alip-ba-ta

Assalamualaikum wbt,



Semenjak dua menjak ni malam-malam gua dah tak ada time nak tengok berita sukan yang hari-hari cerita pasal pasukan harimau muda yang berlatih kat negeri orang putih dan kalah semua perlawanan persahabatan, tak ada time nak update status facebook, dah tak ada time nak main PS, dan dah tak ada time nak baca majalah mastika cerita pasal kejadiah aneh di tanah suci.


Sekarang aktiviti malam gua berat kepada mendengar ceramah dan kadang-kadang bercampur gossip dari Orked. Yer.. anak gua sudah pandai bercerita walaupun sepatah dua ajer perkataan yang gua paham. Contohnya...


"Papa...mok (nyamok) ni nyet..nyet.." sambil menunjukkan tanda merah kesan gigit nyamuk di betis beliau. Itu ertinya Orked tengah sembang kepada gua macam mana beliau telah di gigit nyamok.


"Mama.. totok (pokok) tu.. byeeee...." menunjuk ke arah pokok dan melambaikan tangan. Itu tandanya Orked tengah sembang dengan Puan Marlina bahawa beliau ingin mengucapkan selamat tinggal kepada sebatang pokok.


"Papa..tet amam pish (cat makan fish)" beerti Orked tengah bagi tau gua bahawa beliau pernah melalui pengalaman memberi kucing makan ikan.


Memandangkan Orked dah pandai cakap sikit-sikit gua ingat nak menyemai minat beliau supaya suka membaca quran. Gua mulakan dengan alip-ba-ta. amacam?


Malam ni gua nak start!


apei - budak kampung

Comments

Jarr said…
gua bangga anak dara lu dah pandai ckp...lu pon belajar alip ba ta darjah 3 kan,lambat.orked ni kasi awal skit.

besan ngan gua nak? :)

anak gua Adam pandai tarannum.
sharamli said…
c0mel je 0rked..nyet2
afendi ariff said…
huh!apalak main besan cam tu je!
masuk tender la jarr...
anak wa ni lu nak letak mana?
heh!
salam Apei;

bestnya melayan anak dah pndai ckp..
ramai plk yg nak berbesan..huhuhu!!

nsb bek aku ada anak pempuan gak..klu lelaki garenti join sekaki..hohoho!
p i j a h said…
apak apei.. tu orked.
nak iget iyerrr.....


huhu. geram! ;p
apei said…
jarr - takat tarannum ajer tak cukup nak menjamin masa depan anak gua. hahaha..

sharamli - hehehe

suria jay - alhamdulillah..

afendi - rilek tak payah gaduh2.. sampai time nanti gua bukak tender.

jaja - esok lusa ada arr lelaki plak tu.

pijah - kesian la anak gua lu gigit.
citahrudin said…
orked ni x de pesbuk ke?
apei said…
citahrudin - gua mmg tak nak bagi dia bukak facebook selagi tak katam quran.
n a d e a said…
orked mkin comeyyy~

kalo pndai bace alif-ba-ta mmg lg confirm rmai yg nk masuk tender.. hee

Popular Posts