Monday, September 14, 2009

pengalaman saya bertemu dr ashraf 4 tahun lalu

Assalamualaikum wbt,

Lepas abis belajar kat universiti, gua bekerja di sebuah kedai buku nama bunyik mcm jepun sikit-sikit di tingkat atas Suria KLCC. Dekat dengan petrosains tu. Aper benda nama kedai pun gua dah lupa. Disana gua telah ditempatkan sebagai casher. Disitulah gua telah dipertemukan dengan seorang lelaki berbangsa sama mcm gua dan berusia tahap uncle-uncle.

"Selamat datang encik, ini sahaja ke buku-buku yang hendak di bayar?" tanya gua buat-buat mesra Sambil cakap ayat kat atas dan tangan hendaklah diletakkan di sisi sambil tunduk sikit kepada pelanggan sebagai tanda hormat. Ini adalah policy syarikat jepun. Serupa gampang gua rasa. kalau ada 1000 orang pelanggan nak bayar, 1000 kali gua kena cakap ayat mcm tu sambil kena tunduk pun 1000 kali. Sakit pinggang gua, kalau lagi 10 tahun gua kerja kat situ dengan jawatan yang sama, insyaAllah lebih 5 kali gua akan operation pinggang!

"yeah, that's all" jawap pakcik tersebut. Style pakcik ni mcm orang kaya-kaya. Gua syak pakcik ni mesti pesen cakap melayu pun mesti dah tak berapa lancar ni.

"I find malaysia develop very well, I'm proud said that I'm malaysian" sambung pakcik tadi lagi.

"ooo, uncle dari mana?" gua tanya buat-buat mesra sambil senyum. Polici syarikat jepun cakap kita kenalah sentiasa senyum dan mesra dengan pelanggan. Bila bercakap mesti kena tunduk setiap kali abis cakap. Dem!

"Oh Born in Muar. I'm from London. Leave there for more than 20 years" sambung pakcik tersebut. Gaya angkoh gua dah nampak sikit-sikit. Cakap melayu pun dah langsung tak reti.
Setelah selesai gua scan semua buku lalu gua bertanya cakap orang putih jugak "cash or card sir?"

"card" jawap pakcik tersebut sambil menghulurkan sekeping kad.

Gua cucuk kat reader visa/master

...payment processing, please wait.... 30 saat kemudian. tertera 'card decline'

Gua tak puas hati, baran gua dah start nak naik sikit lepas tengok card tu.

"Sorry uncle ada kad lain tak" gua tanya bersopan sambil menghulurkan kat tersebut dengan kedua-dua tangan. Ini jugak polici syarikat jepun.

"No, I only have this!" Jawap pakcik yang bernama Dr Ashraf tersebut.

"I'm so sorry sir, I cant process your payment by using this card. It's not accept here!" Gua pun dah start susun ayat orang putih. Terasa enzim-enzim belacan berterabor keluar dari lidah gua tanda tak sesuai dengan perkataan-perkataan yang baru gua sebut sebentar tadi.

"Excuse me, it's (card) as good as cash and how come you said not accept. I cant belive it!" Gua tengok muka Dr Ashraf dah merah semacam. Orang putih kat area kaunter pun dan dah start pandang-pandang kat gua. Mungkin tanda respek pasal susunan ayat orang putih gua lebih teratur berbanding pakcik bergelar doktor tersebut.

Menyedari sedikit kelam-kabut berlaku di kaunter gua, cepat-cepat stor manager berbangsa jepun, pendek, bermuka kelat, rambut tak reti nak sikat, pakai baju masuk dalam tapi tak kemas, perot boroi sampai tutup kepala tali pinggang, cakap orang putih beterabur, paksa staff belajar cakap jepun, cakap melayu langsung haram jadah sepatah tak tau, kuat makan sushi, berhidung kemek, kuat main game solitare pakai komputer opis, pakai handphone nokia 3310, tiap-tiap pagi nyayi lagu jepun sorang-sorang dalam bilik sambil berdiri tegak, pernah muntah pasal makan karipap sardin dan badan berbau hapak!

"What happeng watashi to" tanya manager tersebut kepada gua

"This card not accept here, so I cant process the payament" jawap gua sambil menghulurkan card tersebut.

"what card izzi to, watashi talk this cannot" (alih bahasa: kad apa ni? awak tak bagi tau dia ke kad ni tak boleh terima?)

