Monday, November 23, 2009

Gua terguris! - Pompuan jangan baca.

Assalamualaikum wbt,


Hari ni gua sanggup tak pi lunch dan melepek kat library mengadap internet berkuasa tinggi sebab nak carik arkitek bengap mana yang buat ukiran dinding macam ni. Sikit tak pikir perasaan lelaki mcm gua bila tengok bayang-bayang dari ukiran tu. Terguris tau..terguris. Maruah kami di pamerkan di dinding-dinding jambatan. Murah sungguh! Dah mcm cilaka sikap.

Dan sampai petang ni gua masih tak jumpa tukang buat ukiran ni. Saper-saper tau tolong bagi tau gua. Tak jumpa tukar buat ukiran, dapat tukang simen ke, tukang pasang ukiran ni ke pun boleh. Tapak kaki gua dah rasa gatal-gatal nak pijak perot orang ni.

apei - budak kampung
p/s: Abdul Ramli bin Sukri, lu kan bos-bos takkan hutang rojak semayang jumaat 3 minggu lepas buat-buat lupa?

Friday, November 20, 2009

misteri kehilangan barang-barang rumah saya.

Assalamualaikum wbt,


2-3 hari ni ada beberapa barangan kecik-kecik macam camera compact, psp, handphone nokia zaman universiti, botol minyak gamat, pen marker, getah ikat rambut Puan Marlina, perhiasan atas rak tv berbentuk kulit kerang, komik detektif konan, stokin bola dan terakhir jam tangan gua telah hilang secara misteri.

Semua barang-barang yang hilang secara misteri tersebut telah gua temui malam tadi dalam tempayan berisi air dan pokok bunga bersebelahan rak kasut depan pintu masuk rumah gua.

"Papa nak tanya, Orked tau tak saper yang buat semua ni?!"

Orked tersenyum tunjuk gigi 5 batang sambil memegang remote astro dan berjalan menuju tempayan.

Ok.. papa dah tau!

apei - budak kampung

Tuesday, November 17, 2009

Ni entri cinta-cinta gua yang last. Sumpah!

Assalamualaikum wbt,
Ini gambar kandid yang tak hensem hasil kerja tangan Puan Marlina.

Memandangkan gua seorang yang berbadan kecil dan comel-comel ajer ketika kecil. Gua masih lagi di dokong oleh Dato' sri ketika hari pertama gua melangkah ke sekolah darjah satu pada usia 6 tahun. "Woi dah darjah satu pun bapak dokong lagi ke?" cilaka sungguh mulut Wan Sopak pada hari tersebut. Sehari suntuk gua di ejek oleh rakan-rakan sekelas 1 hijau. Palat sungguh perasaan gua sepanjang hari. Tu belum kira lagi perasaan kucar-kacir dengan botol air rebena gua tumpah dalam beg. Ah dem, pengalaman hari pertama persekolahan yang memang tak best!
Pasal tu sampai tingkatan 5 gua tak suka sekolah. Semuanya kerana pengalaman hari pertama gua itu.

Hari pertama persekolahan darjah satu tamat termasuk kelas 1 Hijau. Semua mak bapak tunggu anak-anak di luar sekolah. Dari jauh gua nampak Dato' Sri pun ada sama. Terus gua belok amik jalan belakang dan balik rumah jalan kaki.

**********

"Mana kamu pergi, ayah tunggu depan sekolah kamu tak ada?"

"Balik jalan kaki"

"Kenapa?"

"Malas nak balik ngan ayah. Nanti ayah dokong"

"Salah ke ayah dokong kamu?"

"Kawan-kawan semua ejek kat sekolah, wan sopak, puad, man keli. Semua ajek. Petang ni malu la apei nak main bola"

"Biarlah depa nak ejek. Depa tu dengki yang benornyer"

"Kenapa ayah nak dokong apei? Apei dah besar lah. Dah darjah satu, dah pandai jalan, dah pandai main bola, dah pandai nyayi lagu isabella, makan nasik pun dah ada sambal belacan"

Dato' Sri hanya tersenyum.

