Ni entri cinta-cinta gua yang last. Sumpah!

Assalamualaikum wbt,
Ini gambar kandid yang tak hensem hasil kerja tangan Puan Marlina.

Memandangkan gua seorang yang berbadan kecil dan comel-comel ajer ketika kecil. Gua masih lagi di dokong oleh Dato' sri ketika hari pertama gua melangkah ke sekolah darjah satu pada usia 6 tahun. "Woi dah darjah satu pun bapak dokong lagi ke?" cilaka sungguh mulut Wan Sopak pada hari tersebut. Sehari suntuk gua di ejek oleh rakan-rakan sekelas 1 hijau. Palat sungguh perasaan gua sepanjang hari. Tu belum kira lagi perasaan kucar-kacir dengan botol air rebena gua tumpah dalam beg. Ah dem, pengalaman hari pertama persekolahan yang memang tak best!
Pasal tu sampai tingkatan 5 gua tak suka sekolah. Semuanya kerana pengalaman hari pertama gua itu.

Hari pertama persekolahan darjah satu tamat termasuk kelas 1 Hijau. Semua mak bapak tunggu anak-anak di luar sekolah. Dari jauh gua nampak Dato' Sri pun ada sama. Terus gua belok amik jalan belakang dan balik rumah jalan kaki.

**********

"Mana kamu pergi, ayah tunggu depan sekolah kamu tak ada?"

"Balik jalan kaki"

"Kenapa?"

"Malas nak balik ngan ayah. Nanti ayah dokong"

"Salah ke ayah dokong kamu?"

"Kawan-kawan semua ejek kat sekolah, wan sopak, puad, man keli. Semua ajek. Petang ni malu la apei nak main bola"

"Biarlah depa nak ejek. Depa tu dengki yang benornyer"

"Kenapa ayah nak dokong apei? Apei dah besar lah. Dah darjah satu, dah pandai jalan, dah pandai main bola, dah pandai nyayi lagu isabella, makan nasik pun dah ada sambal belacan"

Dato' Sri hanya tersenyum.

**********
Malam tadi Dato' Sri singgah rumah gua di Cheras.

"Sajer singgah rumah kau. Sihat ke? senyap je 2-3 hari ni. Ayah talipon pun kau tak jawap"

"Mana ada ayah talipon! tak ada misskol pun. Weekend lepas pi Terengganu tu yang tak ada kat rumah"

"Wah..makin semangat badan cucu atok ni"

"Ha'a.. tak larat nak dokong dah" jawap gua yang ketika itu sedang mendokong Orked.

"Kau kata tak larat tapi kau dokong jugak, lagi pun dia dah pandai berjalan kan. Kenapa kau nak dokong dia lagi biar ajerlah dia berjalan?"

"emmm...." gua tak dapat jawap.

Dato' Sri senyum sekali lagi. Senyuman yang serupa macam 20 tahun dulu.

apei - budak kampung

p/s: "Kenapa papa suka dokong Orked?" - Orked
"Hati kita akan dekat bila papa dokong dan peluk Orked.. kan?"- Gua.

Comments

oho....tunggu dia darjah satu..lu dukung dia tgk ape jawab.... :D
aliff muhammad said…
Salam,

Apei,

Agak-agak bapak lu ingat ke peristiwa yang lu cerita ni? Sebijik balik dia bagi kat lu! Ha!ha!ha!
Jard The Great said…
nnt bila bapak da tuaa... hang lak dukung die la ye..
*Miss Geli^ said…
sob sob...terharu baca entry ko ni..sib baik ada air kelapa yang enak...kurang sikit terharu....
afendi ariff said…
dokong mendekatkan hati?apasal gua blh tak tahu ni?hampeh....
Ann said…
terharu nyer......aku rase kish ko ni leh wat iklan sempena hari bapa la...mesti ramai yg tharu..
Super HaNa said…
perghh..ayah last tuhhhh
watashi rasa syahdu habis
Ries Lee said…
tak igt bile kali terakhir kene dukung...
dan tak sabar nak merasa dukung bini...
hahaha...
dakgilachoc said…
bro, datang klik nuff ni..ahahahahahha...tetibe jer..:P

eh aku dulu dah darjah 4 pun arwah abah still dokong lagi apa...selamba jer tau...ahahahahaha...

p/s:sorry bro lama tak komen sini..pc opis bengong la...takleh komen kt sesetengah blog..ni guna laptop kt rumah :P
dobot said…
ishh. comel betul si bunga orked tuh,
:D
@tune® said…
saya sayang ayah saya...

***nak address...nk anta walimatulurus....
email:ladyfugly@gmail.com

thanx ya...
cahaya said…
ooowhhh..pi terengganu nape tak cakap?huhuhu...

best ada dato' sri...ish..ish..sayang tol die kat apei...hensem cam apei gak ker?kukuku(^^,)
Ahkak said…
Ala dik... jangan la majuk... next2 n3 masukkan kisah cintan/kisah jiwang, ahkak suker jer baca... Tarik balik sumpah tu!!!!!
pijah@hakuna said…
abg apei slalu buat pjh teharuk! waaa
mEiZ SHA said…
AI CEHHHHHHHHHHHHHHH
hehehehhe
sweet giler!!
tetiba rasa mcm sayu hati lak baca...agaknya tingat yg masa akak darjah 1 dulu kan, masa tu sekolah banjir, ayah akak bukan dukung akak tau.. tp dia pikul kat belakang dia...
tu yg bila baca kisah ni rasa sayu je & terbayang balik pengorbanan seorang ayah tu...huhuhu

Popular Posts