Tuesday, March 2, 2010

Tanggungjawab Suami kepada Isteri

Assalamualaikum wbt,

Ni artikel yang gua dapat masa pergi kursus kawin dulu.

Tanggungjawab Suami

Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan ialah:

1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.

2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.

3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)

4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

5. Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6. Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi, seperti pendidikan, pakaian, tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

7. Memenuhi keperluan nafkah batin. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)

8. Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9. Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

Tak ada pulak gua nampak membelikan handpone jenama blackberry tu ialah tanggungjawap suami. Tak gitu Puan Marlina? hehehehe...

apei - budak kampung

18 .:

afendi ariff said...

ada...
no. 6 bro!keperluan asasi & blackberry salah 1 drnya....
jgn kata lu tak mampu....
heh!

Jard The Great said...

yep.. ku sokong afendi.. keperluan tu. ahaha

DonJuan DeMarco said...

Bile aku ckp kt bos ko ni professional blogger (yakni mengadap blog, facebook dan seumpama dgn nyer hampir 24 jam sehari), ko marah! habis ni bukti sahih yg jelas lg nyata ni aper??

apei said...

afendi & jard - keperluan asas tu pakaian, tempat tinggal, makanan dan pendidikan. Mana ada tulis perkataan blackberry.

DonJuanDeMarco - tak ada mana professional nyer bro! Kalau tak baik gua carik makan dengan blog ajer.

Cik Zura said...

hahahahhaha.. punyerlah lu nak cari alasan tak yah beli blackberry sampai lu se3arching artikel nin..hehehehhehe

*~ aRaBeLLa ~* said...

lu keje bank bukan banyak duit ke?

mukasurat17 said...

hahahaha......lawak2...

encik afendi, itu bkn keperluan..itu kehendak kemahuan....

cahaya said...

hiks..
lama tak tgk blog bro..
banyak citer ketinggalan(^^,)

pari pari syurga said...

projek juta2 lu ape citer?
hulur lah sket kat puan marlina...




gua menyokong kaum wanita!


hahahaha....

ayoy said...

ala bro, baru bape sen. Ko jual 10 ekor dpt 8520 sebiji. Ko jual 20 ekor dpt 9700 sebiji @ 8520 2 biji.. Leh bbmessenger.. Jimat sms.. Haha

sharamli said...

ala..beli je la.....
kecik ati pn.marlina nnt

Emy said...

sorang lagi yg nakkan BB ni..tak paham aku..

si buta warna said...

tunaikan!

citahrudin said...

weh ketua kampung,
bukan tu buleh dikategorikn kan dalam kategori keperluan asasi ke?

Queen said...

cesss..ingatkan kenapa tadi bagi list segala tanggung jawab...rupanya nak ngelat tak nak belikan bb...

kalau mampu, menggembirakan hati isteri tu kan dapat pahala...wink..wink

anntaj said...

apei..
helloooo apa khabar???
sepatutnya kaum llelaki kena tau ni...:)

Puteri Biru said...

kalau mampu, belikanlah apa salahnya

Ayl Aziz said...

Kalau mampu, hadiahkan aje. Nanti rezeki lg bertambah. Tak caya cer try...

* maaf sy tumpang menyibuk. :) entry ni pun dah lama hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...