Novel Cinta

Assalamualaikum wbt,

Semalam buat pertama kalinya dalam hidup gua selama 26 tahun ni gua telah membeli senaskah novel. Yer, novel cinta-cinta di sulami nilai-nilai muslimin dan muslimat. Novel ni hasil air tangan MardihahAdam iaitu rakan opis gua yang tempat duduknya betol-betol kat depan meja gua. Patut hari-hari gua tengok dia tekun ajer mengadap PC, ajak lepak pekena teh pun tak nak. Gua ingat buat kerja rupanya tulis novel cinta-cinta.

Malam semalam gua baru sempat baca 10 muka surat. Tak boleh citer panjang lebar lagi pasal novel ni. Saper-saper yang minat nak baca cerita cinta-cinta berunsur muslimin dan muslimat boleh beli buku ni. Kalau nak mintak tolong gua dapatkan sain dari penulis pun tarak hal. Gua boleh adjust. Yang penting beli.

Buku ni tajuknya lukisan jiwa. Boleh beli kat kedai jual buku-buku agama kat Jalan Tunku Abd Rahman, kalau nak nampak moden dan kontemperori boleh beli kat MPH, Kinokuniya atau Borders. Beli kat mana pun harga sama ajer kecuali kalau beli dari gua harga dah mahal pasal buku gua ada sain MardihahAdam. Kalau nak nampak lagi gempak boleh beli pakai internet click sini.

Rupa buku mcm ni.




Ah gua dah tulis panjang-panjang ni, takkan nasik ayam pun tak ada untuk gua tengahari ni. Betol tak wahai Cik Mardihah? Oh yer, jgn lupa fresh oren. Ais kurang.

apei - budak kampung

Comments

Ann said…
good..hope penulis dpt lahirkn lbh byk novel2 berunsur islam spti habiburrahman...
bro ko kim salam ngan dia ekk..wah bgusnya buat novel unsur2 islamic nie..tak byk sekarang novel cinta yg mcm nie..aku nak cr kat popular rase2 ada tak?
~Mardihah Adam~ said…
Salam,

Terima kasih tidak terhingga pada apei, rakan sepejabat yang iklankan entry lukisan jiwa di sini. Terharu sekali. Malahan sebenarnya niat di hati memberi percuma, tidak dapat nampaknya gara-gara stok di tangan laku laris macam goreng pisang tanduk. hehe

Nanti Dihah belanja ya. Ais kurang ya? memang bagus kurangkan pengambilan ais dalam air seharian ini.

Pohon tumpang lalu di blog apei yang glamour ini untuk saya warkan jangan lupa..beli tau Lukisan Jiwa...hehehe
Liliyuli said…
nak diskaun boleh?
Ries Lee said…
promo kawan tu...
bagus2..
huhu...
langkasuke said…
lepas ni gua syak lu punye entry akan berubah.. gua jamin..
cahaya said…
bro..pinjam boleh?pinjam?hikhikhik..nanti i pulang balik...
apei said…
ann - gua dengar-dengar citer dia tengah buat novel kedua sekarang.

eiza - kat popular ada kot. lu beli online ajer pun boleh.

mardihah - yer..yer.. nasik ayam tu yang belah kepak.

liliyuli - itu lu kena discuss ngan tokey kedai buku.

sharamli - baru baca 10muka surat beb.

ries lee - bila lagi kan..

langkasuke - ah lu ingat gua boleh terpengaruh ke ngan benda-benda mcm ni?..

cahaya - pinjam tarak. nak sewa boleh.. amacam?
CHEDEM said…
Kak mardihah, apei ni luar nampak jer ganas dalam bunga2 hahahaha
[biru][pink] said…
ohhh
baguih2.

aku dah muak novel-novel cintan cintun yang berlambak dekat kedai.
cahaya said…
huhuhuk..berKire....
waa mcm best je novel ni...
bape hengget ni??
kot2 pegi mph boley beli klu ckup bajet.. hehee
apei said…
chedem - lu nak rasa tak kena sumpah jadi batu tu mcm mana?

birupink - novel cinta kontemperori dengan novel cinta ada unsur muslimin-muslimat ni lain sikit.

cahaya - semua benda nak free bila gua nak kaya mcm ni.

miss izah - bagus..bagus.. beli sekali 4 pun tak aper. bagi jiran-jiran. bangsa membaca bangsa berjaya (mcm iklan tv).
HaWa said…
@ mardihah: dengar2 penulis PTS dapat diskaun utk beli buku PTS. Nak beli dari Mardihah boley? Haha..

Popular Posts