Friday, October 23, 2009

Beli barang-barang Orked.

Assalamualaikum wbt,


Malam semalam gua ke tesco kajang sempena membeli barang-barang Orked yang dah habis.
Barang-barang Orked terdiri daripada susu formula, nestum, biskut, pampers, puting botol baru (yang lama dah koyak pasal kena gigit) dan beberapa barang-barang lain yang pandai-pandai ditambah oleh Puan Marlina. Sedap nak amik ajer, yang membayar gua jugak. Selagi teroli tak penuh selagi tu hati tak puas. Gua harap lepas ni pihak tesco lebih perihatin dengan golongan bapa-bapa yang berpendapatan sederhana seperti gua agar menyediakan troli yang lebih kecil dan ekonomik.

Gua tak pernah pun ambil tahu sangat pasal RM yang gua keluarkan setiap kali membeli barang-barang Orked. Hinggalah semalam gua teringin nak tengok resit.

Item wajib bulanan:
Susu 4 tong (2 rumah gua, 2 rumah Datin Sri) RM44 x 4 = RM176
Nestum 6 kotak untuk breakfast (2 rumah gua, 4 rumah Datin Sri) RM9 x 6 = RM54
Pampers 4 beg (2 rumah gua, 2 rumah Datin Sri) RM38 x 4 = RM152
Syampoo, bedak, baby oil, puting botol baru kira kawtim semua RM25
Suppliment RM29

Item optional yang gatal-gatal ditambah oleh Puan Marlina (sikit tak perihatin dengan kegawatan ekonomi lepas raya):
Baju Orked 4 pasang (2 pasang baju tidor, 2 pasang baju siang) kawtim semua RM50
Biskut ada gambar budak tengah senyum perasa pisang. Kononya berkhasiat untuk pembesaran bayi. Puan Marlina capai lagi RM8++

Jumlah:
Susu - RM176
Nestum - RM54
Pampers - RM152
Syampoo, bedak, baby oil, puting - RM25
Suppliment - RM29
Baju - RM50
Biskut - RM8
Jumlah - RMXXX

Lebih kurang ini kos yang gua keluarkan setiap bulan sejak setahun lalu dan Orked tak pernah lupa untuk membayar semula. Membayar dengan senyumannya, ketawanya dan kenakalannya. Pada gua, Itu sudah lebih dari cukup.

"Orked, RM bukan soalnya. Papa cuma jalankan tanggungjawap dan amanah dari Tuhan kamu untuk membesarkan kamu, mendidik kamu, menjaga keselamatan kamu dan memastikan kamu sentiasa selesa. Moga kamu sentiasa tahu menyebut syukur"

apei - budak kampung.

p/s: tapi semalam gua bayar kat casher tu RM529. Ni aperhal ada termasuk kos pencuci muka pompuan plak ni? takder..takder..bayar balik!

16 .:

Yot | is | Yati said...

hahaha semangat aku kira pakai kalkulator bang. eleh..pencuci muka bini pun kira gak ke? kang muka dia naik jerawat lu jugak yang tak suka.

Liliyuli said...

jgn la berkira ngan pn. marlina..tak baik tau!

qishie said...

hahaha...style la pn marlina!

hm,,agak2 kalau masuk anak kedua?
berapa plak ko spend tiap bulan eh bro??hee

eiza in the house.. said...

haha..bro jgn la kedekut..tu hadiah utk puan marlina tau..:P

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

pergh...gua x sangka lak lu abah yang penyayang...

keh keh keh!

cahaya said...

enTry yang Boleh menyenTuh hati bile baca paragraph terakhir...tapi memula baca tu budget bro sgt berkiRa!!hikhikhik..rupa2nya tidak(^^,)

sharamli said...

ni baru s0rang....

xpe..nnt 0rked jgk nk d0akan kebahahagiaan ke2 0rg tua dia...kn3...

ngn pn.marlina p0n nk bkira....
nnt muka dia pen0h jerwat..susah lak...

paiseh said...

ni laa rezeki anak nama dia. barangakali~

pari pari syurga said...

gua sokong sama puan marlina. gua nak kawan dgn die. gua nak belajar tips camne die buat trick tu..



hahahahaha.

Ann said...

bygkn la kos mak ayah ak X 12 org ank...$$$$$$ xterbyr hutang tu.

amboi dh ade anak, bkira ngn bini lak ek....xbek tau, dia yg ssh nk teran anak tu tau hehe...

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

nanti bile orked dah besar, suh dia bace blog ni eh.



pencuci muka pn marlina, untuk encik apei jugak. pn marlina cantik, encik apei jugak bangga....kan?

Ries Lee said...

alaaaa..dgn bini pun nak berkira..
hahaha...

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum

bgsnya bro ni..

haha

CHEDEM said...

Kalo kira jugak duit rokok lu ader gak cecah total barang2 tadik

citahrudin said...

wah..tabik spring r kt puan marlina!!!

mEiZ SHA said...

hehehe
berkire laa lu bro!!
yg cantik kan untuk kamu juga kan pn.marlina?
;)
hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...