teka-teki dari ayah saya.

Assalamualaikum wbt,

Petang semalam, tak petang sangat. Dah berat ke magrib. Seminit dua lagi dah nak masuk waktu orang azan magrib. Gua masih lagi kucar-kacir kat opis lalai dengan kerja-kerja duniawi yang tak abis-abis. Kerja macam haram punya banyak. Semua nak siapkan urgent. Pihak management sikit tak perihatin dengan perasaan gua yang teringin nak semayang jemaah magrib kat surau.

"Ni urgent ni. Kita kena confirmkan balance fund kita di Hong kong sebelum pukul 7.30pm. Cepat call diorang!" bingit suara boss gua arah itu ini.

'Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya..walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya... lalalala......' ringtone handphone gua berbunyik lagu nasyid tanda panggilan dari Dato' Sri.

"Assalamualaikum" Dato Sri bagi salam.

"Waalaikumsalam, yer ada apa ayah?"

"lu kat opis lagi ke? sihat ke?"

"Sihat. kat opis lagi. kucar-kacir kerja banyak ni. Semayang magrib pun silap-silap kena jamak ni!" jawap gua serius.

"Lu jangan weh, semayang musti nombor one. Tu la gua ajak kerja ngan kompeni gua, lu sombong. Tak nak" Dato' sri cuba ungkit cerita-cerita lama. Bukan gua tak nak kerja ngan kompeni Dato' Sri, tapi asyik missing bayar gaji aper citer. Family-family gak, gua dah kerja mesti lah kena bayar gaji. Betol tak?

"Ada mender ayah call magrib-magrib ni?" Tanya gua nak kepastian. Muskil gak tetiba call gua time-time magrib.

"Tadi gua pi menembak (berburu), gua nak carik rusa terjumpa sekeluarga babi. Satu mak dan 5 anak. Gua peratikan babi tu punya formasi jalan agak pelik sikit. Mak dia jalan kat depan, lepas tu anak dia 5 ekor ikot ajer bontot mak dia dalam satu barisan sambil muka tunduk tengok tanah" terang Dato' Sri

"Abis tu?"

"Ni teka-teki nak bagi lu, agak-agak lah kan apersal anak-anak babi tu jalan satu baris ikot bontot mak dia sambil tunduk?"

Ah gua tengah sibuk tak cukup tangan dengan kerja urgent bersepah, sempat pulak Dato' Sri bergurau dengan teka-teki plak.

"Tak ada masa nak pikir. Lain kali la jawap. Bizi ni!"

"Ok..ok no hal. Gua bagi masa sampai pukul 12 malam ni. Lu pikir baik-baik. Hadiah lumayan!"

*****

11.30 pm - Gua tengah rilek-rilek senang lenang sambil tengok tv drama orang putih. Gua dah tak nak pikir sangat pasal teka-teki Dato' Sri tadi. Gua syak dia main-main ajer.

truutthhh.. hp gua gegar tanda sms masuk "Dah dapat jawapan?" sms dari Dato' Sri.

"Menurut kajian dari ensyclopidia cawangan babi, muka surat 26 ada tertulis. Sikap semula jadi anak babi memang mcm tu. Tunduk supaya boleh menghidu jejak langkah mak dia. Supaya tak sesat dalam hutan" Gua jawap gaya inteligent sikit. Kalau nak menipu pun biarlah nampak bijak-bijak sikit.

Dato' Sri me-reply sms gua dengan jawapan sebenar. Jawapan dari Dato' sri buat hati gua sakit semacam. Satu malam gua tak boleh tidor memikirkan dimana logiknya jawapan dari beliau.

apei - budak kampung

p/s: Jawapan Dato' Sri "Anak babi tu jalan tunduk pasal dia malu mak dia babi". Dengan itu gua terlepas pakage pelancongan ke Medan anjuran Dato' Sri pada tahun ni. Terima kasih!

Comments

citahrudin said…
kah kah kah..gelak guling2 r

tabik spring r sama Dato' Sri

aku ingat orang-orang yg jadi Dato' Sri ni x layan lawak semacam itu..

aku salah rupenye...

hahaha.. gelak lagi
pergh...ayah lu memang terbaik...hahaha
MaszLaVista said…
aku dari tadika dh dengar teka teki tu apei..
Ahkak said…
Mender lar lu ni!! Teka teki zaman tok kaduk pun takkan tak penah dengar lagik kot. Cehhh...
arfahadnan said…
huahuahua..

teka-teki nih dah lama ler..
ayah kau lebih uodated dari kau nih..

kan dah melepas hadiah lumayan..
apei said…
citahrudin - sampai hati lu gelak gua.

chaireel - ah teka-teki mcm tu saper2 pun boleh buat.

masz - apersal gua bleh tak tau ada teka-teki mcm ni?

ahkak - tak pernah dengar pun! hampeh tol!

arfahadnan - patut gua tulis entri ni awal2 mintak korang bagi jawapan.
Yot | is | Yati said…
lorh ape la bang...tak logik langsung tak penah dengar. len kali post entry awal2 bole kami tumpang bagi jawapan dan tumpang hadiah luamyan tu. er....hehe.
sharamli said…
aala..tekateki dak dajah satu je p0n...
thaliana_damia said…
gie medan tu ..apsal bukan dato sri tanya saya ...sure sya cari jawapan betul ..2 kali pegi pun banyak lagi tempat saya tak habis pegi kat medan tu
Liliyuli said…
kalau la soalan tu diberi kpd saya yg utk menjawab..ke medan dah saya ni gamaknya..heh
Ries Lee said…
hahahahahahahahahahahahaha!
pecah perut weyh!
Ann said…
teka-teki tu dh lame ler...lu sorang je yg xtau? ish2...kn dh melepas tu..

Popular Posts