nostalgia malam akhir

Assalamualaikum wbt,



Dari kiri: Said Ismu Azam, gua dan Sharil. Bawah: Zul - Gambar diambil pada suatu malam sekitar October, 2004. Malam terakhir kami melepak sebilik setelah 4 tahun bersama menghabiskan zaman-zaman belajar di Universiti.

Entah aperhal 2-3 hari ni gua dok terkenang lu orang. Mana lu orang semua pi? Ada pun Shahril ajer yang talipon gua minggu lepas kabor awek dia dah kawin ngan orang lain. Gua talipon Zul, asyik masuk operator suruh tinggal pesanan suara. Said Ismu plak gua call adik dia yang jawap kata dia dah kerja jadi Pegawai luluskan pinjaman peribadi kat sebuah bank di Australia. Ada adik dia bagi nombor talipon opis kat Australia. Aper jadah plak gua nak talipon sampai Australia. Bil gua siapa nak tolong bayar. Celcom bukan pikir nak bagi diskaun kat orang-orang berpendapatan biasa-biasa mcm gua ni.

Zul dah jadi pegawai buat ubat batuk kat syarikat buat ubat nama CCM. Kalau lu orang pi klinik pasal batuk, lepas tu doktor tu bagi ubat batuk ada tulis nama syarikat CCM, ha tu kawan gua la yang buat ubat tu. Zul masa kat universiti dulu belajar pasal kimia. Selain makmal di fakulti, bilik kitorang jugak kerap dijadikan makmal kedua beliau. Selain katak dan tikus putih, gua, sharil dan said kerap kali jugak menjadi bahan eksperimen beliau. Kabornya zul tengah sibuk dengan projek nak buat ubat orang kena stroke.

Sharil pulak ialah seorang pegawai sebuah bank cawangan kuala lipis yang tukang sain surat pinjaman perumahan yang telah lulus. Kalau tak bayar instalment rumah pun dia jugak yang sain surat suruh lelong rumah orang. Tapi sekarang gua dengar kabor dia sibuk melobi nak bertanding jadi adun area-area lipis pasal katanya kerja bank susah nak dapat rasuah.

Gua pulak masih sibuk main blog tanpa banyak memikirkan soal masa depan.

apei - budak kampung

p/s: ketika gambar diambil, gua masih lagi mengekalkan imej retro dengan rambut kembang dan cermin mata bingkai besi bulat.

Comments

kEy said…
halamak~
s0rg dah lepas..
tggl lagi 3 nih...
haiz susah btul nak buat pilihan mane satu nih!
ekekekek~
*Miss Geli^ said…
aku rasa ni macam kat UITM jengka je..betol tak?

sebab bilik aku kat sana pun sama pattern!
aliff muhammad said…
Salam,

Apei,

Seronok tengok gambar lama ni. Sayangnya selalu terputus hubungan bila dah berjauhan...
MaszLaVista said…
errr...hebat keje2 kawan u apei...ko pon ape kurangnye, keje bank negara gak..weh, ade vacancy x? aku tgh cr keje gak nih
acu aza damia said…
Hurm.. adat ler tuh, tetiba jiwa sentimental ingat kengkawan...
citahrudin said…
'Tapi sekarang gua dengar kabor dia sibuk melobi nak bertanding jadi adun area-area lipis pasal katanya kerja bank susah nak dapat rasuah'

ayat menusuk kalbu tu
sharamli said…
shahril tu skg ada awek baru x?
DilOt said…
wah hebat2 keje2 dieorg...

blogger pun ape kurgnye..satu dunia tau..hehe..
Ann said…
tgk masing2 dh de khidupan sendiri...
dobot said…
kenangan lalu menggeletek jiwa.
;)
mEiZ SHA said…
eeeh miss geli jengka ke dulu?
aku pon jengka gak beb..;)
n a d e a said…
hahaha
muke shahril muke budak
ko plak muke xbley belah!
hahahahha ;)
owh rindu nye saat2 tu sume. ishhhh

tu la reunion xmo pegi!
Ries Lee said…
masing2 dengan tujuan hidup sendiri..
apei said…
key - gua cadangkan sharil la. pasal makwe dia baru kawin.

missgeli - uitm bukan mana-mana pun sama design ke. lu itm jengka ke?

aliff - itu ler.

masz - ada. tengok kat website bnm.gov.my.

acu - kita doakan ajer mereka-mereka tu.

citah - hehe, itu sharil cakap sendiri ngan gua.

sharamli - setakat hari ni tak ada lagi. naper?

dilot - makan gaji ngan nuffnang ni tak kaya-kaya pun gua.

ann - itu ler, lumrah dunia.

dobot - hehehe..

miezsha - lu course aper?

nadea - lu buat reunion time tak kena. Gua pi KK time tu.

ries lee - Kita doakan yang terbaik untuk mereka.

Popular Posts