ubat sakit misteri

Assalamualaikum wbt,

2 minggu gua menderita sakit mister. Kucar-kacir sungguh perasaan sakit tak tau punca ni.

Doctor 1 "Awak sihat ajer. Tak ada problem pun. Paru-paru ok, perot ok, otak pun ok"

Doctor 2 "Tak apa saya bagi awak ubat tidur, nanti balik rumah makan dan rehat yer. Nak MC berapa hari?"

Doctor 3 mengaku sebagai pakar yang ada gelaran Dato'-dato' "Saya dah tengok x-ray paru-paru awak ok. Heart beat awak pun normal. Kandungan darah merah dan darah putih pun ok. Tak ada masalah. Mungkin awak stress. Saya transfer kes awak ke pakar mental lah!"

Gampang!

**********

Atas saranan orang tuan-tuan, gua pulang ke kampung demi mencari sebuah konklusi.
Nujum Pak Belalang 1 "Kau ni ada saka ni. Saka kau ni harimau putih. Dah lama tak makan pulut kuning dengan telor rebus". Sejak tu baru gua tau, selain daging, harimau juga makan pulut kuning dan telur rebus.
Nujum Pak Belalang 2 "Kau ni ada tersalah makan la tok rasa. Tak apa-tak apa, sikit ajer ni. Tok buatkan air penawar ni nanti kau minum. Pantang larangnya bla..bla..jgn tinggal semayang..bla..bla.. jgn lupa sedekah orang miskin..bla..bla.. jgn intai anak dara orang..bla..bla.. ok semua sekali kautim dengan air penawar ni atok charge RM50 dah la. Nak resit?"
**********
Gua kembali ke KL. Sama jugak, macam haram rasa badan. Siang elok gua sihat, menjelang lepas magrib gua rasa macam tak best langsung. Nak training tomoi pun tak selera, tengok tv pun rasa mcm tengok dinding, makan kebab pun dah rasa macam makan tiub basikal, minum air oren pun rasa macam minum air sirap. Ni aperhal ni?
**********
ring..ring.. Ba'em sepupu gua belah bapak talipon. "Gua dengar citer lu balik kampung pasal saka lu mengamok!"
"Saka? F**ker ada lah!" meradang gua menaik tetiba. Memang pantang gua orang talipon time-time gua tengah pekena baring sambil bukak ekon.
"Malam ni lu ikot gua. Gua kasi lu try ubat baru"
Malam semalam gua ikot Ba'em. Alhamdulillah, lepas pekena 'ubat', gua dapat tidur dengan lena dan pagi ni gua bangun dengan badan yang segar. Baru gua tau, selain menyihatkan badan, main golf juga boleh mengubat sakit misteri. Gua dah start bukak mudah.com nak carik set golf second-hand.
Pn Marlina, amacam?
apei - budak kampung
p/s: Pari-pari syurga, sorry gua tak dapat datang. bagi alamat nanti gua post hadiah!

Comments

afendi ariff said…
cilakak....baru gua tau ade jgk org sakit ubat ngan main golf!ceh..
kemain mahal ubat penyakit misteri dia eh..


puan marlina, katakan tidak...
mati-mati wa ingat lu ada bela saka...cisss...

set golf second?pergh..bole pinjam...
Ann said…
aku gelak sakan saranan doctor no 3...hehe aduii ke patut..tp patut ka?
MaszLaVista said…
ahh..mengadalah lu apei! tp gua ade set golf nih..dulu gua pernah jd consultant ajar org2 gomen main golf kt kuala ibai..tp gua xnk bg lu...ahahaha
apei said…
afendi ariff - gua pun baru tau main golf leh ubat sakit gua.

naddy - tadi lunch gua lepak ngan puan marlina. ada discuss sikit-sikit. nampak2 mcm tak ada harapan!

chaireel - nak pinjam? boleh no hal. ada time kita main sekali.

ann - gua memang dah black list doktor tu!

masz - kalau lu teringin nak jual boleh lah discuss harga ngan gua. apa brand?
ajed said…
main bola pun malas lagi citer nak main gop. pigiraaaa....
wah2 ..hebat sgt sakit msiteri ko tu bro..apepun eiza penah buat pukulan 50m..masa tu pkai baju kurung..gempaq tak ..hehe
apei said…
ajed - gua dengar citer kayu gop di buat dari besi tatinium. Ringan dan padat. Lu nak rasa?

eiza - membuat pukulan di range dengan jarak 50m dalam kondisi berbaju kurung, itu satu pencapaian yang boleh lu cerita hingga ke anak cucu. pencapaian gua setakat semalam hanya mampu memukul 70m sambil sebelah tangan pegang goreng pisang. mcm mana nak kira ni?
cahaya said…
boleh joint abah cahaya...die pun peminat golf tuh..hikhikhik(^^,)
Ries Lee said…
adeh, sakit nak main golf ni...

Popular Posts