Semalam dan Hari Ini.

Assalamualaikum wbt,


Semalam -


7.30 am - Dalam perjalanan ke opis, Puan Marlina menerima panggilan dari yong (akak ipar gua yang sulung) mengatakan angah (abg ipar gua yang nombor dua) masuk hospital segamat. Secara auto muka Puan Marlina naik kelat semacam. Pi opis pun dah mcm nak pi kebumi orang mati ajer muka. Last-last gua pujuk "Oklah, kita cuti dan pi segamat sekarang jugak"


8.30 am - Gua masuk opis dulu, apply cuti dan bagi tau boss ada emergency.


9.15 am - Gua di RnR Seremban pekena jamban kejap!


11.30 am - Tiba di Hospital Segamat. Time melawat pukul 12 noon. Tapi gua buat-buat gaya sombong cakap orang putih ala kadar terus pak guard kasi naik ke wad.


2.30 pm - Puan Marlina masih lagi bersembang dengan abg ngah nyer manakala keadaan gua pada ketika itu lebih kritikal dari orang sakit.


2.35 pm - Gua pinjam katil wad bilik sebelah untuk baring-baring. Baru sedap rasa tulang belakang.


3 pm - Pekena zohor kat masjid tak tau nama kubah kaler kuning dekat town segamat. Sesiapa yang datang ke segamat gua rekemen untuk semayang kat masjid ni. Kipas dia memang terbaikkkk.. Gua pekena lagi baring sampai pukul 4 pm.


5 pm - Gua kembali ke hospital segamat dan kelihatan angah sudah bersiap sedia dengan baju operation. Gua sound "Rilek brader, sikit jer depe tebok perot lu. Tak sakit sangat!". "Gua tak gentar laa. takat operation ni dah kira macam makanan gua ajer!" Angkuh gaya jawap angah. Muka cool tapi lutut menggigil gua nampak, nak kira mcm mana ni?


5.30 pm - angah di tolak ke bilik bedah. Gua nampak muka mula berubah kekuningan. Mungkin pucat. Ah gua tak nak pikir negetif. Angah kata takat operation ni dah mcm makanan dia. Takkan la dia takut kot?


6 pm - Datin Sri sms gua "Orked demam, ubat dah makan. Dia tengah tidur. Dont worry. Jgn balik lambat sangat" Gua bagi Puan Marlina baca sms tu tetiba ajer "kita balik sekarang jugak!" kata Puan Marlina. Gua cuba tenangkan beliau dengan mengatakan Orked ok dan tak ada apa-apa. Dan gua juga mengingatkan dia yang sekarang kami sedang berada di lokasi yang jauhnya lebih kurang 200km dari KL dan tempat tu bernama segamat. Masa perjalanan untuk sampai ke KL adalah 3 jam. Bukannya di kampung pandan, pandan jaya, ampang, shah alam mahu pun damansara yang mengambil masa 30 minit untuk sampai rumah datin sri. Puan Marlina akur


8.30 pm - Angah masuk semula ke wad. Nampak dah sedar. "Angah apersal air mata lu leleh gua nampak?" Angah tak jawap. Gua syak time tu bius dah abis.


9 pm - Angah tidor, gua gerak dari segamat menuju KL.


11.30 pm - Sampai rumah Datin Sri. Orked belum tidor. Meragam.


12 am - "Happy birthday!" gua ucapkan kepada Puan Marlina yang sibuk lap badan Orked dari tadi dengan tuala basah. "Thanks, Orked dah bagi hadiah dia tapi abg belum lagi." jawap Puan Marlina. "Orked bagi apa?" tanya gua. "Jaga Orked yang tengah demam pada usia dia satu tahun 7 hari pada malam hari jadi saya. Pengalaman yang sangat best bagi seorang ibu. Itulah hadiah dari Orked" Jawap Puan Marlina sambil terus mengelap badan Orked yang hampir terlena dalam riba mama nyer. Gua pun senyum sama.

Hari ini -

"Moga Allah terus mencurahkan dan melimpahkan rahmatNya ke atas kamu. Ketahuilah bahawa redha abg selalu bersama kamu selagi kamu sudi membiarkan hati kamu dicintai abg dan orked. Puan Marlina, Selamat Hari Lahir"

apei - budak kampung

p/s: ni aperhal gua tulis bunyik mcm cinta-cinta ni?