**********
Malam tadi Dato' Sri singgah rumah gua di Cheras.

"Sajer singgah rumah kau. Sihat ke? senyap je 2-3 hari ni. Ayah talipon pun kau tak jawap"

"Mana ada ayah talipon! tak ada misskol pun. Weekend lepas pi Terengganu tu yang tak ada kat rumah"

"Wah..makin semangat badan cucu atok ni"

"Ha'a.. tak larat nak dokong dah" jawap gua yang ketika itu sedang mendokong Orked.

"Kau kata tak larat tapi kau dokong jugak, lagi pun dia dah pandai berjalan kan. Kenapa kau nak dokong dia lagi biar ajerlah dia berjalan?"

"emmm...." gua tak dapat jawap.

Dato' Sri senyum sekali lagi. Senyuman yang serupa macam 20 tahun dulu.

apei - budak kampung

p/s: "Kenapa papa suka dokong Orked?" - Orked
"Hati kita akan dekat bila papa dokong dan peluk Orked.. kan?"- Gua.

for sales!

Assalamualaikum wbt,


Gua ada terbaca satu page yang boleh menilai value bagi sesebuat website (USD). Dan ada juga aplikasi di sediakan di page tersebut yang boleh menilai harga page/website/blog lu orang.


Dalam page tu kata harga google.com $8.37Billion, yahoo.com $6.70Billion, facebook.com $5.00Billion, youtube $4.86Billion, blogger.com $2.27Billion, myspace.com $1.20Billion, microsoft.com $1.05Billion dan apei-kampungboy.blogspot.com $4,500.30.

Gua tengah pokai, kalau ada saper-saper yang berminat nak beli apei-kampungboy.blogspot.com. Gua nak jual. Harga boleh adjust lagi. Pembeli yang serius sahaja - SMS gua.

apei - budak kampung

p/s: cek value blog lu orang http://bizinformation.org/

Monday, November 16, 2009

Dan kamu ialah...

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt,

"Hoi kamu. Ada nampak mak aku?"

"Manalah saya nampak!"

"Selalu aku nampak dia berbual ngan kamu kalau kamu tengah sidai baju mcm sekarang ni"

"Saya tak tau, tak nampak pun mak awak tu!"

"Boleh aku tanya sikit? kau ni siapa?"

"Saya adik tuan rumah ni. Kalau cuti sekolah saya akan datang rumah kakak saya ni"

"Apersal kalau kau nampak ajer aku cepat-cepat kau lari masuk rumah kelam-kabut?"

"Muka awak macam samseng. Kepala botak, ada parut kat dahi, hitam dan selalu marah-marah ajer. Cakap sikit-sikit nak tengking. Petang-petang main bola kat padang belakang rumah ni pun saya nampak awak asyik nak gaduh ajer"

"Ah merepek ajerlah kamu ni. Nama aku...."

"Nama awak firdaus, mak ayah awak panggil apei. anak sulung, sekolah asrama, pengawas, AJK Pengakap, suka main bola dan rugbi, minat melukis tapi tak cantik, pakai minyak rambut jenama code-10, tak suka lipas dan pinggang saiz 29"

"Woi lebih-lebih kau ni. Mana kau tau?"

"Saya duduk rumah 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Awak rasa-rasa siapa yang banyak tau pasal awak yang duduk rumah 24jam sehari dan 7 hari seminggu?"

"Mak aku?"

"Agaknyalah kot!"

"Nama kau?"

"eh dah hujan..saya nak ambik kain" dan dia terus berlari meninggalkan aku. Keseorangan di laman petang itu. Hujan turun, aku lencun. Pintu rumah berkunci sehingga Dato dan Datin Sri pulang.

**********

Aku tak pernah tahu nama sebenar selain nama panggilan kamu walaupun setelah 5 tahun aku mengenali kamu ketika itu. Sejak perbualan itu, hari demi hari aku ingin terus mengenali kamu. Dan dia terus merobos ke daerah paling dalam di hati aku dan terus bersembunyi di situ. Tidak mungkin ada orang lain mampu merobos ke daerah itu selain kamu. Aku tak tahu bagaimana kamu mampu sampai ke sana. Mungkin atas bantuan Tuhan yang maha kaya. Mungkin..

