Monday, October 19, 2009

Pengalaman saya dan bola sepak

Assalamualaikum wbt,

Kerjaya main bola dan Kerjaya jadi model baju adalah dua (2) kerjaya yang berbeza. Tapi tiada yang mustahil di Malaysia. Gambar sekadar hiasan.

Entah aperhal pagi-pagi time breakfast ada kutu bukak citer pasal team bola sepak malaysia, entah aper nama harimau manja ke harimau muda. Gua tak berapa ingat. Gua memang dah lama tak into scene-scene bola sepak tempatan ni. Naik mual bila gua baca citer pasal bola malaysia. Asal lawan ajer kalah, asal lawan ajer lingkop. Cilaka patutlah gua sokong arsenal. Walaupun ada kalah tapi biasanya menang.


Gua teringat mcm mana bibit-bibit perkenalan gua dengan bola sepak. Gini citernya, gua mengenali bola sepak seawal usia 4 tahun. Lu tanya player malaysia sekarang saper yang main bola start umur empat tahun mcm gua? haram sorang pun tak ada! Pakcu gua iaitu adik bongsu kepada Dato' Sri adalah pemain bola sepak mewakili pasukan UMNO bahagian kampung gua dan peringkat tertinggi beliau adalah bermain di peringkat negeri sebagai posisi simpanan. Setiap petang pakcu gua akan turun training bola sepak bersama rakan-rakan lain yang mewakili kampung. Walaupun takat wakil kampung, tapi gua boleh nampak tahap professionalism yang telah diterapkan. T-shirt training jenama PUMA, pakai kasut 6 stat, pakai stoking tarik sampai lutut, seluar pendek fit dan rambut pakai gel. Itu baru gua cerita time training!

Di sebabkan gua telah mendapat pendedahan secara terus dengan dunia bola sepak sejak berusia 4 tahun, seawal usia 5 tahun gua telah diserap dalam team utama kampung gua. Gua telah ditempahkan di posisi pengutip bola. Pada gua posisi tak penting, yang penting adalah semangat sukan. Sambil kutip-kutip bola gua boleh jugak main tendang-tendang tepi padang. Berkenalan dengan player-palayer handalan kampung. Sembang sambil korek-korek tips rahsia skil-skil maut mereka. Hasil ketabahan dan ketekunan gua berlatih dan membina stamina dari posisi pengutip bola gua telah di upgrade untuk bermain dalam 2nd team kampung pada usia 8 tahun. Masa ni Imran, Wan sopak, Puad, Boboi dan dua-tiga kutu lain baru sibuk nak belajar main pistol cherry. Tapi gua dah berada dalam pasukan bola sepak kampung dan mula merangka strategi untuk bermain di peringkat lebih tinggi. Kurang-kurang main untuk team yang tak berapa handal seperti Man.U dan Chelsea.


Pada gua belanja sekolah yang Datin Sri bagi semuanya adalah untuk bola sepak. Jiwa dah raga gua sepenuhnya adalah untuk bola sepak. Pada usia 8 tahun gua telah berjaya membeli kasut bola kain bertapak getah kaler hitam, seluar pendek bola sepak ada lambang barcelona kat pasar malam dan jersi manchaster united juga dari pasar malam. Stokin gua pakai stokin sekolah ajer. Jimat sikit, biasa la budget ciput.


Sepanjang gua bersama team kampung yang diterajui oleh pakcu gua sendiri, banyak pengalaman telah gua perolehi. Pembangunan stamina gua juga adalah lebih cepat berbanding budak seusia gua. Bukan mcm Amir gemok, dah lah rumah sebelah sekolah jalan kaki dari rumah ke sekolah pun nak kompelin semput. Stamina tak ada langsung, pun sibuk nak ngorat makwe-makwe sekolah yang dah tentu syok kat gua sorang ajer. Setelah 6 tahun gua berkecimpung dalam dunia bola sepak tempatan, bakat gua telah mendapat perhatian Cikgu Azman. Dengan hantaran berupa sepinggan mee goreng, gua telah di sunting untuk bermain dengan pasukan bawah 12 tahun sekolah gua iaitu SRKTN. Walaupun gua yang termuda, seawal usia 10 tahun, gua telah diberi kepercayaan membimbing pasukan SRKTN (sama sekolah ngan adem rono. Masa ni adem rono sibuk makan ais cream lagi kalau tak silap gua. Sikit pun tak pikir pasal pembangunan bola tempatan). Senior-senior darjah enam yang satu pasukan dengan gua harap nama ajer darjah enam ada jugak satu dua kali gua ternampak lu orang tendang bola tak kena masa training. Jangan ingat gua tak perasan. Gua malas nak report sama Cikgu Azman ajer kalau tak dah tentu kena 'drop'. Dengan berkat ilmu di dada, pengalaman yang telah gua timba dan doa ibu bapa, akhirnya sekolah gua telah berjaya menjadi juara peringkat Daerah sekali gus mewakili daerah ke peringkat negeri. Ni mcm mana nak kira ni, umur 10 tahun dah main peringkat negeri. Lu cuba tanya sorang kutu main bola untuk team malaysia masa umur 10 tahun aper dia buat? Mesti sibuk selak majalah URTV tengah tengok-tengok makwe pasal cita-cita nak kawin dengan artis.


