Monday, August 17, 2009

siri bertemu dengan mulut puaka

Assalamualaikum wbt,

Hari sabtu lepas bini gua ada exam, orked plak ikot nenek dia pi jalan-jalan beli baju raya. Gua sangap dok rumah sorang-sorang. Main game pun dah tak seronok mcm rasa main congkak ajer.
sekujur badan berselimut putih, rebah bersemadi sendiri..lala..lala.. ringtone handpon gua berbunyik lagu nasyid. Puan Marlina yang tukar malam sebelumnya. Katanya sebagai persediaan menyambut ramadhan. Gua pun tak tau kat mana logiknya..

Ferdy membuat panggilan..

'haloo my dearest brother in-law..wazzap..long time no see you in the hell!' kata ferdy. Barat sungguh gayanya.

'Walaikumsalam' jawap gua buat-buat kerek.

'apei, lu kat mana? follow gua pi KLCC jom, nak tengok wayang. Pastu gua nak beli kasut. Ada berani?'

'pukol berapa?' tanya gua

'kita jumpa kat surau. lepas semayang zohor kita terus chow'

'ok.. naik motor lu ajer. kunci keter gua tak tau mana bini gua letak'

**********

Di KLCC, setelah bermesyuarat di depan pintu masuk wayang, gua dah ferdy bersetuju untuk menonton cerita 'SETEM'. Walaupun gua pertaruhkan tiket free kepada ferdy untuk menonton GI Joe, beliau tetap berkeras untuk menonton SETEM, gua akur setelah ferdy pulak meng-offer gua tiket free dengan syarat gua belanja pop-corn. Mcm lahanat perangai..

Sepanjang beratur nak beli tiket, gua dan ferdy berbual-bual mesra, senyum dah ketawa. Maklum ajer lama kami tidak berjumpa.

Gua ada perasan satu dua makwe-makwe yang datang dengan pakwe masing-masing dok terjeling-jeling kat gua ngan ferdy. Tapi gua buat-buat cool ajer. Mungkin mereka menyesal couple dengan pakwe-pakwe mereka yang tak setampan gua dan ferdy. Muka suci tak ada jerawat, dada bidang, tangan ada urat, pakai baju arsenal dan ada janggut sikit tanda comel. Tetiba gua terdengar suara-suara mcm celaka dari couple yang beratur kat depan gua.

'mesra ajerkan diorang tukan?!' kata pompuan tu sambil jeling-jeling kat ferdy

'gay la tu' jawap si lelaki yang mcm celaka mulutnya.

kemak betol, darah gua dah menaik semacam. Nasib baik ferdy sabarkan gua.. kalau tak memang gua dah terajang dada mamat tu. Ingat lu datang KLCC pakai tali pinggang ada gambar tengkorak lu dah terer ke?

Dalam wayang gua ngan ferdy amik sit asing-asing, kata ferdy untuk kepentingan orang awam.

apei - budak kampung

p/s: nak balik, tengok kat motor helmet plak hilang. real punya kemak!

20 .:

Liliyuli said...

hahaha..
bebudak yg slalu lepak kat klcc tu mulot mmg puaka..
mulot wa je mulut manis..ekeke

redSeptember said...

habis hang balik pakai serban ke apa?

if i were you, lagi derang nak mengata, lagi ceq akan berlakun mesra. either that or i go to their faces and ask: "do we have a problem here?"

sharamli said...

mesti mamat pakai tali pinggang ada gambar tengk0rak tu yang amek helmet..

eh..eh..eh..silap2..xbaek buruk sangka kt 0rg..

DaliaLiyana said...

baca tajuk je akak dah seram sejuk....
hehe..
salam ziarah...
salam ramdhn..

tumbler biru said...

alo..lo...lo...comel sahaja.

kau ni mmg pujaan ramai lah. jejaka idaman; baik lelaki mahupun perempuan. keh keh

sure kau rasa nak hentak gua kan? HAK HAK.

paiseh said...

memang puaka yg curik elmet lu~

langkasuke said...

mcm kemak mulut budak tu..

apsal lu tak libas je dengan tali pinggang tengkorak die tu??..

