Tuesday, September 29, 2009

Happy Birthday Orked

Assalamualaikum wbt,
Hari ni genap umur anak gua 1 tahun. Mcm yang gua janji, gua akan tunjukkan sedikit dari koleksi-koleksi gambar peribadi gua bersama-sama Orked dari hari pertama Orked bernafas.

29 Sept 2008 - "Abg, baby dalam perot ni pusing-pusing lah. Sakit sangat dah rasa perut ni" Puan Marlina call gua yang pada masa itu tiada di rumah. "Ok abg balik sekarang!" jawap gua.

Sampai di rumah, gua membawa Puan Marlina ke Ampang Puteri, doctor ramai dah cuti pasal masa tu lagi 2 hari nak raya. Yang ada hanya Pakar bersalin Dr Kupumani (India, perempuan).
"ayoo ada contraction, you kena bersalin cepat" kata Dr Kupumani kepada kami.
"Tapi doc, due date lagi 2 minggu. Lagi pun kami dah nak balik kampung ni" jawap gua pulak.
"Cit, you lagi pikir mau raya. You boleh balik tapi kalau anak you mati dalam purut jangan marah saya! Musti kasi keluar ini hari jugak" Pundek, Dr Kupumani cuba gertak gua.
Memikirkan keselamatan Puan Marlina dan bayi yang bakal lahir, gua sain jugak surat-surat yang dah disediakan. Sebagai tanda setuju Puan Marlina akan bersalin pada hari itu.
Tak tau lah aperhal. Sebenarnya hari ni gua malas nak tulis. Tepek gambar dah la, pastu gua tulis la sikit-sikit pasal gambar tu.

Puan Marlina di tolak ke OT (Bilik bedah) gua ikot time ni.

Pertama kali dalam hidup gua tengok operation secara live. Dah la yang di potong tu perot bini gua. Dem, nyaris gua nak pengsan. Gua gayat tengok darah. Uuwwekk..

Nafas pertama Orked. Gua tengok Orked tarik nafas dalam-dalam, kemudia dia tersedak mcm lendir keluar dari mulut dan terus menangis. Masa ni gua tak dapat nak gambar mcm mana perasaa. Best!

Satu jam selepas dilahirkan. Masih lagi nangis sikit-sikit. Baru lepas kena bcg


Hari ke dua, masih tak bukak mata. Tidor sepanjang hari.

Masih lagi hari ke tiga Orked dilahirkan bersamaan hari raya pertama tahun 2008. Pertama kali gua makan rendang kat hospital. Tak best langsung! Gambar menunjukkan ciuman dari seorang bapa yang penyayang, baik hati, gentlement, gagah, sasa, ada janggut, perut tak boroi dan kelihatan kiut memakai kemeja.

Minggu ke dua, masih kuat tidor. Gua dah mula tak sedap hati. Bila time gua boleh main ngan anak gua sendiri?

Pejam-celik-pejam-celik, Orked dah pun sebulan masa ni.

Masa ni Orked dah 4 bulan. Pertama kali bawak Orked naik flight. Gambar menunjukkan Orked baru lepas muntah. Pening kepala kot naik flight.

5 bulan

6 bulan

8 bulan, pelampung pertama dan jugak kali pertama gua lepaskan Orked main air kat kolam orang dewasa.


10 bulan. Yer, pada usia ini Orked bukan sahaja mampu merangkak pada kelajuan luar biasa, tapi juga sudah cekap memanjat tangga. Antara rekod kesalahan yang sempat dicatatkan dalam report card beliau adalah menjolok jari ke dalam lubang suis, menyepahkan tisu di seluruh rumah, memecahkan 3 frame kaca, 2 pasu tembikar, 1 psp Mr G dan 1 handphone. Tak lupa jugak beberapa kali menumpahkan lauk dari atas meja makan dan cucuk mata gua dengan jari sambil ketawa. Kesabaran adalah perlu pada tahap ini.

Gambar ni gua amik beberapa minit sebelum 12.00am 29 Sept 2009.

