reunion dorm A4.

Assalamualaikum wbt,
Minggu lepas budak dorm gua masa sekolah asrama dulu buat reunion kat PD. Reunion pesen boleh ajak anak bini sekali. Gua tak join pasal gua tau kalau dah melibatkan anak bini biasanya aktiviti reunion berat kepada semayang jemaah yang akan diimamkan oleh bob, ceramah muhasabah diri lepas subuh di kelolakan oleh atoi dan menonton tivi cerita drama melayu sambil makan ikan bakar bersama keluarga masing-masing dan tidor pukul 10 malam.
Setelah gua memohon kerjasama dari apai untuk mendapatkan gambar aktiviti reunion tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan aktivit-aktiviti mereka, akhirnya semalam gua dapat email ber-inti-kan gambar-gambar aktiviti reunion budak-budak dorm gua.
Cilakak, sikit tak mengambarkan aktiviti reunion berkeluarga.


Keterangan gambar dari kiri: Clairbunk, Atoi dan Apai. Bini apai bertudung biru (di belakang) hanya mampu melihat perangai lakinya yang tengah mabuk surya light.

Dah 10 tahun gua tak jumpa diorang, perangai sikit tak reti nak berubah.

apei - budak kampung

p/s: seken reunion tahun depan gua dah pasang azam nak join. dengar citer kali ni anak bini dah tak boleh ikot.

Comments

emy wanimelakhir said…
ko rasa menyesal ke tak join reunion tu?
Jarr said…
tioman join tak neh?
apei said…
emy - menyesal tu tak laa.. terkilan ajer..hehehe

jarr - bila brader? date?
Jarr said…
28th - 30th May 2010.

28th tu wesak day...so takyah arr kacau cuti...kalau beran inpom gua.

gua tau,arsenal tgh form,lu hati mesti berbunga nehh...
*~ aRaBeLLa ~* said…
tak rupe gaye bapak org wei...
sharamli said…
apasal xleh bawak anak bini pulak nanti?
apei said…
jarr - date tu tak dapek bro. ada orang kawin kat bagan dato. Diorang dah lantik gua jadi ajk basuh pingan.

arabella - budak2 sekolah gua mmg mcm tu pesen tak sedar diri.

sharamli - menurut organizer, reunion yang seken ni ada acara rahsia. tu yang anak bini tak boleh ikot.
Jarr said…
hoh lu ni..ok.
next trip..sevilla.
lu mesti ikot..
apei said…
jarr - sevilla? nak kena bawak anak bini ke tak payah? hehehe
emy said…
sevilla tu kat mana plakk...??
apei said…
emy - jarr cakap dekat-dekat dengan tampin.
marlina said…
jarr,apei nak joint p no hal.tp kena bawak cik orked la.ble ka???
Jarr said…
marlina - wahahahahahaa...haa itu gua wajibkan utk apei nanti ye puan marlina..jgn risau.

Popular Posts