Monday, October 5, 2009

Kenduri Doa Selamat Orked Setahun

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, sabtu lepas kenduri doa selamat anjuran Puan Marlina telah selamat berlangsung. Kenduri kecik-kecik yang dihadiri saudara-mara, jiran sebelah rumah dan 2-3 rakan dekat-dekat rumah ajer. Pengarah Urusan cakap tak leh jemput ramai orang pasal budget ciput.

Biasanya sebarang majlis yang berlangsung di kediaman rasmi gua maka secara auto gua adalah Pengarah Urusan bagi majlis tersebut. Tapi memandangkan gua bukanlah seorang yang gila kuasa tak tentu arah, maka dengan senang hati gua memberi kepercayaan kepada Puan Marlina untuk menerajui majlis dan sekali gus memegang jawatan Pengarah Urusan Majlis Kenduri Doa Selamat Orked Setahun (PUMKDSOS). Sebagai balasan dalam mesyuarat 'Papan Pengarah' (Board of Director) Puan Marlina telah melantik gua sebagai AJK air oren merangkap AJK kuah kacang. Walaupun gua tau tanggungjawap sebagai AJK air oren adalah sangat berat, tapi gua tetap terima dengan tenang. 'Ah anggap ajer sebagai satu cabaran' pujuk gua kepada diri sendiri. Sebenarnya gua mengidamkan pangkat AJK hadiah dan duit raya.

Lain-lain pelantikan seperti AJK Lauk diterajui oleh Dato' Sri, AJK Kuih di ketuai oleh Datin' Sri, AJK ketupat, lemang dan sate di kepalai oleh Mr G (adik gua) dan AJK tugas-tugas khas ialah Puan Marlina. Manakala AJK kek, hadiah dan duit raya secara sukarela Orked melantik diri beliau sendiri sambil dibantu oleh Puan Pengarah Urusan.

Majlis berjalan dengan lancar pada hari tersebut cuma ada berlaku sedikit masalah apabila ada dua-tiga kutu bisik-bisik cakap...

"nampak warna mcm air oren tapi rasa mcm air kosong. Pandai tuan rumah buat magik kan?

"emm dah la tawar tak sejuk plak tu!"

"apersal kuah kacang cair?"

"ni kuah kacang ke air teh o?"

dan paling gua kecik hati bila Dato' Sri bisik kat telinga gua...

"Ayah rasa tahun depan kau jadi AJK jaga sampah ajer lah!"

apei - budak kampung

p/s: hari ni cawan gua kat opis hilang. Tak pasal-pasal ajer gua terpaksa minum nescafe kat gerai bawah opis ni sampai satu jam. Ni saper nak jawap ni?

14 .:

arfahadnan said...

cawan hilang konon...
alasan nak merewang kat kedai kopi ler tu..

langkasuke said...

balasan lu sediakan makanan dan minuman yg tak sedap kat tetamu..

kehkeh..

sharamli said...

nanges x?
kecik ati je la?

Liliyuli said...

hahaha..
wa sokong itu dato' sri..
hahaha

Ann said...

(geleng kpala)...

CHEDEM said...

Bro buat majlis tak jemput gua. Xper ni gua nak jemput lu lak dtg open hse rumah gua.Alamat tgk kat FB nanti.

MaszLaVista said...

pic pls.......!
byk x orked dpt pezen?

cahaya said...

huhuhuhu..
tak jemput pom...

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

pergh...(gua x tau nk komen pe...)

suria j said...

haahhaha! lawak gile :p

pari pari syurga said...

ahhh.. alasan lu je tu nak ngulau.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

hahaha..memang tak boleh di harap.

tahun depan jangan sampai bocor plak plastik sampah tu.kalau tak, tahun lagi depan, takde jawatan dah.

mEiZ SHA said...

hhhehehehe
wa sokong ckp ayah lu bro!!!

caya laa pak cik
nak geng laa camnie..:)


p/s: sory laa bro x dpt dtg ek..mak wa masuk spital seminggu laa bro...

redSeptember said...

dayeeemmmmm!!!

mana jemputan aku? serious aku nak merajuk ngan hang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...