Gambar ni gua amik tepat pukul 12.00am 29 Sept 2009. Orked genap setahun.

"Orked, moga Allah merahmati kamu, mencintai kamu dan mengasihi kamu. Tidak kira senakal mana kamu sekalipun kamu akan tetap buat semua orang tersenyum. Selamat Hari Lahir pertama sayang."


apei - budak kampung

Friday, September 25, 2009

Dah sampai KL.

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah pagi ni gua dah selamat sampai semula di KL. Hari raya ke empat, 7 kali febregas misscall gua nak sangat dia ajak gua pi open house hari raya kat apartment sewa dia kat alamat Drayton Park, London, N5 1BU, United Kingdom‎. Last-last dia sms gua "bro, gua dah order satey ngan nasik beryani ni saper nak makan?"

Kesian punya pasal gua pi jugak. Takat bagi duit raya kat anak gua 50 pound ajer tambang kapal terbang nak balik pun tak lepas. Bagi alasan cakap tahun ni budak-budak arsenal tak dapat bonus pasal tahun lepas tak menang apa-apa cup. Tulah saper suruh main bola macam gampang!

Selasa 29 Sept 2009, hari jadi Orked 1 tahun. Gua memang tak into adegan-adegan birthday party ni. Gua dah jemput pa'eh yang baru abis belajar agama kat mesir suruh baca doa selamat panjang sikit. Saper nak datang boleh datang. Kalau tak sempat datang pun tak apa, tapi hadiah kena post.

Nantilah gua buat entry special untuk orked. Mood raya gua tak abis lagi.

apei - budak kampung

p/s: Petang ni ada open house rumah pak long gua. Dengar citer ada kambing golek. Gua memang tak boleh dengar benda-benda mcm ni. Gatal ajer rasa telinga ni.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt,


Gua up gambar ni sempena raya. Dari kanan: Puan Marlina, Orked dan gua.

Gua punya mood dah berat nak beraya ajer. Bangun pagi nak pi kerja pun dah rasa macam haram. Bini gua pulak dah sibuk nyayi lagu raya pagi-pagi. Sama mcm mood gua nak tulis blog pun dah rasa semacam.

Gua dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang terbaca blog merapu ni. Yang bawak kereta balik kampung tu sila berhati-hati. Kalau nampak ferari gua atas hiway jalan slow kat lorong kanan tak payah nak mengada-ngada angkat lampu tinggi, gua sikit tak heran. Silap-silap gua slow kan lagi kereta gua. Kerajaan cakap kelajuan kat hiway 100km/j ajer sekarang.

Blog gua akan beroperasi semula seminggu lepas raya. Gua nak amik mood buat entri pasal birthday Orked plak.

apei - budak kampung

p/s: Raya ke-3 gua pi London jap open house rumah Febregas. Sesaper nak datang rumah sms dulu takut gua tak sampai KL lagi.

Tuesday, September 15, 2009

Orked setahun...

Assalamualaikum wbt,



Lagi 2 minggu hari jadi Orked yang pertama. Gua ingat nak buat special entry pasal Orked hari ni. Tapi entah aperhal mood malas gua menjadi-jadi. Idea nak tulis aper pun tak tau. Kalau gua malas nak tulis tapi letak gambar ajer ok ke?

apei - budak kampung

Monday, September 14, 2009

pengalaman saya bertemu dr ashraf 4 tahun lalu

Assalamualaikum wbt,

Lepas abis belajar kat universiti, gua bekerja di sebuah kedai buku nama bunyik mcm jepun sikit-sikit di tingkat atas Suria KLCC. Dekat dengan petrosains tu. Aper benda nama kedai pun gua dah lupa. Disana gua telah ditempatkan sebagai casher. Disitulah gua telah dipertemukan dengan seorang lelaki berbangsa sama mcm gua dan berusia tahap uncle-uncle.