Ketika umur 11 tahun, gua dah jarang pergi sekolah. Masa ni ada sedikit konflik antara jurulatih peringkat negeri dan jurulatih peringkat sekolah. Mr Raja coach peringkat negeri sibuk nak melamar gua untuk main dalam team U-12 Selangor. Mungkin terpegun tengok skill gua gelecek 3 ekor pertahanan dari sekolah sukan.Pada gua skill yang telah gua pamerkan hanyalah sekelumit cuma dari ilmu yang ada di dada. Manakala cikgu Azman berkeras tidak mengizinkan gua pergi dengan alasan gua bakal menduduki UPSR tahun depan. Akhirnya setelah buat semayang istiharah, gua memilih jalan bermain dengan selangor. Semuanya kerana gua memikirkan tentang pembangunan career bola sepak gua.


Masa main ngan pasukan U-12 ni dari hujung rambut sampai hujung kaki semua dah sponser. Aper barang pakai kasut bola bertapak getah, jersi pasar malam dan minum ais sirap lepas training. Semua dah upgrade. Sistem training lebih teratur dan peralatan latihan jugak lebih canggih. Tapi sekarang lagi canggih. Minuman tenaga pun dah macam-macam. Tapi pembangunan bola tetap makin hari makin celaka gayanya. Gua pun musykil. Ketika berusia 12 tahun, penumpuan bola sepak gua lebih mendalam. Takat nak sebut nama-nama player orang putih tu celah-celah gigi ajer. Tak kaku langsung lidah gua. Masa ni UPSR gua dah letak jadi nombor dua (2), penumpuan gua ialah pada kejohanan bola sepak U-12 Milo antara negeri. Kalau terpilih gua akan masuk sekolah sukan boleh main untuk Malaysia. Tapi masa ni gua tak pun terpikir nak kawin dengan artis, yang gua tau nak training betol-betol lepas tu harumkan nama Malaysia. Tengok betapa ikhlas niat gua!


Hari UPSR, Cikgu Azman cakap gua akan gagal semua subjek. Gua pun dah bersedia kalau gua gagal pun. Pada gua pelajaran tak penting. Gua jawap soalan UPSR laju-laju, keluar awal sebab nak baca majalah bola edisi terbaru. Lagi sedap!.. Hujung tahun result UPSR keluar. Tekaan Cikgu Azman hampir tepat. Gua sekadar dapat 3A dan 1B ajer. Palat sungguh rasanya ketika itu. Gua sedih kejap ajer. Menjelang petang gua sudah gembira semula kerana dapat main bola. Kejohanan Bola Sepak Milo U-12 antara negeri, gua tidak terpilih untuk diserap ke sekolah sukan. Masa ni pun gua rasa gampang ajer. Ayed budak Kuala Selangor, selalu miss tendang bola, asyik jadi simpanan, kejar bola memanjang tak pernah dapat, one-by-one dengan goal keeper pun tak gol, baling bola out-side pun fault, datang training lambat, perot boroi, selalu masuk hospital pasal ada lelah, masa main bola asyik betolkan jambul dan bercita-cita nak kawin artis, pendek kata macam gampang gaya main bola tapi terpilih masuk sekolah sukan pasal pakcik ada 'orang dalam' boleh adjustkan masuk sekolah sukan. Gua redha..


