Thursday, November 12, 2009

detik ajaib

Assalamualaikum wbt,

Orked,

1 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan 4 hari kamu bernafas di atas bumi Allah ni. Akhirnya detik-detik yang paling papa dan mama tunggu tiba juga. Langkah pertama kamu. Gembiranya papa dan mama ketika melihat langkah pertama kamu itu. Tidak ada kata yang boleh kami gambarkan. Gembira itu layaknya seperti hari pertama papa dan mama mendakap dan mencium kamu ketika kamu masih lagi berlendir dan berdarah. Terasa agung sungguh maha pencipta.

Malam itu, selepas kita makan malam bersama. Papa dan mama sibuk menonton tv, kamu pula leka menyelongkah kotak yang penuh dengan permainan-permainan kamu yang di kumpul sejak kamu lahir. Jarak antara papa dan mama dengan kamu tidak lah jauh. Leka melihat kamu bermain, mama memanggil kamu "Orked, tak nak join mama ke tengok tv ni?" Lantas kamu menoleh ke arah kami, kamu berdiri dan berjalan.

Selangkah, dua langkah, tiga langkah, dan kamu terjatuh. Ketahuilah kamu bahawa kami teruja, terkejut. Itulah detik yang ajaib yang kami tunggu. Alhamdulillah, dapat kami saksikan sendiri.

Orked,

Teruslah melangkah. Moga dari langkah pertama kamu itu kamu akan terus melangkah menjelajah bumi tuhan yang maha luas ini, moga kamu belajar dan tahu menyebut syukur...

apei - budak kampung

13 .:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

gua terharu dengan ayat2 lu...ini kalu pertama gua tak gelak baca blog lu...

Ann said...

terharu nyer....bila saat tu akn muncul dlm hidup aku?

aliff muhammad said...

Salam,

Kali pertama saya baca tanpa gelak ketawa. Syahdu.

afendi ariff said...

terus igt anak wa...wa tacing lagi...wa tacing....

qishie said...

waaa...lama tak lepak sini tau2 orked da pandai jalan..comel2..

Izyan Nadirah said...

waaa meremang pulak aku bile ko bikin ayat2 serius nih. haha. congrats nway.. =D

cahaya said...

bro! cahaya tabik lah...yat mmg tacing giler..nak nangis plak asa..boleh dibayangkan mcmna orked melangkah dan jatuh..wahhhh..cayalah!!!

Yot | is | Yati said...

bertuah tau dapat tengok first step orked dengan mata sendiri. tahniah bro.

arfahadnan said...

aku touching beb..
kau kalau citer pasal family jer mesti mnyentuh perasaan...

neway, congrates to orked.. semoga terus melangkah maju ke hadapan..

f.a.r.a.e said...

wuu...sungguh dramatik ayat2 itu.good dad!

kEy said...

ekeke~
aku touching tgk ramai org touching~
=P

dobot said...

kim salam peluk cium dari dobot untuk si orked tuh.
;)

Ries Lee said...

makin bermakna kalau dirakam dengan perakam video Sony...
maaf, ini bukan iklan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...