"Selamat datang encik, ini sahaja ke buku-buku yang hendak di bayar?" tanya gua buat-buat mesra Sambil cakap ayat kat atas dan tangan hendaklah diletakkan di sisi sambil tunduk sikit kepada pelanggan sebagai tanda hormat. Ini adalah policy syarikat jepun. Serupa gampang gua rasa. kalau ada 1000 orang pelanggan nak bayar, 1000 kali gua kena cakap ayat mcm tu sambil kena tunduk pun 1000 kali. Sakit pinggang gua, kalau lagi 10 tahun gua kerja kat situ dengan jawatan yang sama, insyaAllah lebih 5 kali gua akan operation pinggang!

"yeah, that's all" jawap pakcik tersebut. Style pakcik ni mcm orang kaya-kaya. Gua syak pakcik ni mesti pesen cakap melayu pun mesti dah tak berapa lancar ni.

"I find malaysia develop very well, I'm proud said that I'm malaysian" sambung pakcik tadi lagi.

"ooo, uncle dari mana?" gua tanya buat-buat mesra sambil senyum. Polici syarikat jepun cakap kita kenalah sentiasa senyum dan mesra dengan pelanggan. Bila bercakap mesti kena tunduk setiap kali abis cakap. Dem!

"Oh Born in Muar. I'm from London. Leave there for more than 20 years" sambung pakcik tersebut. Gaya angkoh gua dah nampak sikit-sikit. Cakap melayu pun dah langsung tak reti.
Setelah selesai gua scan semua buku lalu gua bertanya cakap orang putih jugak "cash or card sir?"

"card" jawap pakcik tersebut sambil menghulurkan sekeping kad.

Gua cucuk kat reader visa/master

...payment processing, please wait.... 30 saat kemudian. tertera 'card decline'

Gua tak puas hati, baran gua dah start nak naik sikit lepas tengok card tu.

"Sorry uncle ada kad lain tak" gua tanya bersopan sambil menghulurkan kat tersebut dengan kedua-dua tangan. Ini jugak polici syarikat jepun.

"No, I only have this!" Jawap pakcik yang bernama Dr Ashraf tersebut.

"I'm so sorry sir, I cant process your payment by using this card. It's not accept here!" Gua pun dah start susun ayat orang putih. Terasa enzim-enzim belacan berterabor keluar dari lidah gua tanda tak sesuai dengan perkataan-perkataan yang baru gua sebut sebentar tadi.

"Excuse me, it's (card) as good as cash and how come you said not accept. I cant belive it!" Gua tengok muka Dr Ashraf dah merah semacam. Orang putih kat area kaunter pun dan dah start pandang-pandang kat gua. Mungkin tanda respek pasal susunan ayat orang putih gua lebih teratur berbanding pakcik bergelar doktor tersebut.

Menyedari sedikit kelam-kabut berlaku di kaunter gua, cepat-cepat stor manager berbangsa jepun, pendek, bermuka kelat, rambut tak reti nak sikat, pakai baju masuk dalam tapi tak kemas, perot boroi sampai tutup kepala tali pinggang, cakap orang putih beterabur, paksa staff belajar cakap jepun, cakap melayu langsung haram jadah sepatah tak tau, kuat makan sushi, berhidung kemek, kuat main game solitare pakai komputer opis, pakai handphone nokia 3310, tiap-tiap pagi nyayi lagu jepun sorang-sorang dalam bilik sambil berdiri tegak, pernah muntah pasal makan karipap sardin dan badan berbau hapak!

"What happeng watashi to" tanya manager tersebut kepada gua

"This card not accept here, so I cant process the payament" jawap gua sambil menghulurkan card tersebut.

"what card izzi to, watashi talk this cannot" (alih bahasa: kad apa ni? awak tak bagi tau dia ke kad ni tak boleh terima?)

"he said this good as cash" jawap gua

"cannot too, cannot too, watashi talk to my room is there" (alih bahasa - tak boleh, tak boleh, suruh dia masuk bilik saya) sambil menunjuk arah bilik beliau.
Gua pun bagi tau Dr Ashraf supaya mengikut menager ke bilik.

"You put me in trouble!" kata Dr Ashraf menunding jari kepada gua sebelum mengikut manager ke bilik beliau. Mungkin manager nak belanja minum sake (sejenis tuak jepun!)