Comments

afendi ariff said…
ayat lu utk Pn Marlina buat wa tacing.....wa tacing........
arfahadnan said…
lagi sekali aku terharu..

neway..

Happy Birthday Puan Marlina..
semoga hidup kamu sekeluarga sentiasa bahagia, dilimpahkan rezeki yg melimpah ruah dan diberkati oleh-Nya..

disebabkan puan marlina suka korea cam aku.. aku ucap kat dier sekali lagi dalam bahasa korea..

saenggil chukkha hamnida..^_^..
olololo...sweetnye encik apei.hehe

Selamat Hari Jadi Puan Marlina. Semoga menjadi isteri dan ibu terbaik untuk Orked dan bakal2 adik orked..hehehe
MaszLaVista said…
aku jeles sama marlina..apei, lu tau kan cite aku? hahaha..sejarah berulang lg laa beb! aku dh mls nk pk..ingt nk p pejabat agama je terus..
sharamli said…
s0b3...
ha3...
epi befday pn.marlina
langkasuke said…
peh.. lu ganas gile beb...

paham sendiri2 la ek.. kehkehkeh
mEiZ SHA said…
terharunyer gua bro!!!

selamat hari lahir pn.marlina..:)

tahniah punye suami dan anak yang bisa membahagiakan kamu dunia dan akhirat..;)
Yot | is | Yati said…
selamat hari lahir buat puan marlina..touching nyer. hu.
qishie said…
nanti orked da besa bg dia baca blog lu weh..at least she would proud with her lovely mum. ^^
redSeptember said…
awat hang tak habaq hang gi segamat? leh aku roger grands aku atau uncle aku untuk backup hang punya tempat rehat. silap2 boleh makan sambal jowo nenek aku lagi tuh.

segamat tu tempat aku kena ikat kat pangkal pokok durian tuh....

bai the roti, happy birthday puan marlina :)
PETAK.! said…
Ahaha.Ahaha.Ahaha.
nurul lalala said…
ala tomei nya~tacing2
hepy besday pn marlina-->moga pnjg umo, murah rezeki n idop sentiasa diberkati Allah
CHEDEM said…
This comment has been removed by the author.
CHEDEM said…
aik jangkit jiwang2 gak ke
Ahkakmu said…
Ko nihhh... suker jer buat ahkak leleh air mata tau!!!
apei said…
afendi ariff - rilek brader jgn tacing-tacing.

arfahadnan - tq sis. gua tulis perkataan korea ni pastu bagi kat dia malam tadi. dia senyum pastu jawap aper benda entah gua pun tak paham. ada sikit2 bunyik korea jugak! lu orang memang nak kena debik ngan gua. kalau jumpa sah-sah mengumpat gua cakap korea.

naddy - insyaAllah. amin.

masz - ada vacant lagi 3. amacam? hahah gurau. email kat facebook gua aper citer?

sharamli - tq sis.

langkasuke - hahaha.. ganas tang mana tu?

miezsha - tq sis.

yot - tak payah nak tacing-tacing. gua bukan buat citer sedih pun. hehe

qishie - insyaAllah.

red - mana gua tau atok lu tak segamat. kalau gua tau memang la gua carik.

petak - oo berani lu gelak. ni buku tulisantangan bila gua boleh dapat baca ni? tepon gua bagi tau bila lu free.

nurul - insyaAllah. amin. tq sis.

ahkak - rilek kak, tu baru citer sikit baru tu. anyway thanks for the 'florist' info.
Ann said…
huhu tlewat wish..bz ckt.
heppy beday pn marlina, tharunye ayat pn marlina, indahnye naluri seorg ibu...ayat ko pun ak tharu. smga kebahagiaan korg kekal smp bila2..zazzzzzzzz..
pijah@hakuna said…
sempat lagi ke nk wish kat pn marlina..

selamat hari lahir pn marlina.. semoga hari2 yg dilalui adalah hari yang ceria.
Nur said…
Salam,

saya terlepas bday puan marlina dan oked,

say happy bday to them, and sampaikan salam hormat saya pada mereka. Moga2 Allah redha pada mereka dan awak..moga2 rahmat Allah takkan terputus pada keluarga awak, moga2, ya, insyaAllah, awak sekeluarga dipelihara dri sebarang fitnah, baik dri jin, manusia dan binatang buas dan melata.

Warghhhhhhhhhhhhhh, pengsan nak buat model econometric

Popular Posts