CHEDEM said...

Gua panas betul kalo orang curik helmet ni...

Ann said...

kelmarin, aku ngn member2 kuar, dn depan kitaorg ade 2 org laki bgurau sesama diorg, pastu member ak kate, geli jer tgk...kalo org pompuan bgurau cmtu x pelik lah..

cahaya said...

waRgh!!!!ruGi2..tak kenal bro apei awal2...ciri2 yg di cari Tuh!!hahahaha...(^^p)

mEiZ SHA said...

hehhehehe
den lu balik umah naik pe bro??
lrt je ke?

ada best ka setem?

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

bukan ape, pelik kalau lelaki keluar berdua.sebab tu kot dia cakap korang gay.lagi lak zaman pelik2 skang ni. tapi mulut dia agak puaka la.cakap tak reti tak cover.

@tune® said...

xbgtau pon ko gay!!!

♥chentaMAYA™ said...

ouh!
sian ko!~
xpe!
dugaan!~

PETAK.! said...

AHAHAHA.Gay.?Jangannn.Aahaha.

~Mardihah~ said...

HAHAHAHAHAHA

tak tahan gelak baca artikel yang ini. Ko kalau nak merapu pandai ye...isk2......

lebih baik kau jauhi rapat dengan ferdy sebab gaya-gaya wajah ko dah nampak macam gay! hahahahaha

apei said...

liliyuli - yer ke mulut lu manis? nanti gua suruh ferdy rasa.

red - gua nak dekat2 bulan puasa ni mood gua lebih cenderung ke baca quran dari gaduh.

sharamli - dia bukan tau gua datang klcc naik motor pun.

dalia - salam ramadhan kak.

tumbler biru - pujaan-pujaan gak tapi aper jadah panggil gua gay.

paiseh - kalau gua nampak puaka tu memang gua libas sekali tengkok dia.

langkasuke - pasal dia lagi besar dari aku bro. hahaha...

chedem - ikot hati nak ajer gua report polis. brand soul, fullface tu brader.

ann - cakap ajer la nak berkenalan. yang pakai baju arsenal ada jangut sikit tu nama dia apei. dah kawin.

cahaya - takper..takper..jgn putus asa. ferdy masih bujang.

miezaranda - ferdy roger adik dia suruh hantar helmet. setem 4 bintang.

naddy - tapi DNA gay mahupun metroseksual sikit pun tak ada dalam diri gua ni.

tune - sial!

chentaMAYA - gua kalau dugaan lapar, dugaan internet lembap, dugaan line talipon kena potong gua masih boleh hendel lagi. tapi dugaan mulut2 puaka mcm ni sabar gua memang cepat ajer nak hilang.

petak - woi gua bukan gay.

mardihah - mentang-mentang aku jauh di perantauan sekarang. berani kau panggil aku gay ek!

Shahrul (Nama Sebenar) said...

apei,
hahaha.
serius kelakar entri ko.
tapi memang cibai mamat tu.
sebab tu aku jarang kuar berdua je dengan membe laki aku.
taknak timbul spekulasi macam tu.
almaklumlah. budak zaman sekarang.
(bajet dah dewasa la sangat aku ni)
hahaha.
mahal bro helmet ko.
hohoho.
p/s: harini pun mulut aku duk mencarut je. huhuhu. geram tol dengan pemandu jalan raya yang bawak kete cam babi.

apei said...

sharul - gua memang dah banyak sabar ngan kutu-kutu klcc ni. woi gua pun salah sorang pemandu gak, entah2 yang lu panggil babi tu gua kot? sial!

Shahrul (Nama Sebenar) said...

apei,
pehal lak lu terasa?
aku harini bawak moto area bangi je.
ko ada lalu sini ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...