Selamat Datang 2010

Assalamualaikum wbt,

Gua baru perasan tahun dua ribu sepuluh (2010) masihi ni gua belum tulis sebijik entri pun. Patut lah bini gua kompelin tanya apersal gua sekarang tak tulis blog lagi. Ni gua dah update kira oklah.

Gua ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang sudi baca blog gua ni. Apa azam baru lu orang? Jangan tanya azam sama gua... silap-silap boleh jadi gaduh.

toni paipon, sorry gua tak dapat datang kawin lu. Bini gua kena keje plak. Nanti ada time kita lepak kedai mail lu belanja gua burger ok! Amri skinhead budak kelas lu masa tingkatan 3 yang kepala kena jahit pasal terantuk besi tingkap tu, lu ingat lagi tak? dia kirim salam sama lu. Gua jumpa dia masa beli nasik kerabu kat pasar malam cheras perdana hari rabu lepas.

apei - budak kampung

Comments

Ries Lee said…
kalau dia tak skinhead maybe tak kan luka kepala dia...
emy said…
ko tgk AJL tak? takde komen apa2 ke?
sharamli said…
apa azam tahun ni?
si buta warna said…
azam? setiap taun berazam,,bosan!
Liliyuli said…
bini lu baca blog lu eh? oh. sweet..
Dark-Emperor said…
Pengertian azam pade aku adalah dia seorang kawan lame aku taim sekolah...sekarang dh nak kawen katenye...
apei said…
ries lee - mungkin jugak. hahaha..

emy - ok gua bagi tau satu rahsia. sebenarnya gua sokong misha omar. tengok gak tapi frust!

sharamli - ah malas gua nak jawap.

si buta warna - tau tak per.
Jarr said…
selamat tahun baru apei..semoga Caldina lu menjelma tahun ni..amacam?masin skit mulut aku nehh...wahahah.
apei said…
liliyuli - akhirnya bini gua terjumpa jugak blog gua ni.

DE - gua pun ada member nama azam bin shupa'ad nak kawin jugak.

jarr - hahaha... gua simpanan gua setakat 31 dec 2009 cukuplah kalau nak buat beli sticker tulis perkataan 'caldina'. amacam?
cahaya said…
hikhikhik..selamat tahun baRu bro(^^,) selamat untuk isteri bro n orked juga (^^,)
Cik Zura said…
This comment has been removed by the author.
Cik Zura said…
gua harap azam lu tahun nin ialah lu tak malas nak hapdet entry

Popular Posts