Monday, December 7, 2009

ketabahan gua diuji...

Assalamualaikum wbt,

Sabtu malam gua tidor lambat, tengok cerita orang putih kat siaran astro. Puan Marlina dan Cik Orked awal-awal lagi dah pasang ekon dan menarik selimut.

"Esok ahad, dapat membuta lepas subuh memang sedap. Bangun tidor mesti puan marlina dah sediakan breakfast. Silap-silap gua boleh breakfast atas katil ajer" Bisik gua dalam hati sambil senyum meleret.

Seperti yang di rancang, lepas subuh gua setting suhu ekon kasi sedap-sedap untuk tidur sampai zuhur. Baru gua nak tarik selimut, Puan Marlina bersuara "Bang, beli nasik lemak kejap. Lapor la"

"Hari ni nasik lemak tutup" Gua cuba temberang..

"Tolong ler.. kejap ajer. Pakai keter I ajer. Dalam dash board ada duit."

Kejap tak kejap jugak. Lokasi gerai nasik lemak terdekat dengan area rumah gua cecah gak 4km. Tu belum gua kira time berenti kat traffic light, time break sebelum bumper, elak lobang, ikot belakang lori sampah dan sebagainya. Kalau jalan kaki tengahari baru sampai.

Dengan perasaan kucar-kacir, mata kelat dan angan-angan bersarapan atas katil di suap bini musnah, gua gagahkan diri untuk melangkah. Masuk kereta dan pulas kunci. Oh meter minyak dah kelip-kelip sebagai tanda minyak dah nak abis. Patutlah Puan Marlina suruh bawak kereta beliau. Dengan meter minyak dah berkelip gua menyusuri pagi yang masih berembun dengan perasaan cool and steady menuju petronas. Takkan gua nak carik nasik lemak dalam keadaan minyak yang tak menentu. Tak sanggup gua menolak kereta sorang-sorang. Tak sampai pun lagi 500 meter, gua rasa tak sedap langsung bawak kereta Puan Marlina. Masuk seleko tak lancar, jalan lurus dan rata pun rasa pumping macam naik kereta kuda. Ilmu kenderaan yang gua sempat tuntut dengan pihak JPJ sebelum amik lesen L dulu mengatakan itu adalah masalah berpunca dari tayar. Gua bagi signal kiri walaupun gua tau hanya gua seorang sahaja berada di jalan yang lurus sepanjang 2 km dan berhenti di bahu jalan. Tak puas hati gua selagi tak cek keadaan tayar.

Sah! tayar depan kanan sikit lagi nak flat. Di hadapan 600 meter, sayup-sayup di sebalik kabus pagi gua nampak logo petronas. "Sampai ke gua?" itu soalan pertama yang bermain di fikiran.
Gua kuatkan jugak semangat dan bercakap sorang-sorang "Ah bini gua steady ajer pi balik kerja dengan tayar yang macam ni entah dah berapa lama entah. Inikan pulak gua nak ke petronas dengan jarak 600 meter". Gua masuk semula dalam kereta dan jalan. Kali ni lagak gua lebih cool dan steady dari tadi. Maniam paper dengan EX5 memintas gua sambil angkat tangan dan senyum sinis. Gua paham sangat maksud senyuman tu! Remmmppp..remmmppp maniam press motor kuat-kuat tanda ajak lumba. Gua tarik nafas dalam-dalam dan mengucap. Sesungguhnya pagi itu banyak sungguh ujian tuhan ke atas gua. Dari perancangan gua nak membuta lepas subuh terbantut, kemudian minyak kereta hampir habis, diikuti dengan tayar hampir pancit dan kemudian perangai Maniam paper. Tak aper, gua sabarrr.....

Di Petronas...

"Brader, pam 5 full" dan terus beredar ke kereta.

"Halo encik, dah lama tak isi minyak ke? sekarang nak isi full kena letak deposit"

"Yer ke? berapa?"

"seratus"

"Weh, kereta gua full pun baru 60 ringgit. Lu mintak sampai seratus"

"Kalau tak nak deposit bayar ajer lah 60 ringgit"

Gua patah balik ke kereta, bukak dash board dan carik duit yang Puan Marlina suruh guna beli nasik lemak tadi. Gua harap dia tinggalkan lebih skit. 5 minit gua selongkah dashboard. Sampai brader dari kaunter cakap kuat-kuat pakai microphone "Brader pam 5 nak isi minyak ke tak?"
Cilakak malu gua. Haram satu sen gua tak jumpa duit dalam dashboard. Akhirnya gua selok poket sendiri...

"Brader, pam 5, 20 ringgit dah lah"

Brader kaunter petronas yang nama sama mcm gua senyum sinis. Gua rasa nak terajang muka mamat tu kat situ gak! Gua masih bersabar.