"he said this good as cash" jawap gua

"cannot too, cannot too, watashi talk to my room is there" (alih bahasa - tak boleh, tak boleh, suruh dia masuk bilik saya) sambil menunjuk arah bilik beliau.
Gua pun bagi tau Dr Ashraf supaya mengikut menager ke bilik.

"You put me in trouble!" kata Dr Ashraf menunding jari kepada gua sebelum mengikut manager ke bilik beliau. Mungkin manager nak belanja minum sake (sejenis tuak jepun!)

Esoknya giliran gua kena kambu dengan manager, dan petang pada hari yang sama gua melayangkan surat pencen 24 jam. Hati gua betol-betol terguris bila manager cakap gua tak pandai layan customer.

apei - budak kampung

p/s: Bila setiap kali gua nampak kad touch n go gua akan teringat benda ni.

22 .:

kEy said...

alahai....apekejadah nye sume ni..
baik bnti jela dr keje tmpat cmni lame2.
tah2 sok luse lagi truk kne kal0 xbnti~

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

sepatutnya..bila kena tuding camtu....tunjal je perut dr ashraf tu..hahahahahaha......pakai kad telefon mmg la x bole...hahhahaha

Liliyuli said...

nama kedai buku tu kinokuniya la..
dulu wa de keje kat sebelah kinokuniya tu..
kedai studio R yg jual barang sukan berjenama..

eiza in the house.. said...

ayak bro watashima..haha...

sabar2.. moga dia org dpt kembali ke pngkal jalan..huhu

MaszLaVista said...

so kad tu sbnrnye bleh pakai ke x?

sharamli said...

jgn tgk kad t0uch n g0 slalu...
xguna tringat benda yg mengguris hati...hua3

arfahadnan said...

aku rasa aku mcm kurang kefahaman..
hahaha...

1. org jepun tak pernah mengadu sakit pinggang pun.. (mengikut pengalaman pakcik aku yg keje kat jepang..)

2. watashi bukan bermaksud 'saya' ker?

3. sebenarnyer dr ashraf tu guna kad aper?

4. sekian..

apei said...

key - mmg gua tak minat nak kerja situ lama2.

chaireel - Dr beb.. Dr.. kena respek. damn la!

liliyuli - sekarang studio R dah tukar nama jadi STADIUM.

eiza - benda dah lama berlalu..

masz - tak boleh pasal dia pakai kad touch n go.

sharamli - gua hari2 tengok pasal nak bayar tol. hahah..

arfah - 1- diorang pakai yoko-yoko memang la tak sakit.

2- entah gua pun tak tau..

3- touch n go!

PETAK.! said...

Ahahahaha.Pukul aja manager gitu.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

mentang-mentang Dr...blagak ar..aissshh~

Ann said...

huhu berlagak nyerr...kate bangga jd rakyat malaysia, tp bhasa kbgsaan sndiri pun dh lupe ke..

ak pun pnh jd cashier sbyk 3 kali d tmpt yg same, mcm2 customer dh ak jmpe, mmg mguji ksabaran tol ar...

citahrudin said...

heran r..camne plk dia buleh dpt dr?

aRaBeLLa said...

ahaks Kinokuniya tu,kekadang bile time blues aku dok situ berjam2 dari tgh hari sampai ke ptg..

pehh nak berair mata aku bile time dialog speakang tuh..ahaks

redSeptember said...

no kidding....

he really handed his TnG to pay for those books?

anntaj said...

takper apei...
itu cerita dulu..
:)

FdausAmad said...

Gua pernah juga rasa nak mengamuk bila cari suratkhabar dia tak jual.

@tune® said...

kalau gua...
itu jam jugak gua pecat lu...

Monkey D Luffy said...

touch n go ka?

wakakaka

nurul lalala said...

memang tak worth pon kije kat c2..cam hampeh!

langkasuke said...

rugi lu tak sepak dr tu.. die ingat muke lu highway kot..

kehkehkeh..

Ieda said...

salam...nice blog..

apei said...

petak - tak ada fight pukul orang pendek!

naddy - tu yang gua panas tu!

ann - gua sumpah tak nak keje casher lagi.

citahrudin - nasib ajer kot?! hehe

arabella - lepak situ mmg best tapi keje situ tak best.

red - yup. maklumlah dah lama tak duduk mesia. compius la tu..

anntaj - yer la anntaj.

fdaus - surat kabar cepat habis bro. lu datang dah petang memang la tarak.

tune - haram lu!

kapten - tu la pasal. bikin panas!

nurul lala - lu penah keja sana gak ke?

langkasuke - kalau gua jumpa dia memang gua terajang dada dia.

leda - tq for reading.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...