bola - part 2

Assalamualaikum wbt,

Gua tak nak sembang banyak. Tahniah pada budak bola Malaysia. Dah lama gua tak cakap tahniah kat budak-budak bola Malaysia ni. Tak silap last sekali lidah gua sebut perkataan TAHNIAH kat budak bola ni masa tahun 1989. Masa tu gua baru sibuk-sibuk nak masuk tadika.

Pihak Pengurusan sukan Malaysia, budak-budak bola ni patut diberi perhatian. Bagi diorang makan benda-benda berkhasiat sikit. Sayur salad ke, kobis bunga ke, asparagus ke. Ni tak asal masuk perkampungan sukan ajer mesti makan nasik ayam. Kesian gua tengok badan masing-masing dah lah tak ada otot pastu lu bagi plak jersy pesen ketat-ketat. Dah ruper macam aper ajer gua nengok. Tapi tak aperlah yang penting dah menang.

Pasal imbuhan tu... takkan player ajer dapat kot? gua yang sokong ni aper citer? Tak akan tak ada pihak-pihak yang perihatin kot?

apei - budak kampung

p/s: sorry gua ucap tahniah lambat sikit. Gua baru turun dari panjat bukit. Ranger hutan cakap atas bukit ada line 3G. Cilaka, jgn kata line 3G, line talipon nak sms bini gua cakap gua dah sampai pun tak ada!

Comments

Daud Mili said…
apei, ngko kata :

"...Pihak Pengurusan sukan Malaysia, budak-budak bola ni patut diberi perhatian. Bagi diorang makan benda-benda berkhasiat sikit. Sayur salad ke, kobis bunga ke, asparagus ke...."

memang bola FAM amalkan benda2 nih, tambah2 lagi kalau seseorang player tuh dipanggil untuk main negara,...everything dijaga,...tapi, problemnya adalah apabila mereka balik ke kelab masing2, persatuan bola sepak negeri mana ada nak jaga benda2 macam nih...mahal...~

that why la FAM wujudkan harimau muda, sebab nak jaga kebajikan pemain2 muda dari pelbagai sudut terutamanya pemakanan... tahniah kpada melaysia...!!..
Jarr said…
takpe apei...
kobis masih boleh trime lagik..
tapi kawan kau tu mesti tak suka kalau team mesia makan kobis,sebab dia anti kobis..

sok lusa ade meeting kat BNM,leh singgah.ekekeke
sharamli said…
ketat2 la nmpk mach0..ha3
afendi ariff said…
baju ketat tu pesen bro...nak plak rambut pacak.....silap aribulan bleh masuk majalah mangga...heh!
Ries Lee said…
yela. kalo badan tough mcm aku molek la kalau pakai ketat2.huhu..
apei said…
Daud Mili - Gua akui FAM jaga,tapi tahap penjagaan tu masih kurang kualitinya.

Jarr - lu tak payah risau pasal member gua tak tak reti makan kobis tu. Dia pun tak reti main bola.

sharamli - hamboiiii... hahaha..

afendi - hahaha mcm siol!

rieslee - orang tough dia tak cakap dia tough. Contoh mcm gua. steady ajer. hahahaa.. bagus bro kekalkan kesihatan.
Ann said…
mcm fesyen zmn maradona pun de gak

Popular Posts