Dan kamu ialah...

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt,

"Hoi kamu. Ada nampak mak aku?"

"Manalah saya nampak!"

"Selalu aku nampak dia berbual ngan kamu kalau kamu tengah sidai baju mcm sekarang ni"

"Saya tak tau, tak nampak pun mak awak tu!"

"Boleh aku tanya sikit? kau ni siapa?"

"Saya adik tuan rumah ni. Kalau cuti sekolah saya akan datang rumah kakak saya ni"

"Apersal kalau kau nampak ajer aku cepat-cepat kau lari masuk rumah kelam-kabut?"

"Muka awak macam samseng. Kepala botak, ada parut kat dahi, hitam dan selalu marah-marah ajer. Cakap sikit-sikit nak tengking. Petang-petang main bola kat padang belakang rumah ni pun saya nampak awak asyik nak gaduh ajer"

"Ah merepek ajerlah kamu ni. Nama aku...."

"Nama awak firdaus, mak ayah awak panggil apei. anak sulung, sekolah asrama, pengawas, AJK Pengakap, suka main bola dan rugbi, minat melukis tapi tak cantik, pakai minyak rambut jenama code-10, tak suka lipas dan pinggang saiz 29"

"Woi lebih-lebih kau ni. Mana kau tau?"

"Saya duduk rumah 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Awak rasa-rasa siapa yang banyak tau pasal awak yang duduk rumah 24jam sehari dan 7 hari seminggu?"

"Mak aku?"

"Agaknyalah kot!"

"Nama kau?"

"eh dah hujan..saya nak ambik kain" dan dia terus berlari meninggalkan aku. Keseorangan di laman petang itu. Hujan turun, aku lencun. Pintu rumah berkunci sehingga Dato dan Datin Sri pulang.

**********

Aku tak pernah tahu nama sebenar selain nama panggilan kamu walaupun setelah 5 tahun aku mengenali kamu ketika itu. Sejak perbualan itu, hari demi hari aku ingin terus mengenali kamu. Dan dia terus merobos ke daerah paling dalam di hati aku dan terus bersembunyi di situ. Tidak mungkin ada orang lain mampu merobos ke daerah itu selain kamu. Aku tak tahu bagaimana kamu mampu sampai ke sana. Mungkin atas bantuan Tuhan yang maha kaya. Mungkin..

Beberapa hari lagi, genap 10 tahun aku mengenali kamu, kita berkawan, ada masa kita bergaduh, kita ketawa, ada masa kita menangis, kita saling mengejek, kita saling merindu, kita saling menyayangi, kita berkongsi segala cerita tapi masih ada sempadan. Dan beberapa hari lagi genap sudah 2 tahun kita berkongsi segala-galanya. Dia mata aku... kamu teman, kamu lawan, kamu bidadari, dan kamu juga isteri.

Ya Marlina, kamu. Aku bercakap tentang kamu. Terima kasih kerana masih sudi meminjamkan hati kamu untuk aku. 10 tahun sudah usia persahabatan kita, 2 tahun sudah usia perkahwinan kita. Apa lagi yang boleh aku katakan selain dari Terima kasih dan tiada siapa mampu merampas syurga itu dari kamu kerana hingga saat ini, redha aku masih tetap milik kamu. Ya, hanya kamu.

apei - budak kampung

p/s: "lu aniversary atas kapal yang ada nama cruise-cruise tu mesti best beb" - fairus
"gua kat rumah pun boleh aniversary, tak payah cruise-cruise" - gua

Comments

paiseh said…
pehh!! gua baca pun dah kaca2 mata ni.. kalu puan marlina xtau la gua nak kabor apa~
afendi ariff said…
lu; kalu kuar ayat kasih syg....mmg wa tacing la bai...
arfahadnan said…
hye bro..
happy anniversary..
semoga berbahagia selalu dan diberkati olehnyer..

aku nak kuar ayat korea..
tapi aku lupa..

erm.. chukhahae..
Ann said…
hehe kecian basah lecun...alahai indahnyer memori pkenalan korang bdua...brutal seh...
MaszLaVista said…
dah-dah-...aku mls nk nanges nih...

neway, may GOD bless uolss... <3
Liliyuli said…
pergh!
leh wat novel ni..
suh opismate lu buatkan la weh..huhu
PETAK.! said…
Ini sajak,kasi Puan Marlina.Agak-agak,dia ada peluk lebih erat tak malam ni.:DD

Atas langit ada sejuta bintang.
Pada pokok ada beratus daun.
Muka bumi ada serumpun rumput.

Hati aku hanya ada kamu.

AHAHAHAHA.
n a d e a said…
wow!

happy 2nd anniversary beb
bile orked mau dpt adik?
hehehe ;)
cahaya said…
bro..
cahaya tabik r..mmg best lah...siyus best...nape post bro best2 nih...lagi2 kalau bab Pn.marlina...bab orked...huhuhu..best..best...
kem salam kat pn marlina...
huhuhuhu..kan best kalau cahaya pun ada org yg syg mcm tu..huhuhu
apapun..chaiyok bro!!
Ries Lee said…
entry ko yang aku terlepas aku dah komen belaka...
dan, entry ko touching2 belaka...
ape kes?huhu...
Ahkak mu said…
KO NI KANNN.... suka jer buat ahkak nangis tauuu... Seperti yg ahkak kenal la. Ko MEMANG mat bunga.. mat jiwang!

Lepas baca ni, baru ahkak tau, camana korang berkenalan. Brutal giler!

Anyway, Happy anniversary! Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat! Nanti dah 10 tahun kawin, baru pie naik cruise! Sure lagik mumantis... ahak ahak...
apei said…
Buat semua pengomen - malas gua nak reply komen sorang-sorang. Hari ni gua sibuk dengan kerja kat opis. Terima kasih bagi yang mendoakan kebahagian kami. Terima kasih atas komen-komen lu orang. Terima kasih pasal sanggup baca entri gua yang bunyik cinta-cinta mcm ni. Terima kasih....
f.a.r.a.e said…
buat lah novel weh..dpt royalti.bagi orked baca bila besar nnt
mEiZ SHA said…
perghhhhhhhhhhhhhhh
heapy anniversary yaa...

tahniahhhhhhh...;)

Popular Posts