Friday, January 29, 2010

Selamat Thaipusam.

Assalamualaikum wbt,



"ammaaaaa"...

Gua nak ucapkan selamat hari thaipusam kepada yang menyambut hari thaipusam. Esok gua tak ada-apa perancangan selain dari pagi-pagi buta gua di arahkan oleh Dato' Sri untuk pergi kutip buah rambutan dan cempedak kat kebun dia. Memang sikit tak ada nak bagi gua peluang tidor lebih masa time-time hujung minggu. Hari isnin pulak gua cuti pasal ada hari wilayah dan diikuti dengan MC pada hari berikutnya. Jadi Insya'Allah nanti dah masuk opis gua update lagi. Oh yer untuk maklomat semua, jiran gua yang ada wifi tu dah pindah minggu lepas. Jadi gua boleh update blog dan approve permohonan 'orang nak jadi kawan' kat facebook hanya pada waktu perjabat sahaja iaitu Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang. Pukul 1 keluar makan. Sabtu, Ahad dan public holiday tiada urusan blog dan facebook.

apei - budak kampung

Thursday, January 28, 2010

serupa gampang!

Assalamualaikum wbt,

Tak ada apa yang paling gampang hari ni selain dari segala gambar-gambar anak gua sejak dari lahir sampai hari ni, gambar-gambar kawin gua, gambar-gambar zaman universiti, gambar-gambar zaman bercinta, document-document kerja, proposal-proposal projek harga juta-juta, game-game psp dan video-video movie yang gua baru download tak sempat tengok lagi semuanya hilang akibat external hard-disk gua rosak.

Yang lebih menyayat hati segala macam benda yang baru gua sebut sebentar tadi adalah tiada back-up. Memang celaka!

Berat ujian yang gua tempoh ni.

apei - budak kampung

p/s: faizi, lu ada lagi tak file 'jang' yang gua copy dari hard-disk lu?

kepala babi

Assalamualaikum wbt,

Dalam anak gua sibuk guling-guling bawah tangga pasal tak dapat gula-gula kat tesco malam tadi sempat jugak gua bukak tv tengok berita. Sambil lidah gua sedap-sedap minum air perasa oren telinga gua terdengar berita serupa celaka keluar dari mulut orang yang baca berita tu.

"2 kepala babi hutan di jumpai di perkarangan masjid bersama beberapa keping wang kertas sepuluh ringgit, lima ringgit dan seringgit. Tidak jauh dari masjid pertama di temui juga 2 lagi kepala babi hutan di perkarangan sebuah lagi masjid dengan modus operandi yang sama" - Orang baca berita.

"Mulo-mulo pokcik ingat bayi, tapi takke bayi boleh ado mucung panjang?" - Pak imam masjid pertama.

"Ada jemaah yang datang awal dalam pukul 5 setengah pagi yang jumpa benda ni!" - Qariah masjid.

Hilang selera gua nak minum air oren. Hari ni mood gua lebih kepada nak kumpul budak-budak untuk sesi latihan silat dan asah parang. Saper nak join?

apei - budak kampung

p/s: Budak-budak sekarang ni makin biadap sikit tak respek orang-orang surau.

Tuesday, January 26, 2010

Kledit kad.

Assalamualaikum wbt,

Orang kredit card: Halo incik ada pakai kledit card ke?

Gua: Tarak. Gua orang kaya mana ada pakai credit card. Gua pakai cash saje.

Orang kredit card: Incik sekarang punya masa aaaa kalau incik talak pakai cledit card aaa selupa incik olang miskin. Selupa macam monyet dalam zoo.

Gua: Credit card tipu laa.. intelest serupa macam mau bunuh orang tau.

Orang kredit card: Ayaa incik, apply satu lah. Free for life maa.. Incik beli barang pakai satu latus incik bayar satu latus. Mana ada intelest. Waa sumpah memang intelest tak ada.

Gua: Tak payah la. Gua tak nak.

Orang kredit card: Tak apa, incik punya bolang (borang) saya isi. Nanti incik fax saya incik punya gaji sama ic potostet aaaa... Incik mana keleja?

Gua: Zoo negara. Itu monyet dalam zoo tu gua lah.

Orang kredit kad: Ayaa jgn main-main la incik. Betol-betol laa..

Gua: Tadi lu cakap kalau gua tak pakai lu punya cledit card gua serupa monyet dalam zoo.

Orang kredit kad: Salah cakap la incik. Sorry aaaa...

Gua: Tu lah lain kali kalau lu nak buat sale jangan cakap ikot lu punya suka. Nanti nampak lu serupa orang bodoh. Betol ka?

Orang kredit kad: Betol la incik saya bodoh... Ok incik sekarang saya sudah boleh isi bolang ka?

Gua: Gua tak nak laa..

