Am skin-head

Assalamualaikum wbt,

Kepala botak, muka samseng, parut kat hidung, badan tegap, perot boroi, layan muzik keras, dalam kereta tak ada cd mengaji, kuat melawan mak, kerja angkat tong gas, seluar jeans koyak, t-shirt bundle, curik duit surau, mengaku budak skin-head, tekwando tali pinggang hijau masa tingkatan 3, pukul cikgu, main jack-pot, mencarut bahasa orang putih, tak ada awek, badminton wakil rumah kuning dan...

ringtone berlagu "tragedi oktober" - awie.

"Woi tak ada lagu lain ke?" - gua tanya

"Gua sampai hari ni terkilan yang Sha tipu gua. Gua dah kapel 2 tahun bro. Gua ingat lagi Sha mintak clash masa tu 21 Oktober. Tu yang gua buat lagu ni jadi ringtone. Dah 4 tahun bro lagu ni jadi ringtone handpone gua" - jawap Am skin head sambil mata mula berair.

apei - budak kampung

Comments

Jarr said…
mmg skinhead sejati la dia...tragedi oktober woo...nasib baik dia pakai ringtone bilaku rindu aku tersebut namamu..demm.
afendi ariff said…
jiwa lembut tu...heh!
cahaya said…
alahai...
ciannya....
tula kan..disebalik penampilan mcm tu tersembunyi hati yang lembut...
ish..ish..
kem salam la kat die bro..
hikhikhikhik(^^p)
apei said…
jarr - baru lagu tregedi oktober pun gua dah rasa mcm nak tendang perot dia, kalau lagu bilaku rindu ku sebut namamu.. kompom gua rodok perot dia pakai pisau!

afendi - hahaha...

cahaya - haha..insyaAllah..
antusabun said…
Badminton wakil rumah kuning? apa haram kene mengena? kahkahkah
arfahadnan said…
uih..
itu versi muka ganas..
tapi dalam hati ader taman..
tak boleh buat aper dah..
Liliyuli said…
sedegil-degil orang itu..sebenarnya hati dia lembut..

Popular Posts