Wednesday, April 21, 2010

Kursus.

Assalamualaikum wbt,

Gua dengar citer jumaat sampai ahad minggu ni gua kena pergi kursus kat hotel. Gua tengok dalam internet tadi, hotel tu ada swiming pool sama sauna. Tapi sebenarnya gua tak berapa into dengan scene-scene berkursus hujung-hujung minggu ni. Patut masa-masa hujung minggu gua diisi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih solid dan berfaedah seperti tengok tv, join qiamulail surau al-syakirin seksyen satu, gotong-royong mencegah nyamok edis, basuh kereta, jaga anak dan siram pokok keladi depan rumah.

Sekian update terbaru dari gua. Doakan gua selamat pergi dan kembali.

apei - budak kampung

p/s: Gua harap tak ada makwe-makwe mandi swimming pool lambai-lambai ajak gua join. Takut perjalanan gua ke tempat kursus terganggu.

Friday, April 16, 2010

Pameran Seni di Spain

Assalamualaikum wbt,



Elok mood gua tengah sedap-sedap baru lepas semayang jumaat sambil pekena cendol dapat pulak email berunsur kurang hajar macam ni. Betul-betul macam celaka. Pameran seni yang dianjurkan oleh orang Spanyol. Menaik satu macam baran gua. Lepas ni jangan saper-saper berani nak cakap bahasa Spain sama gua, citer-citer bola liga Spanyol pun gua tak nak dengar lagi-lagi kalau ada kutu yang sebut perkataan Barcelona memang gua bagi tepat kat dada!

apei - budak kampung

Wednesday, April 14, 2010

Kecik hati.

Assalamualaikum wbt,

Gua sekarang tengah kecik hati sama Celcom. Sikit tak reti nak menghargai pengguna setia macam gua ni. Kalau ikot sejarah kesetiaan gua sama celcom ni, panjang citer nyer. Pendek kata gua dah start guna celcom sejak dari nama dia TM-Touch, sejak dari talipon nokia 3310 harga beribu, sejak dari starter pack harga rm250 dan sejak dari top-up harga paling murah time tu ialah 50 ringgit. Top-up- top-up pesen 10 ringgit, 5 ringgit terus masuk dalam talipon memang tak wujud lagi.

**********

Pagi tadi gua nak main sms sama Puan Marlina tetiba tak boleh. 2-3 kali gua try tapi masih tak boleh. Gua talipon pihak Celcom dan cakap sama operator.

"Maaf la talian encik telah di sekat" Operator celcom

"Kenapa? Saya bayar bill macam biasa ajer" Gua

"Betol, tapi penggunaan encik dah lebih limit"

"Berapa banyak dah saya pakai?"

"RM785.13. Encik selesaikan full amount kami akan buka semula sekatan"

"Betul ke? Credit limit saya pun RM150 ajer. Macam mana bill saya boleh sampai RM700 lebih?"

"Itu kami tak pastilah encik. Tapi encik kena settlekan lah amount tu baru kami akan buka semula sekatang. Emm ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" Kata operator Celcom.

"Tak perlah terima kasih." Kata gua sambil kecewa.

Sekarang gua tengah pening kepala memikirkan makwe mana yang gua talipon sampai bill gua jadi 700? Tak logik langsung!

Ni macam mana nak kira ni. Sekarang gua tak boleh buat call, tak boleh nak sms bini gua, tak boleh nak tengok facebook pakai talipon dan tak boleh nak miss call mak bapak gua nak suruh diorang call balik.

Gua dah start rasa nak report aduan rakyat sekarang ni...

apei - budak kampung

Tuesday, April 13, 2010

Lates update - Orked (2)

Assalamualaikum wbt,



"Orked baik cepat yer. Good nite.." Puan Marlina

Isnin (April 12, 10), 11.30 pagi. Panggilan dari Puan Marlina.


"Papa, doctor dah scan perot Orked" Puan Marlina.


"So mcm mana?" Gua.


"Usus Orked bengkak skit...."


"Solution?" Gua tanya lagi.


