Wednesday, March 31, 2010

Salah MMS

Assalamualaikum wbt,


Gua tak tau kutu mana yang dah salah mms gambar ni sambil diiringi dengan ucapan 'selamat malam mucuk'
Giler geli..sial!

apei - budak kampung

Tuesday, March 30, 2010

Tulis balik

Assalamualaikum wbt,


Kesan ubat batuk yang gua telan hampir 2 minggu menyebabkan suku dari ingatan gua hilang termasuklah password blog ini. Jadi gua mintak maap kepada yang masih masuk blog ni walaupun dah lama tak update.

Tak banyak benda yang berlaku dalam hidup gua kebelakangan ni. Semuanya berjalan lancar dan biasa ajer. Bangun pagi, pi keje, jem, bayar tol, sarapan roti, buat kerja, meeting, dengar lagu rock kapak, tengok facebook, buat kerja lagi, makan nasik, bawak kereta, maki orang, jem lagi, tol lagi, beli sayur kat tesco, main sama anak, makan vitamin C, baca quran, dan tidor. Begitulah hari-hari berikutnya...

Semalam anak gua dah genap 1 tahun 6 bulan, gua bawak pi klinik cucuk bontot. Dah besar Orked. Sangat nakal, kuat makan nasik, layan facebook sama Puan Marlina sampai pukul 2 pagi, gigi ada 7 batang, suka panjat tangga, pandai tukar siaran karton mikey mouse pakai remote astro, kuat merajuk, suka makan ayam goreng, dan dah pandai cakap sikit-sikit. Orked agak hyper-active. Agak-agak ada kaedah ke nak control?

apei - budak kampung

Friday, March 12, 2010

Nostalgia Jamal.

Assalamualaikum wbt,

Jamal
"Apei, lu tengok mcm gua ni, kalau hati tu dah bersih buat apa pun nampak baik. Hati bila dah bersih terpancar cahaya pada wajah, maka secara auto mulut pun akan cakap benda-benda baik, tingkahlaku pun nampak sopan. Ingat, yang paling penting hati kena bersih. Macam mana nak bersih hati? selalu berzikir, jaga aurat dan jangan main judi. Belajar kat universiti tu rajin-rajin jangan sibuk nak pukul orang ajer!" Pesan Jamal kepada gua masa tumpang kereta transformers jenama Alfa Romeo beliau nak pi bustand amik bas ke universiti. sekitar tahun 2003.
apei - budak kampung

Rukun iman.

Assalamualaikum wbt,

"Gua bukan aper Apei, kita ni sekampung. Dari kecik gua dah kenal lu. Lu ni budak baik. Tak isap dadah, tak main judi, tak curik basikal, suka tolong time kenduri kawin dan kuat bersukan. Tapi sejak lu kerojer kat kolumpor ni.. ish.. keroh benor air muka lu ni. Kamu tak semayang ke Apei?" Sembang Jamal budak kampung gua merangkap sepupu gua masa jumpa kat masjid jamek time semayang jumaat tadi.

"Gua semayang pun takkan gua nak kasi tau sama lu.."

" Ingat Apei, aper-aper pun kita kena berpegang pada rukun iman kita yang TUJUH (7) tu.." sambung Ajak lagi.

Terus gua angkat kaki masuk dalam masjid dengar ceramah sebelum akidah gua terpesong dengar dakyah Jamal.

"Mazhab mana lu ikot ni rukun iman sampai tujuh weh?!"

apei - budak kampung

Thursday, March 11, 2010

reunion dorm A4.

Assalamualaikum wbt,
Minggu lepas budak dorm gua masa sekolah asrama dulu buat reunion kat PD. Reunion pesen boleh ajak anak bini sekali. Gua tak join pasal gua tau kalau dah melibatkan anak bini biasanya aktiviti reunion berat kepada semayang jemaah yang akan diimamkan oleh bob, ceramah muhasabah diri lepas subuh di kelolakan oleh atoi dan menonton tivi cerita drama melayu sambil makan ikan bakar bersama keluarga masing-masing dan tidor pukul 10 malam.
Setelah gua memohon kerjasama dari apai untuk mendapatkan gambar aktiviti reunion tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan aktivit-aktiviti mereka, akhirnya semalam gua dapat email ber-inti-kan gambar-gambar aktiviti reunion budak-budak dorm gua.
Cilakak, sikit tak mengambarkan aktiviti reunion berkeluarga.


Keterangan gambar dari kiri: Clairbunk, Atoi dan Apai. Bini apai bertudung biru (di belakang) hanya mampu melihat perangai lakinya yang tengah mabuk surya light.

Dah 10 tahun gua tak jumpa diorang, perangai sikit tak reti nak berubah.

apei - budak kampung

p/s: seken reunion tahun depan gua dah pasang azam nak join. dengar citer kali ni anak bini dah tak boleh ikot.

popoi dan chapati.

Assalamualaikum wbt,

Gua baru balik dari oversea main salji. Memang tak ada time langsung nak tulis-tulis blog ni. Malam semalam time cerita Halimah Jongang baru nak start, Popoi iaitu kawan satu dorm ngan gua masa tingkatan 5 talipon.

Popoi: Lu pergi mana susah betol nak talipon.
Gua: Abiskan gaji pi main salji. Aper citer?
Popoi: Tak ada laa.. gua kebelakangan ni suka sangat makan chapati sama kuah dal.
Gua: Abis tu?
Popoi: Tak ada apa lah, sajer gua nak bagi tau lu itu ajer. Tak boleh?

tuuuttthhh.. talian diputuskan.

Gua kadang-kadang tak paham sama perangai budak-budak ni. Pasal makan chapati pun nak talipon gua ke?

apei - budak kampung

Tuesday, March 2, 2010

Tanggungjawab Suami kepada Isteri

Assalamualaikum wbt,

Ni artikel yang gua dapat masa pergi kursus kawin dulu.

Tanggungjawab Suami

Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan ialah:

1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.

2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.

3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi, seperti pendidikan, pakaian, tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

7. Memenuhi keperluan nafkah batin. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

Tak ada pulak gua nampak membelikan handpone jenama blackberry tu ialah tanggungjawap suami. Tak gitu Puan Marlina? hehehehe...

apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...