Thursday, October 29, 2009

Cikgu Malik

Assalamualaikum wbt,

Lama sangat dah gua tak jemaah kat surau perumahan gua. Semalam gua ada sedikit kelapangan masa dan gua plan nak jemaah kat surau time magrib. Biasa time magrib surau ni happening skit. Ada ceramah lepas magrib, ada pakcik-pakcik cerita politik, ada kutu-kutu ajak gua isap rokok sambil tengok makwe-makwe solehah berjalan keluar masuk surau, boleh kutuk buyong yang makin hari makin gemok dan pi keje pakai baju sendad konon nampak tegap, boleh cerita pasal bola orang putih dan untung-untung lepas isya' ada makan free.

Menu makan free lepas isya' selalunya biasa-biasa ajer macam mee hon goreng, kuih karipap dan minuman rasmi adalah teh tarik. Paling handal pun gua pernah jumpa masa haji ikrom buat doa selamat baru balik haji tahun lepas. Dia belanja makan kfc.

Semalam gua sampai kat surau, sekor kutu pun tak ada. Gua syak semua dok leka kat padang bola lagi. Sikit tak ingat tuhan. Pakcik Hamzah lagi 10 minit nak masuk waktu magrib pun tak abis-abis citer politik kat depan surau. Bukan ingat amik air semayang ke, wirid-wirid ke, semayang sunat ke. Ni citer kung-kang-kung-kang, sampai hari ni tak jugak jadi menteri gua tengok. Lepas amik air semayang gua nampak Cikgu Malik dah ready dalam masjid. Respek gua kat Cikgu Malik yang berstatus haji memang tinggi sejak dari hari pertama gua kenal beliau lagi. Gua nampak dia dah stanby duduk dalam masjid, baca quran sementara nak tunggu masuk waktu magrib.

"Assalamualaikum cikgu" gua bagi salam

"Walaikumsalam, eh kamu.. lama betol tak nampak. Sihat?"

"Alhamdulillah cikgu, sihat" jawab gua.

tiitt...tiitt...tiittt.... jam kat dinding surau berbunyik. Sebagai tanda waktu magrib dah masuk

"Saya azan sat, lepas magrib semetara tunggu ceramah kita sembang" kata Cikgu Malik. Gua angguk ajer.

**********

Selesai solat magrib, gua lepak pot belakang-belakang carik tiang buat sandar. Gua ada jugak perati kiri-kanan. Dari buyong, black, ajed, mamat, ferdy, alip, budak IKBN sewa flat depan surau dan man kobis sekor pun tak datang surau. Dah mcm israel perangai sekor-sekor. Tak sedar-sedar lagi dunia nak kiamat. Sedang gua rancak berzikir dengan tasbih di tangan sambil memaki hamun kutu-kutu yang tak datang-datang surau tetiba Cikgu Malik menghampiri gua.

"Mana kamu pergi, lama sungguh tak datang ke surau?" tanya Cikgu Malik. Gua tenung muka Cikgu Malik, ah suci sungguh muka tu. Tak padan langsung muka keladak mcm gua ni nak sembang dengan Cikgu Malik.

"Ada cikgu.. tapi sibuk la. Pi kerja pagi, balik kerja malam. Hari-hari mcm tu.." jawap gua.

"Macam ni lah, cikgu mintak kamu fikir-fikirkan apa cikgu cakap ni yer. Katalah kamu mula bekerja dari usia kamu 22 tahun dan jika ada rezeki sampai pencen 56 tahun. Beerti kamu bekerja selama 34 tahun. Selepas pencen katalah Allah masih mahu kamu terus hidup sehingga 70 tahun. Beerti dari kamu pencen 56 tahun hingga kamu mati 70 tahun kamu hanya ada 14 tahun untuk menikmati kesenangan hidup di dunia. Berbaloi ke kamu bekerja dari terbit matahari hingga terbenam matahari selama 34 tahun semata-mata untuk menikmati kesenangan selama 14 tahun? dan untuk menikmati kesenangan 14 tahun itu kamu terpaksa korbankan masa bersama keluarga selama 34 tahun, masa untuk berjemaah di surau selama 34 tahun, masa untuk mendengar ceramah selama 34 tahun dan paling menyedihkan dalam masa 34 tahun tu kamu tidak langsung mengingati mati kerana sibuk dengan urusan dunia kamu. Bayangkan kamu mati dalam keadaan ini. Ingat, tak ada benda yang lebih hampir dengan kita selain maut! "

Gua terkedu... tak pernah gua terpikir sejauh tu.

"Kamu ingat-ingatlah balik. Apa tujuan kita dihidupkan di atas bumi Allah ni? Adakah untuk bekerja di bank dari terbit matahari hingga terbenam matahari?" sambung Cikgu Malik lagi sambil tersenyum. Bergegar jantung gua...

apei - budak kampung

p/s: hari ni gua nak balik awal, gua dah booking nak azan magrib sama isya'.

11 .:

Ann said...

bergegar jugak ni,betul2...hidup kite cume diabadikan dgn keje n study. takut..

Yot | is | Yati said...

terkedu jugak

langkasuke said...

lagi cun lu azan subuh sekali kat surau tu.. amcm?..

Jard The Great said...

hehe.. pandai cikgu malik.. selalu mengingati..

*~ aRaBeLLa ~* said...

pehh memang makan dalam ayatnyerr..aku pon tak pernah fikir sampai situ..isk isk

citahrudin said...

pergh..syahdu btl r cikgu malik ni

Ries Lee said...

betul2 buat aku berfikir kata2 dia tu...

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

wah~ peringatan yang bagus!

mEiZ SHA said...

btol2...
kalau laa dpt jumpe cikgu malik tu mesti best!!

alhamdulillah..
kadang2 kiter terleka dengan dunia..

n a d e a said...

erk!
terkedu.

cahaya said...

NASIHA yG SANgAT BERMAKnA...terkedu dan buat caha aberpikir jauuuuuuhhhhhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...