Tuesday, February 23, 2010

muslimin sejati.

Assalamualaikum wbt,



Gua tak payah sembang banyak, lu tengok favorite TV show dah cukup menceritakan keperibadian suci dan luhur beliau. Makwe-makwe muslimat boleh start hantar borang tender untuk buat abang angkat mulai sekarang.

Tak sangka gua selain dari CSI, American Idol, So You Think You Can Dance, dan Macam-macam Aznil, masih ada lagi kawan gua yang berciri muslimin sejati. Start hari ni lu jadi idola gua bro!

apei - budak kampung

p/s: jarr, agak-agak gua boleh pi tioman free tak? hehehe

*****

Ada yang kompelin cakap tak nampak. ni gua kasi zoom skit.


sendiket percutian

Assalamualaikum wbt,

Dalam 2 minggu kebelakangan ni gua dapat lebih kurang 4-5 orang ajak pi bercuti.

"Gua nak pi Melbourne bulan 5 sama bini ngan anak gua. Jom join sekali. Gua pun tengok lu dah lama tak pi cuti" - Budak opis gua.

"Kami ada rancangan nak ke langkawi hujung Mac ni. Kami nak jemput apei dan puan marlina join sama" - sms dari sorang budak yang baca blog gua.

"Apei, budak-budak bola nak buat konvoi pi PD tidor chalet, ada karaoke, ada makan seafood dan ada aktiviti mandi laut bersama makwe-makwe. Mau join booking cepat. Bini tak boleh bawak!" - Ajed budak bola yang perasan Tores.

"Weh air asia murah dude, jom pi bali. Gua dengar makwe-makwe kat sana baik hati. Gua sponser makan-makan!" - Munir, jiran selang dua rumah dari rumah gua.

dan last sekali invitation yang gua terima melalui sms petang semalam...

"Apei, gua teringin la nak pi KK, jom kita pi. Lu boleh guide gua nanti" - Shahril budak satu bilik masa universiti dulu.

Gua terpikir, mungkin ini adalah satu petanda, masa gua untuk bercuti sudah sampai. Jadi malam tadi lepas pekena dinner hasil air tangan Puan Marlina, gua pun start sembang...

"Agak-agak cuti panjang lepas ni kita nak pi bercuti kat mana yer?" tanya gua sambil buat-buat muka manis. Manalah tau bini gua teringin nak pi jalan jauh-jauh skit.

"Dok rumah tolong I kemas rumah, jgn sibuk nak merayap ajer..." - Puan Marlina.

apei - budak kampung

p/s: fuhh... alhamdulillah, save $$$ gua!

Friday, February 19, 2010

demam denggi? paler hotak lu!

Assalamualaikum wbt,

Hari selasa lepas belah petang lepas zohor. Gua memang dah rancang nak baring-baring ajer sambil tengok drama indonesia yang entah aper tajuk entah. Tetiba hanpone bunyik tanda ada sms masuk.

"Apei, gua masuk hospital pasal demam denggi. Suhu badan gua 40 darjah celsius. Bibir gua pecah-pecah. Doktor cucuk tangan gua masukkan air. Malam tadi gua tak boleh tidor. Kalau lu kesian datang la melawat gua bawak burger Mekdi. Oh yer, gua nak set besar sekali sama ais krem" - edy.

"Gua bz tengah baring-baring. esok-esok la gua datang. Makwe lu mana?" Gua reply mintak kepastian. Lain macam kesunyiaan bunyik sms edy tu.

Edy tak reply. Mungkin tanda merajuk pasal gua tak nak bawak burger Mekdi untuk beliau.

*****

Semalam gua amik cuti half-day dan pergi hospital Ampang pasal nak melawat edy. Kebetulan berdepan dengan hospital Ampang ada kedai burger Mekdi jadi gua singgah dan belikan edy satu set happy meal sebagai tanda sebuah persahabatan.

Setiba di wad, gua tengok edy tengah berseronok-seronok dengan seorang makwe. Yang pasti itu bukan makwe edy yang sah. Air sembahyang zohor gua kat rambut ni pun belum kering lagi, ni dah nampak benda-benda tak senonoh. Secara auto semangat JAIS gua menaik semacam. Buat penat ajer gua doakan edy cepat baik, rupanya dia sibuk buat maksiat dalam wad.