Beberapa hari lagi, genap 10 tahun aku mengenali kamu, kita berkawan, ada masa kita bergaduh, kita ketawa, ada masa kita menangis, kita saling mengejek, kita saling merindu, kita saling menyayangi, kita berkongsi segala cerita tapi masih ada sempadan. Dan beberapa hari lagi genap sudah 2 tahun kita berkongsi segala-galanya. Dia mata aku... kamu teman, kamu lawan, kamu bidadari, dan kamu juga isteri.

Ya Marlina, kamu. Aku bercakap tentang kamu. Terima kasih kerana masih sudi meminjamkan hati kamu untuk aku. 10 tahun sudah usia persahabatan kita, 2 tahun sudah usia perkahwinan kita. Apa lagi yang boleh aku katakan selain dari Terima kasih dan tiada siapa mampu merampas syurga itu dari kamu kerana hingga saat ini, redha aku masih tetap milik kamu. Ya, hanya kamu.

apei - budak kampung

p/s: "lu aniversary atas kapal yang ada nama cruise-cruise tu mesti best beb" - fairus
"gua kat rumah pun boleh aniversary, tak payah cruise-cruise" - gua

Friday, November 13, 2009

nostalgia malam akhir

Assalamualaikum wbt,



Dari kiri: Said Ismu Azam, gua dan Sharil. Bawah: Zul - Gambar diambil pada suatu malam sekitar October, 2004. Malam terakhir kami melepak sebilik setelah 4 tahun bersama menghabiskan zaman-zaman belajar di Universiti.

Entah aperhal 2-3 hari ni gua dok terkenang lu orang. Mana lu orang semua pi? Ada pun Shahril ajer yang talipon gua minggu lepas kabor awek dia dah kawin ngan orang lain. Gua talipon Zul, asyik masuk operator suruh tinggal pesanan suara. Said Ismu plak gua call adik dia yang jawap kata dia dah kerja jadi Pegawai luluskan pinjaman peribadi kat sebuah bank di Australia. Ada adik dia bagi nombor talipon opis kat Australia. Aper jadah plak gua nak talipon sampai Australia. Bil gua siapa nak tolong bayar. Celcom bukan pikir nak bagi diskaun kat orang-orang berpendapatan biasa-biasa mcm gua ni.

Zul dah jadi pegawai buat ubat batuk kat syarikat buat ubat nama CCM. Kalau lu orang pi klinik pasal batuk, lepas tu doktor tu bagi ubat batuk ada tulis nama syarikat CCM, ha tu kawan gua la yang buat ubat tu. Zul masa kat universiti dulu belajar pasal kimia. Selain makmal di fakulti, bilik kitorang jugak kerap dijadikan makmal kedua beliau. Selain katak dan tikus putih, gua, sharil dan said kerap kali jugak menjadi bahan eksperimen beliau. Kabornya zul tengah sibuk dengan projek nak buat ubat orang kena stroke.

Sharil pulak ialah seorang pegawai sebuah bank cawangan kuala lipis yang tukang sain surat pinjaman perumahan yang telah lulus. Kalau tak bayar instalment rumah pun dia jugak yang sain surat suruh lelong rumah orang. Tapi sekarang gua dengar kabor dia sibuk melobi nak bertanding jadi adun area-area lipis pasal katanya kerja bank susah nak dapat rasuah.

Gua pulak masih sibuk main blog tanpa banyak memikirkan soal masa depan.

apei - budak kampung

p/s: ketika gambar diambil, gua masih lagi mengekalkan imej retro dengan rambut kembang dan cermin mata bingkai besi bulat.

Thursday, November 12, 2009

detik ajaib

Assalamualaikum wbt,

Orked,

1 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan 4 hari kamu bernafas di atas bumi Allah ni. Akhirnya detik-detik yang paling papa dan mama tunggu tiba juga. Langkah pertama kamu. Gembiranya papa dan mama ketika melihat langkah pertama kamu itu. Tidak ada kata yang boleh kami gambarkan. Gembira itu layaknya seperti hari pertama papa dan mama mendakap dan mencium kamu ketika kamu masih lagi berlendir dan berdarah. Terasa agung sungguh maha pencipta.