"Tak kena tahan ward pun. Sikit ajer. Doctor bagi a few jenis ubat untuk dia makan. Dont worry lah.. everything is 'cun' sajer...2 weeks time boleh fully recover." Kata Puan Marlina.


Alahamdulillah.... tak abis-abis gua bersyukur sampai malam tadi sebelum tidur gua cium Orked dan sekali lagi "Alhamdulillah.. Orked makin ok.."



**********

8.30pm - Dato Sri call.


"Cucu ayah macam mana?"


"Dah tidor" Gua jawap


"Aper yang kau bagi cucu aku makan? Asalkan weekend duduk dengan kau dia jadi sakit. Budak-budak perut sensitif..bla..bla..bla... jangan makan jajan...bla..bla..bla... susu tu kena bersih..bla..bla..bla... jangan sibuk nak makan kat luar ajer...bla..bla..bla... kepsi, mekdi NO! bla..bla..bla..ok bye"


Terima kasih atas nasihat ikhlas.


apei - budak kampung


p/s: Alhamdulillah, thanks Puan Marlina, thanks Datin Sri and thanks Dato' Dr Venon (pediatrician Gleneagles, Ampang) for a gentle treatment to my daughter.

Monday, April 12, 2010

Lates update - Orked (1)

Assalamualaikum wbt,

Orked cirit birit sejak hari Sabtu (April 10,10). Gua bawak ke klinik dan doktor bagi ubat demam, tahan muntah, cirit-birit dan air garam.

Semalam Ahad (April 11, 10), demam dah ok tapi cirit-birit makin teruk. Bontot dah merah. Nak basuh bontot pun menjerit macam orang kena dera.

Hari ni Isnin (April 12, 10), ketika ini (9.30am) Orked berada di klinik doctor Venon di Gleneagles, Ampang. Dia di temani Puan Marlina dan Datin Sri.

"Orked dah ok, pagi ni breakfast roti banyak" Puan Marlina call gua yang ketika ini di opis.

"Cirit mcm mana?" Gua tanya.

"Masih lagi.. pagi ni dah 2 kali. Nanti aper-aper I call you back lah. Ni doctor dah panggil"

"Ok.."

bersambung....

apei - budak kampung

p/s: Hari ni betul-betuk gua pi kerja rambut pacak pasal terlupa nak sikat pagi tadi...damn!

Sunday, April 11, 2010

Baru gua sedar..

Assalamualaikum wbt,









"Sekarang baru gua sedar aper pasal bakat bola sepak gua tak sampai hingga ke peringkat kebangsaan...
PASAL RAMBUAT GUA TAK BOLEH PACAK!" Kata Black pada gua lepas magrib tadi. Betul jugak kata-kata beliau itu. Terima kasih Black kerana lu jugak sudah menjawap persoalan yang sama bermain di fikiran gua!
apei - budak kampung
p/s: Esok pi kerja gua nak start dressing rambut pacak untung-untung Arsene Wanger panggil gua untuk main team Arsenal.

Friday, April 9, 2010

Tahniah Liver-pool

Assalamualaikum wbt,


Semangat bola yang tersemat dalam diri gua sejak dari kecik memang tak boleh dinafikan. Walaupun pasukan Liverpool berjaya ke separuh akhir liga juara eropah gua tetap mengucapkan tahniah.

TAHNIAH LIVERPOOL.

Kalau sesuatu pasukan tu bermain dengan bagus, gua akan ucapkan tahniah, kalau pun pasukan feberet gua main serupa cilaka, pasing bola kucar-kacir, tendang tak kena, suka curik tulang dan melawan cakap pengadil gua tetap kutuk bertubi-tubi. Sebagai contoh pasukan Selangor yang kalah sama team Negeri Sembilan baru-baru ni. Sudah lah kalah bermain bola, lepas tu cuba bermain kejar-kejar dengan pengadil selepas wisel penamat di tiupkan pulak. Sebijik macam budak-budak darjah 3 Murni lawan 3 Jujur.
apei - budak kampung

Terima kasih

Assalamualaikum wbt,

Terima kasih atas keperihatinan pembaca blog ni yang mendoakan agar mak gua cepat sembuh. Alhamdulillah mata Datin Sri semakin sembuh. Dia jugak menyampaikan salam kepada pembaca 'apei budak kampung' katanya...

