Sunday, September 6, 2009

Update dari kedai internet goh pekan baru.

Assalamualaikum wbt,

Laptop kat rumah mertua gua rosak. Puan Marlina pulak pagi-pagi buta dah ajak gua pi pasar. Gua scene-scene pilih ikan kat pasar ni tak berapa kacip sangat jadi gua amik keputusan penumpang kasih kat kedai internet Goh. Kedai internet rate yang paling murah kat sini iaitu rm1.5o sejam. Kelajuan internet boleh tahan mcm komputer kena strok! Kalau ikot napsu tidor memang gua tak nak datang kedai internet ni tapi sebab rasa tanggungjawap, gua datang jugak. Ada cerita yang harus gua kongsi pasal sekor kutu ni.

Hari jumaat malam gua sudah sampai kampung. Sempat gua layan tarawih kat surau kampung. On the way balik naik basikal gua tembung dengan seman gajah.

"apei, bila lu sampai?" tegur seman gajah yang kebetulan ada kat kampung gak. Sibuk ajer, gua balik kampung dia pun nak balik! Dok kl diam-diam tak boleh ke?

"lepas magrib tadi. lu pi mana?" tanya gua kembali

"nak ke simpang pekena teh. moh sekali kita!" ajak seman gajah. Gua on ajer.

Lama gak gua tak jumpa seman gajah. Dekat setengah tahun ada. Mcm-mcm cerita seman sembang. Tapi gua paling tak ngam nak dengar citer yang satu ni..

"apei, gua nyesal la. Gua dah buat benda tak elok la. Umur gua dah tahap pakcik-pakcik dah tua malu gua nak citer ngan lu" seman bukak citer.

"kalau nyesal tobat la kat tuhan. Lu tak nak citer pun gua tak ada hal!"

"Gua kuat minum arak, ganja gua amik, lu pun tau kan gua ada awek. Gua tak jadi kawin ngan dia pasal bini gua dah tau. Tapi gua dah banyak kali taruk dia. Hari tu mengandung gua suruh dia buang. Gua jahat pei.. dah mcm setan" muka seman mcm nak nangis.

Gua tenung muka seman. Giler buruk muka orang tua nak nangis. Dem! Aper malang nasib gua dapat kawan celaka mcm ni. Kalau ikot nak ajer gua curah kepala dia dengan kopi panas ni. Tapi gua buat-buat cool. Gua pun jahat gak masa bujang-bujang, lagi-lagi masa gua duduk negeri orang putih dulu. Nanti ada masa gua up gambar awek orang putih gua. Mana entah bini gua campak album tu. (Jeles la tu!). Tapi tak la sampai gua 'buncit' kan anak orang. "musibat betol seman ni!" kata gua dalam hati.

"lu tobat la brader. Gua anggap lu dah mcm brader-brader. Respek gua kat lu pun ada lagi. Lu dah mcm legend dalam kampung ni Takkan legend perangai macam ni. Jgn la buat benda-benda pelik mcm tu lagi. Bulan baik ni lu azam la sikit" gua cuba motivasi seman. Gaya cakap gua tiru sikit-sikit mcm padilah kamsah tapi tak jadi.

"Tu la.. anak-anak gua pun dah besar. Malu gua kalau diorang tau perangai gua ni" kata seman sambil hirup teh. Gua tengok air mata dah meleleh sikit tapi minum teh laju mcm biasa gak.

Gua sembang sikit lagi ala kadar pastu gua beransur. On the way balik sambil kayuh basikal gua teringat cakap ustaz nordin masa gua kantoi isap rokok dengan alip bawah titi depan rumah tok chek "Allah tu sayang kome ni, pase tu ler kome ni isap rokok kuat tapi tak mati-mati!" sama lah mcm seman gajah, perangai dah mcm lahanat mcm tu pun tuhan bagi dia kesihatan, bagi dia udara untuk bernafas, bagi dia rezeki untuk minum teh tarik dengan gua. Gua doakan seman gajah terus berubah. -the end-

**********
Petang sabtu gua mcm ternampak blogger ni kat pasar ramadhan Teluk Intan. Nak tegur gua takut salah orang. Gua kenal dia masa kat universiti dulu. Dia cikgu gua dan kadang-kadang dah mcm akak-akak gua. Setahu gua dia masih di Durham-UK menghabiskan sisa-sisa pembelajaran Phd-nyer. Nasib baik gua malas belajar, kalau tak mesti gua dah Phd sama-sama dengan dia. hahahaha...
"rabun saya makin teruk, tadi nampak mcm akak kat pasar ramadhan teluk intan" gua sms dia.
"ye, saya kat mesia. sy lah awak nampak tu. MasyaAllah takkan awak tau tau saya blaik? Rasa2nya saya dah bagi tau kan? bla..bla.."
Memang dia ada bagi tau tapi gua lupa, lepas berbuka dia call gua ajak gua satu family datang rumah pekena teh kot. Rasa mcm tak sempat pasal petang ni gua dah nak balik KL.
"nantilah kak, raya lah saya datang! Nanti balik Durham kirim salam duvet. hahaha..."
apei - budak kampung
p/s: pundek betol sakit kepala gua duduk kedai internet ni. Rilek-rilek ajer sekor-sekor isap rokok. Tak puasa ke woi. Gua balik siap-siap pakai kain pi surau pekena zohor jemaah lagi sedap!

10 .:

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

semoga seman gajah berubah dan bertaubat...

MaszLaVista said...

aku kalo dpt kwn cam seman gajah tu aku kasi lontar dlm zoo biar gajah pijak2 dade beliau...aku bab 'taruk' pompuan ni mmg aku sensitip sket

langkasuke said...

kenapa lu tak basuh sekor2 kat dalam cc tu.. bg peringatan sikit beb mcm lu bg kat seman gajah.. baru true..

hahaha...

sharamli said...

GOH tu kedai cina ke?
patut rileks je bdk2 tu isap r0k0k..

Monkey D Luffy said...

marilah kita insaf

paiseh said...

apesal nama dia gajah??
paggil laa seman setan.

hahahahaa.!!

Jard The Great said...

laptop skang dah muraaahh.. ehehe

mEiZ SHA said...

hehhehe
komputer pon kena strokke bro????
:)


hahahhaa

arfahadnan said...

betul mungkin..
Allah sayangkan dier..
sbb Allah nak bagi peluang dier bertaubat..

semoga dier jumpa cahaya taubat tu..

apei said...

naddy - gua harap mcm tu gak.

masz - gua ada cadang nak buat mcm tu gak. tapi bila dia ckap dah insap hati gua auto lembut sikit.

langkasuke - pasal tu gua tak duduk lama kat cc tu. gua terasa mcm bahang neraka dalam tu!

sharamli - Goh pun jual rokok sebatang-sebatang kat budak2 situ.

Monkey - yer...

paiseh - dulu dia keje partime kat zoo taiping jaga gajah. kebetulan badan pun mcm gajah. tu budak2 kampung panggil seman gajah. aktiviti setan beliau gua jer tau!

jard - beli gua laptop 3.

miezshah - boleh sis, bukan takat stroke, pakinson pun boleh.

arfah - marilah kita doakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...