Malam itu, selepas kita makan malam bersama. Papa dan mama sibuk menonton tv, kamu pula leka menyelongkah kotak yang penuh dengan permainan-permainan kamu yang di kumpul sejak kamu lahir. Jarak antara papa dan mama dengan kamu tidak lah jauh. Leka melihat kamu bermain, mama memanggil kamu "Orked, tak nak join mama ke tengok tv ni?" Lantas kamu menoleh ke arah kami, kamu berdiri dan berjalan.

Selangkah, dua langkah, tiga langkah, dan kamu terjatuh. Ketahuilah kamu bahawa kami teruja, terkejut. Itulah detik yang ajaib yang kami tunggu. Alhamdulillah, dapat kami saksikan sendiri.

Orked,

Teruslah melangkah. Moga dari langkah pertama kamu itu kamu akan terus melangkah menjelajah bumi tuhan yang maha luas ini, moga kamu belajar dan tahu menyebut syukur...

apei - budak kampung

ubat sakit misteri

Assalamualaikum wbt,

2 minggu gua menderita sakit mister. Kucar-kacir sungguh perasaan sakit tak tau punca ni.

Doctor 1 "Awak sihat ajer. Tak ada problem pun. Paru-paru ok, perot ok, otak pun ok"

Doctor 2 "Tak apa saya bagi awak ubat tidur, nanti balik rumah makan dan rehat yer. Nak MC berapa hari?"

Doctor 3 mengaku sebagai pakar yang ada gelaran Dato'-dato' "Saya dah tengok x-ray paru-paru awak ok. Heart beat awak pun normal. Kandungan darah merah dan darah putih pun ok. Tak ada masalah. Mungkin awak stress. Saya transfer kes awak ke pakar mental lah!"

Gampang!

**********

Atas saranan orang tuan-tuan, gua pulang ke kampung demi mencari sebuah konklusi.
Nujum Pak Belalang 1 "Kau ni ada saka ni. Saka kau ni harimau putih. Dah lama tak makan pulut kuning dengan telor rebus". Sejak tu baru gua tau, selain daging, harimau juga makan pulut kuning dan telur rebus.
Nujum Pak Belalang 2 "Kau ni ada tersalah makan la tok rasa. Tak apa-tak apa, sikit ajer ni. Tok buatkan air penawar ni nanti kau minum. Pantang larangnya bla..bla..jgn tinggal semayang..bla..bla.. jgn lupa sedekah orang miskin..bla..bla.. jgn intai anak dara orang..bla..bla.. ok semua sekali kautim dengan air penawar ni atok charge RM50 dah la. Nak resit?"
**********
Gua kembali ke KL. Sama jugak, macam haram rasa badan. Siang elok gua sihat, menjelang lepas magrib gua rasa macam tak best langsung. Nak training tomoi pun tak selera, tengok tv pun rasa mcm tengok dinding, makan kebab pun dah rasa macam makan tiub basikal, minum air oren pun rasa macam minum air sirap. Ni aperhal ni?
**********
ring..ring.. Ba'em sepupu gua belah bapak talipon. "Gua dengar citer lu balik kampung pasal saka lu mengamok!"
"Saka? F**ker ada lah!" meradang gua menaik tetiba. Memang pantang gua orang talipon time-time gua tengah pekena baring sambil bukak ekon.
"Malam ni lu ikot gua. Gua kasi lu try ubat baru"
Malam semalam gua ikot Ba'em. Alhamdulillah, lepas pekena 'ubat', gua dapat tidur dengan lena dan pagi ni gua bangun dengan badan yang segar. Baru gua tau, selain menyihatkan badan, main golf juga boleh mengubat sakit misteri. Gua dah start bukak mudah.com nak carik set golf second-hand.
Pn Marlina, amacam?
apei - budak kampung
p/s: Pari-pari syurga, sorry gua tak dapat datang. bagi alamat nanti gua post hadiah!

Thursday, November 5, 2009

saya dan sakit misteri

Assalamualaikum wbt,

Masuk hari ni genap dah 3 malam gua tak boleh tidur. Siang gua sihat sejahtera, sementara belah malam gua akan mengalami sakit-sakit urat belikat, suhu badan panas, hidung keluar air, mata pedih, tekak sakit, lutut lenguh, dada ketat, perut sakit, lidah kering dan mata tak mengantok langsung.