"Assalamualaikum..." gua buat-buat suara garang sambil tolak pintu bilik wad pakai kaki.

Menyedari kehadiran gua, edy cepat-cepat berlakon carik kopiah nak semayang, manakala makwe tadi dah keluar dengan alasan nak talipon mak.

"Weh lu ni sakit ke tak, cilakak buat maksiat dalam hospital. Kalau gua jadi doktor memang gua tikam ajer tekak lu pakai gunting!" Marah betol gua time tu. Masa tu gua dah rasa semangat pegawai-pegawai JAIS meresap dalam badan gua.

"Maksiat aper benda pulak ni bro, tu kan makwe gua. Dia nak tolong gua bagi moral support biar gua cepat sembuh!" edy cuba menafikan. Macam la gua tak perasan posisi tangan dia sebelum gua sergah tadi.

"Moral support abah lu! Cilaka, macam la gua tak kenal makwe lu si jue tu"

"Ohh gua ngan Jue dah putus dah minggu lepas. Gua lupa nak inform lu. Yang ni nama dia nana, ni makwe gua untuk minggu ni!" edy menjawap sambil senyum-seyum. Nak ajer rasanya gua lututkan dada edy masa tu jugak!

"Nah ambil lu punya happy meal ni".. gua campak ajer happy meal atas katil edy sebelum gua berlalu. Sebelum tu gua dah simpan permainan happy meal dalam poket untuk anak gua. Kecewa betol gua dengan sikap edy yang suka tukar-tukar makwe tu.

"Budak-budak zaman sekarang sikit pun tak respek perasaan cinta. Cinta tu kan satu perasaan yang suci. Nasib baik bini gua dapat kawin dengan lelaki yang pesen setia macam gua ni" kata gua dalam hati.

apei - budak kampung

p/s: tengah gua drive balik rumah edy sms "bro, permainan happy meal ni mana?" gua rasa macam nak patah balik ajer tumbuk muka budak ni!

Friday, February 12, 2010

Hujung minggu ni

Assalamualaikum wbt,

Hujung minggu ni cuti panjang sebab raya cina. Pada saat-saat begini gua rasa amat bersyukur apabila negara gua ni ada bebilang kaum pasal lepas cuti thaipusam hari tu, cuti raya cina pulak, pastu minggu depan ada cuti maulidurRasul pulak itu belum gua kira cuti-cuti lanjutan disebabkan MC dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, gua dijangka sibuk macam menteri-menteri pada hujung minggu ni. Hari sabtu gua akan ke kebun bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan per-kebun-an contohnya seperti beruk curik buah rambutan, kutu-kutu indon curik cempedak, air sungai naik dan tebing runtuh, tebuan gigit lembu dan repair pondok buruk gua yang dah nak runtuh pasal kena makan anai-anai.

Manakala pada hari ahad gua terpaksa menghadiri jemputan sepupu bertunang kat Bentong. Pada awalnya gua memang keberatan untuk pergi kerana pada gua hari ahad adalah hari baring-baring sambil tengok cerita Melodi, tapi apabila di khabarkan ada kambing golek dalam majlis pertunangan tersebut, maka gua tewas dan berjanji akan hadir. Lagi pun Melodi ada ulangan kata bini gua.

Pada hari Isnin pagi-pagi ketika semua rakyat Malaysia sibuk meraikan raya cina di atas katil masing-masing, gua dijangka terpaksa meng-follow Dato' Sri ke beberapa tempat yang masih dirahsiakan atas urusan beliau. Memang dari dulu Dato' Sri tak pernah nak bagi gua peluang tidor sampai tengahari kalau ada cuti-cuti macam ni. Gua tak tau apa yang beliau dengki sangat dengan gua! Bukan apa, gua tak kisah sangat nak bangun pagi-pagi tu, walhal hari-hari biasa pun gua bangun awal. Cuma gua kesian kat Orked dan Puan Marlina yang tak dapat nak luangkan masa tidor bersama-sama gua lebih lama. Gua dijangka akan pulang ke KL hari Selasa.