Ok isi minyak selesai... gua pusing nak isi angin tayar plak. Slow gua membelok menuju tempat nak isi angin. Tetiba dengan pantas sebijik kereta kelisa di bawak oleh seorang makwe memintas gua dan berhenti secara gampang di tempat pam. Sikit 'sorry' pun tak leh nak cakap. Ingat dressing macam orang nak pergi jogging dengan pakwe kat taman tasik gua takut ke? Mentang-mentang gua pakai kain pelekat ajer.. Sikit tak ada perasaan nak respek abang-abang macam gua ni. Gua parking kereta cantik-cantik belakang kelisa awek tersebut sambit menunggu giliran.

Ok selesai empat-empat tayar makwe tersebut pam. Gua ambik pulak kepala pam tadi, setting angin dan mula kan aktiviti mengepam. Gua mulakan dengan tayar depan sebelah driver. Selesai... Awek kereta kelisa tak gerak lagi.. Gua pam tayar kedua. Selesai.. Awek kelisa masih belum gerak lagi. Gua nampak dia macam nak cakap sesuatu kepada gua. Sebagai abang-abang yang cool, gua tanya lah awek tersebut. Mungkin beliau pemalu tapi kurang hajar orang nyer. Tak aper gua paham.

"Kenapa? nak pakai pam lagi ke?" suara gua mungkin sedikit meninggi lantaran rentetan peristiwa-peristiwa pahit yang gua alami sejak dari awal perjalanan gua sebentar tadi.

"Tak, nak amik penutup tiub tayar terjatuh kat bawah kereta ni"

"Abis tu, ambik ajer lah. Aper masalahnya?"

"Cover tiub tu kat belah depan kereta ni. You tak pikir ke, macam mana I nak amik kalau I tak reverse kereta I ni"

Amboi bukan main manis lagi jawapan.. gua cuba berdialong cara rasional dan logik "Mintak maaf la yong kalau saya silap cakap. Agak-agak awak lah kan. Ada tak cara lain nak ambik cover tiub tu tanpa perlu lu reverse?"

"Takkan you nak suruh I tertonggeng-tonggeng kat depan you. Kurang hasam la you ni. Muka ajer baik pakai kain pelekat dengan kopiah tapi.... lelaki semua sama"

Kali ni angin gua memang menaik serta merta. Gua dah tak nampak lelaki ke pompuan ke kat depan gua. Kali ni gua jawap pakai nafsu amarah gua. Aper nak jadi-jadilah.. "Aloo.. lu ingat gua hadap sangat ke nak tengok %^&*$#^ lu? maksud gua, kalau lu lajak ajer sikit kereta lu ke depan boleh tak ambik penutup tiub tu? Aper payah lu nak kena reverse-reverse?"

Terus makwe bengap tersebut masuk kereta dah blah. Tak amik pun penutup tiub tersebut. Gua tau dia dah malu. Pesen kepala hotak letak kat tumit!

Selesai pam 4 bijik tayar terus gua pecut menuju gerai nasik lemak yang boleh tahan sedap tersebut. Nasik lemak tempat lain bini gua tak makan. Nasik lemak yang jarak 4 km dari rumah gua itu ajer yang bini gua boleh makan.

Tiba di simpang makcik nasik lemak, sayup-sayup gua ternampak poster kecik tulisan tangan pakai marker bertulis "Harap maklum, kami tutup sehari!"

Marah gua kat awek bengap tadi tak abis lagi. Ni tambah dengan marah kat makcik nasik lemak plak. Gua tak tau aper dosa gua sampai di uji begini..

Gua pulang ke rumah berbekalkan roti gardenia perasa coklat kismis.

apei - budak kampung

p/s: "Nasik lemak tutup. Abang beli roti ajer" - Gua
"Tak per asalkan minyak kereta dah isi" - Puan Marlina :)

11 .:

Ann said...

respect tol la kt pn marlina yg slumber tu....hehe..

afendi ariff said...

heh....sadis2!

dilot said...

cool beb pn marlina ko...

dan ayat lst skali tu..sbnrnye nak ko yg isikan minyak kete..kehkehkeh...

Ries Lee said...

itu motif puan marlina yer.
asalkan minyak berisi.

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

aduyai...sabar je la.puan marlina oh puan marlina..


yang awek tu, padan muka kene sedas.hahahaha

Sulela said...

Cheh! Bengang jugak masa baca kisah pompuan tu tapi lepas tu gelak terbahak-bahak. Nakal betul la Puan Marlina neh...wakakakaka

suria j said...

hahah!! puan marlina memang kewl :p
btw, sabola apei. dugaan :D

aliff muhammad said...

Apei,

Ayat lu:- "Duhai Puan Marlina...kenapa dinda duga kekanda sebagini..."

Ha!ha!ha!

'Aisyah Mahmood said...

ehehe..

bwk byk bersbr la yea..

;)

melor oh melor...melor oh melor... said...

aduhaiiii mencabar minda sungguh! hehehe.... dugaan pagi buta...

redSeptember said...

puan marlina sebenarnya nak nasi lemak ke minyak kereta? jauh tu bezanya.

haish... susah betul cakap kias2 neh. esok dia minta nak McDonald rupanya dia nak hang belikan rumah banglow la pulak.

macam mana nak layan tu pei?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...