Selamat Thaipusam.

Assalamualaikum wbt,



"ammaaaaa"...

Gua nak ucapkan selamat hari thaipusam kepada yang menyambut hari thaipusam. Esok gua tak ada-apa perancangan selain dari pagi-pagi buta gua di arahkan oleh Dato' Sri untuk pergi kutip buah rambutan dan cempedak kat kebun dia. Memang sikit tak ada nak bagi gua peluang tidor lebih masa time-time hujung minggu. Hari isnin pulak gua cuti pasal ada hari wilayah dan diikuti dengan MC pada hari berikutnya. Jadi Insya'Allah nanti dah masuk opis gua update lagi. Oh yer untuk maklomat semua, jiran gua yang ada wifi tu dah pindah minggu lepas. Jadi gua boleh update blog dan approve permohonan 'orang nak jadi kawan' kat facebook hanya pada waktu perjabat sahaja iaitu Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang. Pukul 1 keluar makan. Sabtu, Ahad dan public holiday tiada urusan blog dan facebook.

apei - budak kampung

Comments

afendi ariff said…
lu bleh la selamat....wa yg tak selamat dlm jem ni!
heh....
Dark-Emperor said…
aku sangkakan ko layan wel-wel sekali...
rupenye x =|
sharamli said…
apasal xikut jiran pindah jugak..b0leh guna wifi di0rang..ha3
Ries Lee said…
terima kasih thaipusam.
kerana perayaaan ini bos aku tak ada dari semalam. dapat jugak aku balik umah pun on time.
hahahahaha!
vidadarisakura said…
gila la.tengok gambar tu pun rasa sakit.
anntaj said…
hari thaipusam saya kerja sampai malam..:)
mEiZ SHA said…
hehe..
selamat thaipusam bro..

wa pon cuti gak arini
yes!!!
:)

Popular Posts