Orang kredit kad: Ayaa incik jangan ini macam laa. Saya sudah cakap saya bodoh pun incik tak mau apply ke?

ttuuuutthhh... gua terus letak talipon. Malas gua nak cakap ngan orang tak paham bahasa ni.

apei - budak kampung

p/s: susah gak nak buat sale credit card ni yer.

Business

Assalamualaikum wbt,

Dalam poket gua ada duit sikit-sikit. Dalam akaun pun ada sikit-sikit lagi. Tabung 'gajah' kat rumah pun boleh tahan berat dengan duit syiling. Gua rancang-rancang nak bukak business tanam cili. Amacam ok tak dari kerja opis jadi petani cili? Agak-agak boleh masuk berita tv3 tak cakap bekas pekerja bank kini petani cili berjaya?

apei - budak kampung

p/s: Datin sri "Tak usah la nak mengada nak tanam cili. Tangan awak tu dah biasa picit key board kopiter kang pegang cangkul aper plak jadi nyer?"

Monday, January 25, 2010

Air asia.

Assalamualaikum wbt,

Gua dah start rasa boring kerja bank. Dari minggu lepas gua sibuk bukak you-tube tengok video cara-cara bawak kapal terbang. Untung-untung Toni Fernandes panggil gua jadi pilot air asia boleh jugak tiap-tiap hari gua terbang pergi Dubai.

Amacam?

apei - budak kampung

p/s: Nenek, apei rindu nak makan sambal goreng ikan bilis nenek.. rasa nak ajer hari ni jugak gua balik kampung.

Monday, January 18, 2010

Am skin-head

Assalamualaikum wbt,

Kepala botak, muka samseng, parut kat hidung, badan tegap, perot boroi, layan muzik keras, dalam kereta tak ada cd mengaji, kuat melawan mak, kerja angkat tong gas, seluar jeans koyak, t-shirt bundle, curik duit surau, mengaku budak skin-head, tekwando tali pinggang hijau masa tingkatan 3, pukul cikgu, main jack-pot, mencarut bahasa orang putih, tak ada awek, badminton wakil rumah kuning dan...

ringtone berlagu "tragedi oktober" - awie.

"Woi tak ada lagu lain ke?" - gua tanya

"Gua sampai hari ni terkilan yang Sha tipu gua. Gua dah kapel 2 tahun bro. Gua ingat lagi Sha mintak clash masa tu 21 Oktober. Tu yang gua buat lagu ni jadi ringtone. Dah 4 tahun bro lagu ni jadi ringtone handpone gua" - jawap Am skin head sambil mata mula berair.

apei - budak kampung

mitsubishi triton

Assalamualaikum wbt,

Minggu lepas ajer 3 kali gua nyaris eksiden punca dari kecuaian pemandu bengap yang bawak kereta buatan overseas bersaiz besar dan berenjin diesel.

Setelah gua kaji-kaji antara faktor utama gua mengalami kejadian-kejadian seperti itu adalah kerana:

1- Kereta gua berenjin petrol dan ber-cc kecik
2- Kereta gua pendek dan kecik
3- Kereta gua bertayar 14"
4- Kereta gua dah lama tak basuh dan
5- Kereta gua tak modify letak sport rim, lampu putih terang, body kit dan lampu kaler biru dalam kereta.

Gua dengar citer bulan satu ni ada naik gaji sikit. Gua dah start buat kira-kira nak sambar mitsubitshi triton sebijik. Ok ke?

apei - budak kampung

Tukar kerja.

Assalamualaikum wbt,

Semenjak dua menjak gua tukar portfolio kerja ni, masa gua untuk menulis blog sendiri pun tak ada. Tu belum kira masa gua nak baca blog orang lain. Gua tak tau hantu raya mana punya akal suruh gua tukar buat kerja lain. Salam sayang dari gua untuk blog apei-budak kampung.

apei - budak kampung

p/s: faizi, gua pun dah install astro b-yond!

Monday, January 11, 2010

Selamat Datang 2010

Assalamualaikum wbt,

Gua baru perasan tahun dua ribu sepuluh (2010) masihi ni gua belum tulis sebijik entri pun. Patut lah bini gua kompelin tanya apersal gua sekarang tak tulis blog lagi. Ni gua dah update kira oklah.

Gua ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang sudi baca blog gua ni. Apa azam baru lu orang? Jangan tanya azam sama gua... silap-silap boleh jadi gaduh.

toni paipon, sorry gua tak dapat datang kawin lu. Bini gua kena keje plak. Nanti ada time kita lepak kedai mail lu belanja gua burger ok! Amri skinhead budak kelas lu masa tingkatan 3 yang kepala kena jahit pasal terantuk besi tingkap tu, lu ingat lagi tak? dia kirim salam sama lu. Gua jumpa dia masa beli nasik kerabu kat pasar malam cheras perdana hari rabu lepas.

apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...