Esoknya giliran gua kena kambu dengan manager, dan petang pada hari yang sama gua melayangkan surat pencen 24 jam. Hati gua betol-betol terguris bila manager cakap gua tak pandai layan customer.

apei - budak kampung

p/s: Bila setiap kali gua nampak kad touch n go gua akan teringat benda ni.

Wednesday, September 9, 2009

pasar ramadhan gaya barat

Assalamualaikum wbt,

Gua dah menceburi dalam bidang shopping juadah di pasar ramadhan sejak dari gua kenal aper itu puasa kira-kira beberapa belas tahun lalu. Kebiasaannya pasar ramadhan ialah tempat orang membeli juadah untuk berbuka puasa dengan orang ramai berpusu-pusu secara berjalan kaki menuju ke gerai-gerai juadah tersebut. Pendek kata mcm pasar malam gaya nyer.

Tapi sejak gua duduk di bandar mahkota cheras 2 tahun lalu, gua telah diperkenalkan dengan satu gaya baru pasar ramadhan. Gua ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat dengan kerjasama majlis perbandaran kerana berjaya mencipta sejenis pasar ramadhan gaya drive-thru di jalan utama. Gua dengar kesatuan penduduk nak bentang kertas kerja kepada majlis perbandaran nak buat pasar malam gaya drive-thru pulak.

apei - budak kampung

p/s: Jalan sesak, 3 kali gua nyaris berbuka makan stering kereta. Aper citer?

Tuesday, September 8, 2009

apa kaitan julia dan meggi

Assalamualaikum wbt,


Balik dari semayang tarawih semalam gua tengok ruang tamu dah gelap. Gua agak Puan Marlina mungkin lepak kat bilik bacaan di tingkat atas menghabiskan novel cinta melayu atau pun dah tidor bersama cik orked.


truutthh..truutthh.. handpon gua bunyik tanda ada sms masuk.


'Salam, Abg dah balik? kalau lapar ayg dah goreng burger ada bawah tudung saji atas meja dapur' - Puan Marlina. Memang dah menjadi kebiasaan Gua atau Puan Marlina ber-sms atau call walaupun serumah. (Free pasal pakai executive plan celcom)


'Wsalam. Dah kenyang pekena teh tarik ngan nasik lemak time morey tadi' - Gua reply.


trruutthh..trruutthh.. sms masuk lagi.


'Hai, you firdaus kan? Sorry ganggu I julia. Remember me?'


'Of course. Sebab lu gua nyaris nak berbuka makan meggi' - Gua reply


'Sorrylah. Damage has been done! haha. Eh you ada facebook tak? Add me please... I nak kawan ngan you!' - Julia reply balik


Lepas baca sms julia, gua letak tepi handphone. Malas nak reply. Gua layan discovery channel cerita tangkap-tangkap ikan lagi sedap.


5 minit kemudiaan...


trruutthh..trruutthh... sms masuk lagi. Gua syak julia sms.


'Buat apa tu, tak tidur lagi ke?'


'Belum tidur lagi, tengok tv. You kenapa tak tidor lagi Julia? I tak ada facebook la. Blog pun I tak ada. Dah la pi lah tidor!' - Gua reply


Bini gua turun dari tingkat atas "tak tidor lagi?" gua tegur sambil senyum.


"Belum. Nak buat air panas. Ada orang sms ayg la" kata Puan Marlina


"Saper?" gua tanya


"Abg teka lah. Sms dia bunyik mcm ni. I Belum tidor lagi. tengah tengok tv. You kenapa tak tidor lagi Julia ku sayang?" Sambil jeling kat gua.


Muka gua time tu dah rasa kebas semacam. Aperhal sms julia bleh sampai kat Puan Marlina.


Puan Marlina berlalu ke dapur. Buat air panas. Gua cek handphone. Dem.. gua tersalah reply. Gua ingat yang bagi sms tanya tak tidor lagi tu Julia rupanya bini gua. Ni mcm mana nak kira ni?