"Kirim salam kat kawan-kawan yang baca blog apei tu, cakap nanti raya jemputlah datang rumah!"

apei - budak kampung

Wednesday, April 7, 2010

Sakit mata

Assalamualaikum wbt,

Masuk hari ni dah 3 hari Datin Sri (mak gua) sakit. Sakit mata. Mendapat rawatan di sebuah hospital pakar di Ampang, selepas hari ke-3 mendapat rawatan nampak alhamdulillah semakin sembuh. Semalaman gua menghabiskan masa berdua bersama beliau. Gua duduk di bucu katil wad, bersembang. Terkeluar cerita-cerita yang memalukan gua semasa zaman kecik-kecik.

"Tau tak dulu masa kecik-kecik apei suka kencing sambil berlari!" Datin Sri..

"Ah mama ni merepek ajer!" Gua

"Sungguh..." Datin Sri

"Hahahahahhaa...." Gua...

1 pagi, 7 April, Hospital.

"Mama, apei tak buat Isya' lagi.. nak pi surau bawah jap" Gua..

"Doakan mama..." Datin Sri

"InsyaAllah.." Gua

Dalam sakit mata Datin Sri berusaha membuka mata...

"Naper bukak mata..nanti pedih!" Gua

"Mana tau esok mama buta tak dapat nak tengok apei lagi"

"Cakap mcm tu lagi sekali apei balik rumah terus.. malas nak teman mama kat hospital ni lagi!"

"ok..ok.. pi la semayang cepat!"

"10 minit ajer! aper2 panggil nurse ok!"

" baik encik apei!"

apei - budak kampung

p/s: Datin Sri dah keluar hospital sebentar tadi tapi esok masih ada satu lagi temu janji dengan doctor.

Saturday, April 3, 2010

Bola lawan Afundi.

Assalamualaikum wbt,

Malam ni gua nak tengok semi final FA cup Selangor lawan N.Sembilan. Pn Marlina nak tengok Akedemi Afundi. Sekarang gua tengah sibuk lawan chess sama Puan Marlina. Saper menang dapat pegang remote. Doakan kejayaan gua.

Jangan tanya gua pasal manchester lawan chelse. Dua-dua team gua memang tak amik pot. Hidup bola...!!!

apei - budak kampung

p/s: weh aper yang sedap sgt tengok akedemi afundi tu? Giler bosan..

Thursday, April 1, 2010

alip-ba-ta

Assalamualaikum wbt,



Semenjak dua menjak ni malam-malam gua dah tak ada time nak tengok berita sukan yang hari-hari cerita pasal pasukan harimau muda yang berlatih kat negeri orang putih dan kalah semua perlawanan persahabatan, tak ada time nak update status facebook, dah tak ada time nak main PS, dan dah tak ada time nak baca majalah mastika cerita pasal kejadiah aneh di tanah suci.


Sekarang aktiviti malam gua berat kepada mendengar ceramah dan kadang-kadang bercampur gossip dari Orked. Yer.. anak gua sudah pandai bercerita walaupun sepatah dua ajer perkataan yang gua paham. Contohnya...


"Papa...mok (nyamok) ni nyet..nyet.." sambil menunjukkan tanda merah kesan gigit nyamuk di betis beliau. Itu ertinya Orked tengah sembang kepada gua macam mana beliau telah di gigit nyamok.


"Mama.. totok (pokok) tu.. byeeee...." menunjuk ke arah pokok dan melambaikan tangan. Itu tandanya Orked tengah sembang dengan Puan Marlina bahawa beliau ingin mengucapkan selamat tinggal kepada sebatang pokok.


"Papa..tet amam pish (cat makan fish)" beerti Orked tengah bagi tau gua bahawa beliau pernah melalui pengalaman memberi kucing makan ikan.


Memandangkan Orked dah pandai cakap sikit-sikit gua ingat nak menyemai minat beliau supaya suka membaca quran. Gua mulakan dengan alip-ba-ta. amacam?


Malam ni gua nak start!


apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...