Tuesday, September 29, 2009

Happy Birthday Orked

Assalamualaikum wbt,
Hari ni genap umur anak gua 1 tahun. Mcm yang gua janji, gua akan tunjukkan sedikit dari koleksi-koleksi gambar peribadi gua bersama-sama Orked dari hari pertama Orked bernafas.

29 Sept 2008 - "Abg, baby dalam perot ni pusing-pusing lah. Sakit sangat dah rasa perut ni" Puan Marlina call gua yang pada masa itu tiada di rumah. "Ok abg balik sekarang!" jawap gua.

Sampai di rumah, gua membawa Puan Marlina ke Ampang Puteri, doctor ramai dah cuti pasal masa tu lagi 2 hari nak raya. Yang ada hanya Pakar bersalin Dr Kupumani (India, perempuan).
"ayoo ada contraction, you kena bersalin cepat" kata Dr Kupumani kepada kami.
"Tapi doc, due date lagi 2 minggu. Lagi pun kami dah nak balik kampung ni" jawap gua pulak.
"Cit, you lagi pikir mau raya. You boleh balik tapi kalau anak you mati dalam purut jangan marah saya! Musti kasi keluar ini hari jugak" Pundek, Dr Kupumani cuba gertak gua.
Memikirkan keselamatan Puan Marlina dan bayi yang bakal lahir, gua sain jugak surat-surat yang dah disediakan. Sebagai tanda setuju Puan Marlina akan bersalin pada hari itu.
Tak tau lah aperhal. Sebenarnya hari ni gua malas nak tulis. Tepek gambar dah la, pastu gua tulis la sikit-sikit pasal gambar tu.

Puan Marlina di tolak ke OT (Bilik bedah) gua ikot time ni.

Pertama kali dalam hidup gua tengok operation secara live. Dah la yang di potong tu perot bini gua. Dem, nyaris gua nak pengsan. Gua gayat tengok darah. Uuwwekk..

Nafas pertama Orked. Gua tengok Orked tarik nafas dalam-dalam, kemudia dia tersedak mcm lendir keluar dari mulut dan terus menangis. Masa ni gua tak dapat nak gambar mcm mana perasaa. Best!

Satu jam selepas dilahirkan. Masih lagi nangis sikit-sikit. Baru lepas kena bcg


Hari ke dua, masih tak bukak mata. Tidor sepanjang hari.

Masih lagi hari ke tiga Orked dilahirkan bersamaan hari raya pertama tahun 2008. Pertama kali gua makan rendang kat hospital. Tak best langsung! Gambar menunjukkan ciuman dari seorang bapa yang penyayang, baik hati, gentlement, gagah, sasa, ada janggut, perut tak boroi dan kelihatan kiut memakai kemeja.

Minggu ke dua, masih kuat tidor. Gua dah mula tak sedap hati. Bila time gua boleh main ngan anak gua sendiri?

Pejam-celik-pejam-celik, Orked dah pun sebulan masa ni.

Masa ni Orked dah 4 bulan. Pertama kali bawak Orked naik flight. Gambar menunjukkan Orked baru lepas muntah. Pening kepala kot naik flight.

5 bulan

6 bulan

8 bulan, pelampung pertama dan jugak kali pertama gua lepaskan Orked main air kat kolam orang dewasa.


10 bulan. Yer, pada usia ini Orked bukan sahaja mampu merangkak pada kelajuan luar biasa, tapi juga sudah cekap memanjat tangga. Antara rekod kesalahan yang sempat dicatatkan dalam report card beliau adalah menjolok jari ke dalam lubang suis, menyepahkan tisu di seluruh rumah, memecahkan 3 frame kaca, 2 pasu tembikar, 1 psp Mr G dan 1 handphone. Tak lupa jugak beberapa kali menumpahkan lauk dari atas meja makan dan cucuk mata gua dengan jari sambil ketawa. Kesabaran adalah perlu pada tahap ini.

Gambar ni gua amik beberapa minit sebelum 12.00am 29 Sept 2009.

Gambar ni gua amik tepat pukul 12.00am 29 Sept 2009. Orked genap setahun.

"Orked, moga Allah merahmati kamu, mencintai kamu dan mengasihi kamu. Tidak kira senakal mana kamu sekalipun kamu akan tetap buat semua orang tersenyum. Selamat Hari Lahir pertama sayang."


apei - budak kampung

28 .:

arfahadnan said...

aku terharu..
rasa mcm nak menitik air mata..
baguslah kau nih..

Happy Birthday Orked..
may Allah bless u..


dan, anak kau pukul 12 pun tak tido lagi ke?
kelawar sungguh si Orked nih..

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

Dah Besar Orked nieh...huu...

Heppi Bday Orked...

wah..gua kat FB komen..kat sini pun komen...

Yot | is | Yati said...

happy birhtday cayam...bukan kau lah bro. untuk si orked comel gebu itu. er..anty tak keje lagik.tabbley pos adiah. ngehehhehehe.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

eh..spital mane yang husband leh masuk bilik bedah tu?besnye..

mata bulat, kulit putih.dah besar mesti cantik.kecik2 comei.