Dah lama gua tak sahur makan meggi. Ni dah lepas zohor ni, hidung gua mcm terbau-bau meggi kari. Agak-agak gua berbuka pun meggi jugak ke hari ni?


apei - budak kampung


p/s: Demage has been done again. Damn lu julia!

Sunday, September 6, 2009

Update dari kedai internet goh pekan baru.

Assalamualaikum wbt,

Laptop kat rumah mertua gua rosak. Puan Marlina pulak pagi-pagi buta dah ajak gua pi pasar. Gua scene-scene pilih ikan kat pasar ni tak berapa kacip sangat jadi gua amik keputusan penumpang kasih kat kedai internet Goh. Kedai internet rate yang paling murah kat sini iaitu rm1.5o sejam. Kelajuan internet boleh tahan mcm komputer kena strok! Kalau ikot napsu tidor memang gua tak nak datang kedai internet ni tapi sebab rasa tanggungjawap, gua datang jugak. Ada cerita yang harus gua kongsi pasal sekor kutu ni.

Hari jumaat malam gua sudah sampai kampung. Sempat gua layan tarawih kat surau kampung. On the way balik naik basikal gua tembung dengan seman gajah.

"apei, bila lu sampai?" tegur seman gajah yang kebetulan ada kat kampung gak. Sibuk ajer, gua balik kampung dia pun nak balik! Dok kl diam-diam tak boleh ke?

"lepas magrib tadi. lu pi mana?" tanya gua kembali

"nak ke simpang pekena teh. moh sekali kita!" ajak seman gajah. Gua on ajer.

Lama gak gua tak jumpa seman gajah. Dekat setengah tahun ada. Mcm-mcm cerita seman sembang. Tapi gua paling tak ngam nak dengar citer yang satu ni..

"apei, gua nyesal la. Gua dah buat benda tak elok la. Umur gua dah tahap pakcik-pakcik dah tua malu gua nak citer ngan lu" seman bukak citer.

"kalau nyesal tobat la kat tuhan. Lu tak nak citer pun gua tak ada hal!"

"Gua kuat minum arak, ganja gua amik, lu pun tau kan gua ada awek. Gua tak jadi kawin ngan dia pasal bini gua dah tau. Tapi gua dah banyak kali taruk dia. Hari tu mengandung gua suruh dia buang. Gua jahat pei.. dah mcm setan" muka seman mcm nak nangis.

Gua tenung muka seman. Giler buruk muka orang tua nak nangis. Dem! Aper malang nasib gua dapat kawan celaka mcm ni. Kalau ikot nak ajer gua curah kepala dia dengan kopi panas ni. Tapi gua buat-buat cool. Gua pun jahat gak masa bujang-bujang, lagi-lagi masa gua duduk negeri orang putih dulu. Nanti ada masa gua up gambar awek orang putih gua. Mana entah bini gua campak album tu. (Jeles la tu!). Tapi tak la sampai gua 'buncit' kan anak orang. "musibat betol seman ni!" kata gua dalam hati.

"lu tobat la brader. Gua anggap lu dah mcm brader-brader. Respek gua kat lu pun ada lagi. Lu dah mcm legend dalam kampung ni Takkan legend perangai macam ni. Jgn la buat benda-benda pelik mcm tu lagi. Bulan baik ni lu azam la sikit" gua cuba motivasi seman. Gaya cakap gua tiru sikit-sikit mcm padilah kamsah tapi tak jadi.

"Tu la.. anak-anak gua pun dah besar. Malu gua kalau diorang tau perangai gua ni" kata seman sambil hirup teh. Gua tengok air mata dah meleleh sikit tapi minum teh laju mcm biasa gak.

