Thursday, December 10, 2009

kasih ibu membawa ke syurga...

Assalamualaikum wbt,

Pagi tu seperti biasa sebelum ke opis, gua dan Puan Marlina akan menghantar Orked ke rumah Datin Sri di Pandan Indah. Setelah selesai sesi Orked salam gua dan Puan Marlina. Gua dan Puan Marlina plak salam sama Datin Sri sebagai tanda nak pergi kerja.

"Ok, kitorang pi dulu mak. Petang ni mugkin balik lewat skit" kata gua kepada Datin Sri sebelum melangkah keluar rumah.

"Ok..eh apei, kamu sini kejap"

"Naper mak?" Gua tengok muka Datin Sri kerut pandang gua.

"Tunggu kejap"

Datin Sri masuk ke bilik dan keluar semula dengan memegang sikat di tangan kanan.

"Kamu ni nak pi kerja ke nak pi pasar malam? rambut pun tak reti bersikat" leter Datin Sri sambil menyikat rambut gua.

"Mak, aper ni... orang dah sikat rambut la. Ini pesen zaman sekarang"

"Sikat amendernyer dah macam orang hutan mak tengok rambut apei ni! Haa mcm ni baru lah hensem" Datin Sri senyum kepuasan.

**********

Itu kali pertama Datin Sri sikat rambut gua selepas 20 tahun. Kali terakhir beliau menyikat rambut gua ketika hari pertama gua nak masuk darjah satu.

Dalam perjalanan ke opis...

"Huyoooo... ada orang hari ni pi opis rambut belah tepi" Puan Marlina cuba menyakat gua.

"Hallooo... ini pesen rambut abang 20 tahun lepas ok!"

"Giler buruk...hahahaha" Gelak besar bini gua pagi tu.

apei - budak kampung

9 .:

arfahadnan said...

seorg ibu..
aper yg dier lakukan bagi aku pasti sangat sweet..

Cik Zura said...

hahahahahhaha.. lawak plak... len macam ah tengok lelaki belah tepi sikat rambut,

MaszLaVista said...

laki aku kalo balik kampong still baring kt riba mak dia..haha.jeles aku

Jard The Great said...

ehehehe... belah tepi smart laa...

citahrudin said...

gila ah...dah bergenre tacing tahap sedu sedan entri ko kali ni

Ann said...

mengamit memori lame...hehe..nakal la puan marlina tu..aku pun nk tmpg sekaki gelakkan lu..

Ries Lee said...

aku pun sikat ke tepi dulu...
bila masuk sekolah menengah aku lebih selesa sikat ke belakang smpai la skrg..

aku tak igt bile kali terkhir mak aku sikatkan rambut aku ni...

mukasurat17 said...

sooo sweett....
hahahha

[biru][pink] said...

ahhahaha
ala-ala nerd gituuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...