Minggu depan gua cadang nak balik Bagan dato' mancing kat Jeti dan makan soto kat pasar sabtu. Perrhhh.....

apei - budak kampung

p/s: Puan Marlina, jom ikot mancing nak?

Thursday, February 11, 2010

AW

Assalamualaikum wbt,

Hi, nama saya Arsene Wenger!



Pukul 3 pagi time Cheras...

"Amacam ok tak budak-budak gua main?"

"Boleh tahan arrr... tapi await sikit sangat gol?"

"Gua nasihat budak-budak tu suruh main suka-suka ajer. Tak payah score banyak-banyak. Kesian la kat liverpool, dah la tak terer, miskin pulak!"

"iyerlah tu.. oklah gua nak semayang tahjud kejap"

"Ok..ok no hal. weh apei, blog lu betol-betol mcm cilaka kutuk orang ajer dah la update pun malas!"

"Suka gua la.."

apei - budak kampung

p/s: perbualan gua dengan Arsene Wenger.

berita penuh: http://www.arsenal.com/match-menu/3221548/first-team/arsenal-v-liverpool?tab=report

Tuesday, February 9, 2010

Bola

Assalamualaikum wbt,

Start dari semalam gua memang langsung tak ada mood nak sembang pasal bola. Kalau Arsenal boleh menang dengan Liverpool baru gua sembang pasal bola balik.

Saper-saper berani sembang pasal bola depan gua memang gua terus tendang dada!

apei - budak kampung

Thursday, February 4, 2010

Retro - Darjah 3 Jujur.

Assalamualaikum wbt,

Hari Isnin, Pukul 7 pagi, tengah jalan kaki pergi sekolah.

Keri cacing: Hari ni kita ada mata pelajaran rampaian agama Islam kan?
Apei: Ha'a
Keri cacing: Gua tak suka Ustaz Nordin.
Apei: Gua pun
Keri cacing: Lagi pun mak gua lupa nak bagi duit belanja. Gua langsung tak into dengan scene-scene sekolah hari ni.
Apei: Gua pun. Abis mana hala tuju kita ni?
Keri cacing: Mana lagi pot biasa arr.. pokok ceri.
Apei: Balik-balik pokok ceri. Tak ada pot lain ke?
Keri cacing: Pokok ceri la ok. Kalau lapor petik ajer buah ceri kita telan.
Apei: Patut la rupa lu pun dah macam berok. Jom kita pekena sungai.
Keri cacing: Apa tak nak cakap siang-siang. Boleh gua bawak bekalan sepender lebih
Apei: ahh itu semua alasan budak-budak yang takut air. Gua ada cara.
Keri cacing: Macam mana?
Apei: Ikot ajer laaa...

Hari tu gua bersama Keri cacing dan beberapa anak orang asli lain mendapat aktiviti baru dan dimuatkan dalam agenda 'tuang' sekolah kami. Kami sungguh gembira.


Keri cacing tiga dari kiri. Ada kutu email gua gambar ni ugut nak sebarkan dalam internet. Sikit gua tak goyang!

apei - budak kampung

Tuesday, February 2, 2010

Sikit ajer lagi..

Assalamualaikum wbt,

Yer.. sikit ajer lagi impian gua akan jadi kenyataan.. sikit ajer lagi.. Alhamdulillah...

Puan Marlina, Cik Orked, Dato' Sri, Datin Sri, Mr G, Sis Cool, Nenekanda Toh Puan Hajjah, Tan Sri Megat, Dato' Hj Affendi dan Wak Paidi terima kasih atas bantuan, sokongan dan tunjuk ajar anda semua.

Ajed, Buyong, Black, Puad, Wan Sopak, Man Kobis, kutu-kutu bola, budak kompang kampung pandan, makcik sebelah rumah dan Ajem keling. Lu orang tunggu.. gua takkan lupakan lu orang gelakkan gua sampai keluar air mata hari tu kan? Siap projek ni.. Gua tunjuk kat lu orang jgn sampai lu orang keluar air mata menyesal plak. Time tu pintu ampun dah tertutup.

apei - budak kampung

p/s: pari-pari syurga, gua tak puas hati lagi mcm mana lu bleh tau kondisi poket gua? confident siap sms!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...