Selamat Hari Jadi orked~

suria j said...

ala comeynye orked!!
banyak betol rekod kesalahan orked :P

apei, buat pop-up comment la, senang sket nak komen.

pari pari syurga said...

heppy besday montel busyukk.. hehehe



tak sbr nak jumpe orked msa majlis gua nti..
lu dtg bwk die tau..
gua nak gigit2 pipi die..
hahaha.
gua pun nak kenal2 dgn puan marlina..
mana tau bley tag team nti ker..
hahahaha.

citahrudin said...

gila ah tengok bab toreh perut tu

pijah@hakuna said...

cit! aku telah menangis.

macam ni jugak ke perasaan bapak aku masa mak aku lahirkan aku..

sedih.uwwaaa... sob sob.

cepatlah besar orked! dan baca entry bapak penyayang kamu ni..

selamat hari lahir yang pertama orked. ;) semoga orked membesar dengan sihat dan bahagia!.. ;)

PETAK.! said...

Agak-agak,umur berapa si Orked ni kalau PETAK na masuk meminang.?AHAHAHAHA.

eiza in the house.. said...

Happy besday orked comeil..
seronoknya tgk orked dr hari pertama smpai umo setahun..mmg terharu dan teruja..moga orked menjadi anak yg solehah.. amin..:)

sharamli said...

nak lagik gayat tgk darah?
try anak sec0nd lak..muahaha.

ska tgk pic 0rked mndi k0lam..c0mel

langkasuke said...

fuh, mcm th truman show lu bikin..

qishie said...

happy birthday orked!^^

hmm..nanti bila anak second suh la bini ko beranak secara normal.. mesti ko lagi pening cam hape je nanti.

Liliyuli said...

wah! comel sungguh orked..
selamat hari lahir ye orked sayang..
semoga sihat selalu..

Sulela said...

Selamat Harijadi, Orked. Semoga dapat adik lak lepas neh...ekekeke. Errrr...aku pon rasa nak pitam tengok gambar pembedahan tuh...adoi la...

MaszLaVista said...

sgt menyentuh perasaan...
tersentu ati aku, seorang ibu dan seorang wanita...nnt rayyan setahun, aku nk post cenggini gak laa

Ahkak mu... :) said...

Happy Birthday Orked...

Apei.. next anak nanti pie Tawakal ambik Dr Jaafar. Pastu import pie Ampang Puteri. Jangan kasi perut Marlina dipotong banyak2 kali... sakit wooo... sakit bersalin normal, kejap jer...

CHEDEM said...

Bro ni yg terbakar gua nak kawen ni

lina said...

salam apie
selamat hari jadi orked
semoga panjang umr murah rezeki kamu sekeluarga dan bahagia hendaknya...

mEiZ SHA said...

selamat hari lahir orked sayangggggggggggggggggg

waaaaaaaa nagis bro bace entry anak kesayangan nie..:)

b a gud father beb!!!
n she'll be a gud daughter insyaallah

moga bahagia bersama kalian selamanye...;)

redSeptember said...

she is lucky to have a father like you :)

btw, nnt bila dia dah pandai tengok jam, aku belikan dia satu ok ;)

Wan Fara said...

happy birthday orked!

Wan Fara said...

happy birthday orked!

apei said...

arfah - biasa dia tido pukul 2.

chaireel - lu ni kuat komen. tq.

yot - tak apa tahun-tahun depan leh kasi.

naddy - ampang puteri

suria j - sajer gua tak nak buat pop-up komen nanti ramai komen tak larat gua nak jawap.

pari-pari syorga - InsyaAllah nanti gua datang

citahrudin - nanti lu punya turn plak.

pijah - hargai orang tua kita selagi mereka masih ada.

petak - kalau tak silap gua lu ni orang ke 126 tanya soalan ni.

eiza - aminnn..

sharamli - malas gua nak tulis gua pengsan dalam bilik bedah nanti.

langkasuke - arsenal menang dengan olimpikos 2-0. gua puasa sunat sehari!

qishie - kalau normal gua tak nak pandang darah laa..

liliyuli - tq.

sulela - lagi 3 tahun la kot kalau orked nak adik. hahaha

masz - gua tunggu entri lu bila rayyan setahun.

ahkak - tq for info

chedem - kawin jemput gua!

lina - amin.. tq.

miezsha - InsyaAllah..

red - tq sis..

wan fara - tq for the wish.

*Miss Geli^ said...

sob sob...entry ni bebetol menyentuh naluri kewanitaan gwa....


sob sob..ai pegi makan laksa dulu untuk menghilangkan rasa sebak dijiwa..

apei said...

missgeli - lu tak ada cara lain ke nak redakan kesedihan?

{lumut} said...

mnitis airmata aku.rase nak simpan artikel neh.then nnt kalau orked dah besar dah pandai lawan ckp ko..aku nak bg die bace!hu...

all d best bro..

messyremo said...

aduy..
kalau aku jdik orked nih..
mau nngs nih..

best r~~entri seorg bapa mithali..hehe

kalau ade nomination bapa mithali,dah lame gua letak nama lu..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...