sendiket percutian

Assalamualaikum wbt,

Dalam 2 minggu kebelakangan ni gua dapat lebih kurang 4-5 orang ajak pi bercuti.

"Gua nak pi Melbourne bulan 5 sama bini ngan anak gua. Jom join sekali. Gua pun tengok lu dah lama tak pi cuti" - Budak opis gua.

"Kami ada rancangan nak ke langkawi hujung Mac ni. Kami nak jemput apei dan puan marlina join sama" - sms dari sorang budak yang baca blog gua.

"Apei, budak-budak bola nak buat konvoi pi PD tidor chalet, ada karaoke, ada makan seafood dan ada aktiviti mandi laut bersama makwe-makwe. Mau join booking cepat. Bini tak boleh bawak!" - Ajed budak bola yang perasan Tores.

"Weh air asia murah dude, jom pi bali. Gua dengar makwe-makwe kat sana baik hati. Gua sponser makan-makan!" - Munir, jiran selang dua rumah dari rumah gua.

dan last sekali invitation yang gua terima melalui sms petang semalam...

"Apei, gua teringin la nak pi KK, jom kita pi. Lu boleh guide gua nanti" - Shahril budak satu bilik masa universiti dulu.

Gua terpikir, mungkin ini adalah satu petanda, masa gua untuk bercuti sudah sampai. Jadi malam tadi lepas pekena dinner hasil air tangan Puan Marlina, gua pun start sembang...

"Agak-agak cuti panjang lepas ni kita nak pi bercuti kat mana yer?" tanya gua sambil buat-buat muka manis. Manalah tau bini gua teringin nak pi jalan jauh-jauh skit.

"Dok rumah tolong I kemas rumah, jgn sibuk nak merayap ajer..." - Puan Marlina.

apei - budak kampung

p/s: fuhh... alhamdulillah, save $$$ gua!

Comments

Popular Posts