Hujung minggu ni

Assalamualaikum wbt,

Hujung minggu ni cuti panjang sebab raya cina. Pada saat-saat begini gua rasa amat bersyukur apabila negara gua ni ada bebilang kaum pasal lepas cuti thaipusam hari tu, cuti raya cina pulak, pastu minggu depan ada cuti maulidurRasul pulak itu belum gua kira cuti-cuti lanjutan disebabkan MC dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, gua dijangka sibuk macam menteri-menteri pada hujung minggu ni. Hari sabtu gua akan ke kebun bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan per-kebun-an contohnya seperti beruk curik buah rambutan, kutu-kutu indon curik cempedak, air sungai naik dan tebing runtuh, tebuan gigit lembu dan repair pondok buruk gua yang dah nak runtuh pasal kena makan anai-anai.

Manakala pada hari ahad gua terpaksa menghadiri jemputan sepupu bertunang kat Bentong. Pada awalnya gua memang keberatan untuk pergi kerana pada gua hari ahad adalah hari baring-baring sambil tengok cerita Melodi, tapi apabila di khabarkan ada kambing golek dalam majlis pertunangan tersebut, maka gua tewas dan berjanji akan hadir. Lagi pun Melodi ada ulangan kata bini gua.

Pada hari Isnin pagi-pagi ketika semua rakyat Malaysia sibuk meraikan raya cina di atas katil masing-masing, gua dijangka terpaksa meng-follow Dato' Sri ke beberapa tempat yang masih dirahsiakan atas urusan beliau. Memang dari dulu Dato' Sri tak pernah nak bagi gua peluang tidor sampai tengahari kalau ada cuti-cuti macam ni. Gua tak tau apa yang beliau dengki sangat dengan gua! Bukan apa, gua tak kisah sangat nak bangun pagi-pagi tu, walhal hari-hari biasa pun gua bangun awal. Cuma gua kesian kat Orked dan Puan Marlina yang tak dapat nak luangkan masa tidor bersama-sama gua lebih lama. Gua dijangka akan pulang ke KL hari Selasa.

Minggu depan gua cadang nak balik Bagan dato' mancing kat Jeti dan makan soto kat pasar sabtu. Perrhhh.....

apei - budak kampung

p/s: Puan Marlina, jom ikot mancing nak?

Comments

sharamli said…
gelap la puan marlina nnt
afendi ariff said…
mancing2 jgk...psword blog lu ni jgn lupa plak kang...heh!
marlina said…
ermmm orait....
i xkisah gelap,janji i mentain kurus!! hehehe..
apei said…
sharamli - lu tengok puan marlina dah jawap..

afendi - dont worry bro. gua semat kemas-kemas dalam ingatan gua!

puan marlina - boleh kurus ke kalau balik kg? hehehe...
sweetmk81 said…
bagus banyak agenda.. mmg urusan seri paduka baginda betul la..
insyaAllah boleh ilang 5 kilo =|
ayoy said…
hepi holiday bro. byk tul agenda lu. wa plak esok pagi nak berangkat ke rompin.. isnin singgah tido umah bonda dkt kontan.. selasa balik kll.. rabu mc.. wakaka
Jarr said…
buat skill masa tadika la bro...ludah umpan...takleh pakainye tips...ikan lari bau umpan mcm longkang...

Popular Posts