Dah sampai KL.

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah pagi ni gua dah selamat sampai semula di KL. Hari raya ke empat, 7 kali febregas misscall gua nak sangat dia ajak gua pi open house hari raya kat apartment sewa dia kat alamat Drayton Park, London, N5 1BU, United Kingdom‎. Last-last dia sms gua "bro, gua dah order satey ngan nasik beryani ni saper nak makan?"

Kesian punya pasal gua pi jugak. Takat bagi duit raya kat anak gua 50 pound ajer tambang kapal terbang nak balik pun tak lepas. Bagi alasan cakap tahun ni budak-budak arsenal tak dapat bonus pasal tahun lepas tak menang apa-apa cup. Tulah saper suruh main bola macam gampang!

Selasa 29 Sept 2009, hari jadi Orked 1 tahun. Gua memang tak into adegan-adegan birthday party ni. Gua dah jemput pa'eh yang baru abis belajar agama kat mesir suruh baca doa selamat panjang sikit. Saper nak datang boleh datang. Kalau tak sempat datang pun tak apa, tapi hadiah kena post.

Nantilah gua buat entry special untuk orked. Mood raya gua tak abis lagi.

apei - budak kampung

p/s: Petang ni ada open house rumah pak long gua. Dengar citer ada kambing golek. Gua memang tak boleh dengar benda-benda mcm ni. Gatal ajer rasa telinga ni.

Comments

langkasuke said…
alasan lu tak nak update kan.. mcm2 la lu ni.
redSeptember said…
mcm mana aku nk hntaq present kt orked? hang pun tak hntaq present kt aku..... huhuhuhu
pijah@hakuna said…
dah lama tangguh pasal orked ni. xbaek tangguh lama2 la abg apei.

pelik betui apa yg sedap dengan kambeng golek ni. abg aku x abeh2 ckp nak masak kambeng golek masa kenuri kawen dia nnti. aku xsuka. makan bebau tangan. ;(
PETAK.! said…
Kirim salam sama Cik Orked.:)
mEiZ SHA said…
hahahhaa
selamat kembali bro...:)

mggu depan besday orked ek?
:)


waaa kambing golek tu
;p
arfahadnan said…
present orked?
post?
agak2 kalau aku post tanpa alamat.. sampai tak kat umah kau?
MaszLaVista said…
mkn kambing ingat2 sket weh..naik drh tinggi kang...
@tune® said…
satay die halal ke?
aRaBeLLa said…
kampung hang kat ner?
sharamli said…
awat telinga yg gatal..elergik?
paiseh said…
ooo. 1 tahun.. gua terbaca tahun 1 tadi~
cepat benau besornye
CHEDEM said…
Open House biler..?
anntaj said…
apeiii best tak raya....:)

Popular Posts