Friday, February 19, 2010

demam denggi? paler hotak lu!

Assalamualaikum wbt,

Hari selasa lepas belah petang lepas zohor. Gua memang dah rancang nak baring-baring ajer sambil tengok drama indonesia yang entah aper tajuk entah. Tetiba hanpone bunyik tanda ada sms masuk.

"Apei, gua masuk hospital pasal demam denggi. Suhu badan gua 40 darjah celsius. Bibir gua pecah-pecah. Doktor cucuk tangan gua masukkan air. Malam tadi gua tak boleh tidor. Kalau lu kesian datang la melawat gua bawak burger Mekdi. Oh yer, gua nak set besar sekali sama ais krem" - edy.

"Gua bz tengah baring-baring. esok-esok la gua datang. Makwe lu mana?" Gua reply mintak kepastian. Lain macam kesunyiaan bunyik sms edy tu.

Edy tak reply. Mungkin tanda merajuk pasal gua tak nak bawak burger Mekdi untuk beliau.

*****

Semalam gua amik cuti half-day dan pergi hospital Ampang pasal nak melawat edy. Kebetulan berdepan dengan hospital Ampang ada kedai burger Mekdi jadi gua singgah dan belikan edy satu set happy meal sebagai tanda sebuah persahabatan.

Setiba di wad, gua tengok edy tengah berseronok-seronok dengan seorang makwe. Yang pasti itu bukan makwe edy yang sah. Air sembahyang zohor gua kat rambut ni pun belum kering lagi, ni dah nampak benda-benda tak senonoh. Secara auto semangat JAIS gua menaik semacam. Buat penat ajer gua doakan edy cepat baik, rupanya dia sibuk buat maksiat dalam wad.

"Assalamualaikum..." gua buat-buat suara garang sambil tolak pintu bilik wad pakai kaki.

Menyedari kehadiran gua, edy cepat-cepat berlakon carik kopiah nak semayang, manakala makwe tadi dah keluar dengan alasan nak talipon mak.

"Weh lu ni sakit ke tak, cilakak buat maksiat dalam hospital. Kalau gua jadi doktor memang gua tikam ajer tekak lu pakai gunting!" Marah betol gua time tu. Masa tu gua dah rasa semangat pegawai-pegawai JAIS meresap dalam badan gua.

"Maksiat aper benda pulak ni bro, tu kan makwe gua. Dia nak tolong gua bagi moral support biar gua cepat sembuh!" edy cuba menafikan. Macam la gua tak perasan posisi tangan dia sebelum gua sergah tadi.

"Moral support abah lu! Cilaka, macam la gua tak kenal makwe lu si jue tu"

"Ohh gua ngan Jue dah putus dah minggu lepas. Gua lupa nak inform lu. Yang ni nama dia nana, ni makwe gua untuk minggu ni!" edy menjawap sambil senyum-seyum. Nak ajer rasanya gua lututkan dada edy masa tu jugak!

"Nah ambil lu punya happy meal ni".. gua campak ajer happy meal atas katil edy sebelum gua berlalu. Sebelum tu gua dah simpan permainan happy meal dalam poket untuk anak gua. Kecewa betol gua dengan sikap edy yang suka tukar-tukar makwe tu.

"Budak-budak zaman sekarang sikit pun tak respek perasaan cinta. Cinta tu kan satu perasaan yang suci. Nasib baik bini gua dapat kawin dengan lelaki yang pesen setia macam gua ni" kata gua dalam hati.

apei - budak kampung

p/s: tengah gua drive balik rumah edy sms "bro, permainan happy meal ni mana?" gua rasa macam nak patah balik ajer tumbuk muka budak ni!

15 .:

tOyO said...

xpela bro..lu menten kesetiaan lu..bukan senang nk jd baik..senang sgt nk jd jahat..

*Miss Geli^ said...

edy tu pelirboi betoi...

tak ske tau...hahahha

Ann said...

bab kate abang kpd member aku, "ssh nak jmpe laki yg baik zmn skg ni".

laki cm edy tu bersepah2...

Jarr said...

brape umo kawan lu ni pei?masih duk makan happy meal lagi....lu kasi no wad dia..meh sini tarbiyah wa dia.

sharamli said...

s0n0k la tu 0rked tu...eleh..

sharamli said...

s0n0k la tu 0rked tu...eleh..

paiseh said...

edy laa katakan~

vidadarisakura said...

aku pun rasa mau lempang edi ni.haha

Ahkak said...

Tangan awek Edy tu kat mana, masa ko nampak diorang Pei? huargh huargh huargh...

sweetmk81 said...

aku mmg tak ske nama edy ni.mmg playboy. (tetibe je salahkan nama) =|

afendi ariff said...

teruk jgk stail demam denggi si edy tu ye.....heh!

aliff muhammad said...

Apei..

Kagumla, lu baik hati jugakla.. :P

tumbler biru said...

kalau bukan tanggungjawab suami, tanggung jawab boipren mungkin?

bestlah aku. perlu gunakan dakyah ini. ngee

Hairul said...

apei.., aku tgh keje ni.. kembung2 pipi aku menahan ketawa.. last2 air-mata aku yg keluar..!

pandai betul kau oleh cerita.. satu cerita yg simple (kalau orang lain atau aku cerita.. ), boleh jadi satu kisah yg best.. siap ada bonus lagi.. - msg kawan kau tu - mana mainan tu! :D..

kau tulis novel laa apei.! aku jadi pembeli dan peminat no.1 :)

hairul(kawan jarr gebu)

Miss jane said...

成人論壇,080聊天室,080苗栗人,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人電影,成人遊戲,成人文學,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,正妹牆

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...