek wife ko yang cool aje.

Soalan ko kat atuk tu pernah juga aku tanya pada ayahku, pada emakku, pada rakan-rakanku, jawapannya?

"pompuan makhluk emosi!".
langkasuke said…
pas no makwe tu kat gua.. gua nak tarbiah sikit..
Wan Fara said…
haha dah lama tak komen kat blog si apei ni. tp kalau tak phm ppuan tu mcm mana nak bcnta ngan ppuan? rasa2nya ppuan faham tak lelaki?

Popular Posts