Gua meneruskan jugak semangat bola gua ke sekolah menengah. Sebab sekolah gua tu tak ada yang pandai main bola sangat, kalau ada pun 3-4 orang ajer yang ada pengalaman wakil rumah merah, dan hijau. Selebihnya baru pandai tendang bola 'swing' sikit-sikit dah start carik makwe-makwe. Bila bola nak maju. Berkat kesabaran gua dan Cikgu Nordin, satu pasukan bola berjaya juga gua bentuk. Walaupun tak la sehebat mana, tapi boleh la buat-buat lawan dengan sekolah sebelah-sebelah. Ketika usia gua mencecah 15. Gua sekali lagi membawa pasukan sekolah ke satu peringkat yang boleh di 'kembang hidungkan' oleh pengetua. Gua sekali lagi ke peringkat negeri U-15 peringkat negeri. "Dah lama gua tak menghirup udara perlawanan akhir" bisik gua dalam hati ketika kasut gua mencecah rumput padang. Ketika bersalaman dengan permain lawan, gua tersentak bila terserempak dengan batang hidung ayed. "Ingat team lu pakai jersy adidas gua takut ke?!" kata gua pada ayed. Ayed hanya senyum sombong.


Dalam perlawaan tersebut, posisi gua sebagai midfielder kiri akan menyebabkan gua perlu bertemu dengan ayed yang memegangang jawatan sebagai defender kanan pasukan lawan. 2 tahun gua pernah sepasukan dengan ayed semasa projek U-12 Selangor. Kelemahan Ayed dalam poket gua ajer. Skill kaki silang mcm Ronaldo tu pun gua yang ajar dia. Bebal sungguh, banyak kali ajar pun tak paham-paham. Ronaldo dulu gua ajar sekali ajer dah paham. Ah berbalik kepada perlawanan tadi, corak permainan Ayed sangat kasar. Tak mcm profesional langsung. Gua tak nak fikir negetif. Takkan sekolah sukan ajer budak-budak main bola mcm gusti pulak? Lagi pun gua tau Ayed memang bengap, couch suruh buat lain dia buat lain. Seperti biasa Ayed memang jangan haraplah nak dapat 'makan' kaki gua. Takat bentes-bentes ayed tu gua elak biasa-biasa ajer. 45minit pertama berkesudahan tanpa jaringan. Beberapa lubuk telah gua kenal pasti. 15 minit berehat, setitik air milo pun gua tak teguk. Gua atur balik stategi baru, memang kali ni sekolah sukan pasti mengelupuh. Separuh masa kedua bermula. Seperti yang gua cakap, minit ke 55, jaringan pertama dari sekolah gua telah mengamatkan stadium sekolah sukan. Jaringan berpunca dari ke bengapan Ayed yang bentes gua tak kena, gua mengelecek lagi sekor petahanan, melorongkan bola kepada Lan Burung dan disudahkan dengan rembatan kencang. Goal keeper hanya mampu melopong.


Permainan bertambah panas apabila cubaan demi cubaan dari sekolah tak pandai main bola (iaitu sekolah gua) terus menguji penjaga gol sekolah sukan yang berlatih satu hari 8 jam gua dengar citer. Tapi gaya main macam berlatih satu hari 8 minit. Mungkin lagi 7jam 52minit dihabiskan untuk bukak majalah mangga dan main cop-cop artis. 5 minit lagi perlawanan akan tamat, kedudukan masih lagi 1-0. Muka Ayed dah start naik merah, malu lah weh pakai baju adidas, kasut 6 stat pun jenama adidas takkan gua yang pakai baju jenama pro-star dengan kasut bola jenama asadi ni pun dia tak boleh 'makan' betol tak? Dan mungkin telah di takdirkan hari tersebut merupakan titik perubahan dalam kareer bola sepak gua. Ketika gua sedang mara menuju ke gawang lawan, gua dah nampak Ayed senyum dengan gaya samseng, Ayed berlari pantas menuju ke arah gua, Ayed menjatuhkan badan, gua tersilap perkiraan yang gua sedar kaki Ayed naik tinggi dan melekat ke arah lutut gua. zzzzaaaaaaaapppppp...krak.. tempurung lutut gua lari ke tepi. Meraung gua di tengah padang, Ayed kena kad merah. Gua kena hantar hospital.