Pada saat-saat gua ditimpa gering begini, gua amat memerlukan perhatian dari kawan-kawan. Bini gua takkan mampu untuk melayan kerenah gua sampai pagi betul tak? dan gua pun paham dia juga insan biasa yang memerlukan rehat yang sempurna. Gua sms satu-dua kutu untuk memberi tahu keadaan diri gua. Mudah-mudahan mereka akan mendoakan kesihatan gua. Sms gua bukan lah bunyik manja sangat. Biasa-biasa ajer.

"Gua sedang gering. Ada siapa-siapa yang teringin nak melawat gua sila bawak anggur. Gua teringin"

Lantas sms gua layangkan kepada kutu-kutu bola, budak-budak kampung dan 2-3 kutu satu opis. Tak lama lepas tu maka gua pun mendapat maklumbalas dari sms yang gua layangkan kepada mereka-mereka sebentar tadi. Antara jawapan-jawapan mesra dari mereka:

"Main bola malas, dah sakit baru nak ingat kawan. Apa anggur? pijak nak?" - Ajed

"Alaa ciannya cayang I sorang ni. Cakit yer.. ala bucuk-bucuk. Tendang nak? lu tak reti tengok jam ke dah pukul 2?" - Buyong

"Nak MC lah tu?" - Faizal

"Gua eksiden hari tu 2 minggu dok wad, batang hidung lu haram gua tak nampak. Ni lagi nak mintak anggur. Hilang akal ke?" - Black

"Gua pun sakit brader" - Mr G

"Weh gua kawin bulan depan, lu jangan tak datang. Nanti gua hantar kad" - Wan Sopak

Malam tadi sebelum Orked tidur, sempat gua sembang "Orked jangan nakal yer, papa demam"
Terus Orked cium pipi gua sambil senyum nampak gigi 4 batang. Ah terharu.. Harap kawan-kawan, haram sekor pun tak leh pakai. Nak pinjam duit pandai pulak talipo gua!

apei - budak kampung

p/s: cilakak patutlah harga anggur naik. Musim orang sakit rupanya sekarang.

Monday, November 2, 2009

Mie Yabi dan orang kawin

Assalamualaikum wbt,

Mie Yabi - Gua tak puas hati bila ada orang cakap gambar mee ayam perasa babi yang gua tunjuk dalam entri sebelum ni adalah potosop. Gua terus calling kijel selaku pakar reka gambar potosop bagi mencari sebuah kebenaran. Tak sampai 10 minit gua dapat calling dari kijel "setelah gua membuat beberapa ujian makmal, gua mendapati gambar ni potosop" kata kijel. Gua mintak maap kalau gambar tersebut mendatangkan fitnah dan mudarat kepada pihak-pihak tertentu. Lu orang tak payah risau, kutu yang email gua pasal gambar tu gua dah maki sampai nangis tadi.

Orang kawin - Minggu lepas gua pergi kawin blogger kikimikasa kat N9. Jauh boleh tahan jugak felda Serting tu. Tapi kawan-kawan dah jemput kalau tak ada hal gua mesti sampai. Ramlan kawin lari kat sempadan thailand hari tu pun gua pergi, inikan pulak takat kat N9. Menurut jadual orang-orang kawin, minggu ni (7 Nov) gua akan ke Melaka sempena blogger pari-pari syurga pulak nak kawin. Minggu berikutnya 14 Nov gua ke Kerteh, 21 Nov Teluk Intan, 27 nov Bagan Dato', 5 Dec Singapore, 12 Dec Taiping, 20 Dec Balik Pulau dan 26 Dec Pasir Mas. Ni semua jemputan kawin dari blogger-blogger dan budak-budak facebook. Kalau ada blogger atau kutu-kutu facebook nak kawin dan nak mintak tolong gua perabihkan nasik minyak, sila kawin bulan Januari 2010 dan ke atas. Tempahan awal adalah digalakkan. Untuk sesi 2009, jadual orang kawin gua dah penuh.

apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...