Gua sembang sikit lagi ala kadar pastu gua beransur. On the way balik sambil kayuh basikal gua teringat cakap ustaz nordin masa gua kantoi isap rokok dengan alip bawah titi depan rumah tok chek "Allah tu sayang kome ni, pase tu ler kome ni isap rokok kuat tapi tak mati-mati!" sama lah mcm seman gajah, perangai dah mcm lahanat mcm tu pun tuhan bagi dia kesihatan, bagi dia udara untuk bernafas, bagi dia rezeki untuk minum teh tarik dengan gua. Gua doakan seman gajah terus berubah. -the end-

**********
Petang sabtu gua mcm ternampak blogger ni kat pasar ramadhan Teluk Intan. Nak tegur gua takut salah orang. Gua kenal dia masa kat universiti dulu. Dia cikgu gua dan kadang-kadang dah mcm akak-akak gua. Setahu gua dia masih di Durham-UK menghabiskan sisa-sisa pembelajaran Phd-nyer. Nasib baik gua malas belajar, kalau tak mesti gua dah Phd sama-sama dengan dia. hahahaha...
"rabun saya makin teruk, tadi nampak mcm akak kat pasar ramadhan teluk intan" gua sms dia.
"ye, saya kat mesia. sy lah awak nampak tu. MasyaAllah takkan awak tau tau saya blaik? Rasa2nya saya dah bagi tau kan? bla..bla.."
Memang dia ada bagi tau tapi gua lupa, lepas berbuka dia call gua ajak gua satu family datang rumah pekena teh kot. Rasa mcm tak sempat pasal petang ni gua dah nak balik KL.
"nantilah kak, raya lah saya datang! Nanti balik Durham kirim salam duvet. hahaha..."
apei - budak kampung
p/s: pundek betol sakit kepala gua duduk kedai internet ni. Rilek-rilek ajer sekor-sekor isap rokok. Tak puasa ke woi. Gua balik siap-siap pakai kain pi surau pekena zohor jemaah lagi sedap!

Friday, September 4, 2009

bizi mcm dato'-dato'

Assalamualaikum wbt,


Minggu ni bizi gua bukan main-main. Dah rasa macam dato'-dato'... Nasib baik password blog ni gua ingat lagi. Nak menaip tulis blog ni memang tak ada masa. Facebook ada sikit-sikit gua jengah. Nanti dah free gua tulis lah balik.

Gua harap blogspot tak potong gaji gua.

apei - budak kampung

p/s: "gua pelik la, wan sopak muka yang macam plug tivi tu pun rafeah suka. sabtu ni lu balik la bagan dato' wan sopak nak ajak lu pi pekan beli barang bertunang" kodi call gua malam tadi. Gua balik teluk intan petang ni.

Tuesday, September 1, 2009

terluka..

Assalamualaikum wbt,

Hati gua masih lagi terluka walaupun perlawanan Man U vs Arsenal sudah berakhir 4 hari lalu.
Kenapa saya terluka?
1- Gua terluka dengan gaya permainan gampang para pemain Man U. Tak ada semangat bola langsung. Main tau nak tarah kaki orang ajer. Lu ingat ni main bola lisut ke?
2- Gua terluka sebab gol minit akhir Arsenal tak kira. Woi ref lu mata letak kat ketiak ke?
3- Gua terluka bila baca sms kiriman penyokong Man U yang bengap pasal bola. Contohnya..
a. sms dari buyong "aloo brader, takan nangis kot? best team win la bro"
b. sms dari ferdy "arsenal main mcm celaka memang la tak boleh menang!"
c. sms dari negro yang jual water filter kat rumah gua "Man U always in my heart"

Malas nak reply buang credit gua ajer. Orang bengap jangan dilayan.

4- Yang buat gua betol-betol terluka Astro rumah gua kena potong semalam!

"Woi astro, hari ni gua dah bayar, karang balik kejer gua on tivi tengok astro gua tak boleh pakai lagi memang gua tendang dada sorang-sorang. Awek-awek muka mcm iklan syampoo pun gua tendang jugak!"

Buat peminat Man U, gua tepek gambar ni sebagai hadiah. Nasib lu orang memang baik.

Kelihatan seorang peminant MU yang senang hati. Gambar gua rembat kat sokernet.



apei - budak kampung

p/s: nanti hati gua dah sembuh gua akan update.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...