2 minggu gua terlantar kat hospital, hari-hari makan buah anggur. Kepala lutut gua dikatakan retak, legement lutut putus dan gua dinasihatkan untuk bermain chess sahaja sampai mati. Satu hakikat yang amat sukar gua telan. Doktor Karim "Awak jangan main bola lagi, main chess tak apa!" menusuk kata-kata itu bagai sembilu di hati gua...Sejak kejadian itu, ada jugak gua nak serius semula dengan bola sepak, tapi akhirnya gua kecundang dan pasti akan bertemu Doktor karim semula. Palat sungguh perasaan gua. Akhirnya kareer bola sepak gua berkubur disitu. Ada pun masa kat Universiti gua main wakil fakulti. Tapi budak-budak universiti bukan tau sangat main bola, bercinta tau la. Tu yang gua boleh nampak mcm hero tu. Sekarang gua main jugak bola petang-petang tapi sekadar mengeluarkan peluh. Main gelak-gelak sama rakan-rakan sekampung. Nasihat gua kepada mereka-mereka yang ingin menjadi super start bola, kalau lu nak main bola sila bermula dari usia awal dan elakkan dari bertemu orang seperti Ayed.

apei - budak kampung

p/s: Gua dah kira-kira, kalau Ayed tak bentes gua masa tu sekarang ni gua tengah sibuk main dengan first team Arsenal.

16 .:

sharamli said...

main ganas sgt sp suruh

ajed said...

woi palat, tak payah membohong boleh ke? sejak bila plak lu cedera? malas nak main bola alasan macam-macam. telor mana telor?! gua dah start panas ngan lu ni. suruh main bola pun susah, bukan suruh belanja gua kfc pun.

Daud Mili said...

panjangnyer cerita....bola dan lelaki tak boleh dipisahkan...hahaha

Ries Lee said...

ayed macam siot...
si ayad mesti penyokong setan merah kan...
patut la perangai macam setan...

p/s : macam x betul jer citer ni..

arfahadnan said...

panjang betul kau membangga diri..
penat aku baca..

apei said...

sharamli - tulah. gua suruh main bola tapi diorang sibuk main ganas.

ajed - bulan puasa gua beribadat, bulan raya gua sibuk nak abis kan kuih, bulan lain la gua main bola balik.

daud - kira-kira mcm pompuan dengan make-up lah..

ries lee - ayed penyokong aper gua pun tak tau. mana lu tau tak betol? lu jgn dengar sgt cakap ajed tu. Dengki dengan gua tak abis-abis.

arfah - lu punya cerita korea pun panjang gak gua baca tak kompelin pun.

Ann said...

pnjang btul citer lu....ak main bola gak time demam worldcup, tp dlm umah jer..tiba2 ayah ak bising la.

Liliyuli said...

pergh!
habes pun wa baca..
inilah entry paling panjang yg wa baca..niat hati mahu je pertengahan bacaan mahu wa hentikan. anyway...kagum wa ngan lu..semangat tu..semangat tu yg najib mahukan..hahaha

pijah@hakuna said...

aaaa. gila panjang entry mau pening lalat muntah2 aku. huhuh.

pari pari syurga said...

lu buat karangan exam form 6 ke?






*gua tak baca.. tgh pening kepala.

hahahaha.

redSeptember said...

amboi, pei, ni entry belog ke, hang buat buku cerita ke?

tak larat aku nak baca deh....

ajed tu nak telor apa? telor dadar ke telor scrambled ke?

btw, pakcu hang hensem tak?

Wan Fara said...

haha sampai skrg pn adem rono asyik makan eskem jee

apei said...

ann - lu main bola aper dalam rumah? ehem.ehem..

liliyuli - gua pun kagum mcm mana gua boleh tulis mcm ni.

pijah - ah lu novel cinta 200 muka surat lu baca steady ajer. entri gua 4 perenggan ni lu berkira.

pari-pari syorga - tak baca lagi mau kompelin.

red - ni baru gua tulis sambil-sambil layan chating makwe-makwe facebook. kalau gua kosentret tadi lagi panjang beb. gua pun tak pasti ajed nak telor aper? mungkin yang dia nak tu sebenarnya buah rambutan tapi dia panggil telor. kadang-kadang bengap ajed ni pun boleh tahan! pakcu gua kata muka dia mcm john travolta, tapi gua tengok mcm cota ajer..

wan fara - biarlah dia. kalau dah tua-tua mcm tu memang susah dah nak berubah.

Ann said...

lu pk per? bola sepak la..huhu

langkasuke said...

klu lu main tuk arsenal, gua org plng mengelupur bile player passing bola kat lu..

cisss..

CHEDEM said...

dulu gua bole la makan eskrim murah 20sen. Sekarang kalo takder baskin robin tuh gua tak pandang eskrim murah ni bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...