Kecik hati.

Assalamualaikum wbt,

Gua sekarang tengah kecik hati sama Celcom. Sikit tak reti nak menghargai pengguna setia macam gua ni. Kalau ikot sejarah kesetiaan gua sama celcom ni, panjang citer nyer. Pendek kata gua dah start guna celcom sejak dari nama dia TM-Touch, sejak dari talipon nokia 3310 harga beribu, sejak dari starter pack harga rm250 dan sejak dari top-up harga paling murah time tu ialah 50 ringgit. Top-up- top-up pesen 10 ringgit, 5 ringgit terus masuk dalam talipon memang tak wujud lagi.

**********

Pagi tadi gua nak main sms sama Puan Marlina tetiba tak boleh. 2-3 kali gua try tapi masih tak boleh. Gua talipon pihak Celcom dan cakap sama operator.

"Maaf la talian encik telah di sekat" Operator celcom

"Kenapa? Saya bayar bill macam biasa ajer" Gua

"Betol, tapi penggunaan encik dah lebih limit"

"Berapa banyak dah saya pakai?"

"RM785.13. Encik selesaikan full amount kami akan buka semula sekatan"

"Betul ke? Credit limit saya pun RM150 ajer. Macam mana bill saya boleh sampai RM700 lebih?"

"Itu kami tak pastilah encik. Tapi encik kena settlekan lah amount tu baru kami akan buka semula sekatang. Emm ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" Kata operator Celcom.

"Tak perlah terima kasih." Kata gua sambil kecewa.

Sekarang gua tengah pening kepala memikirkan makwe mana yang gua talipon sampai bill gua jadi 700? Tak logik langsung!

Ni macam mana nak kira ni. Sekarang gua tak boleh buat call, tak boleh nak sms bini gua, tak boleh nak tengok facebook pakai talipon dan tak boleh nak miss call mak bapak gua nak suruh diorang call balik.

Gua dah start rasa nak report aduan rakyat sekarang ni...

apei - budak kampung

Comments

*~ aRaBeLLa ~* said…
bapak arr 7 ratus lebey bil ..baik ko gi pejabat celcom tu report ..tak pepasal lak nak kena bayar weh..
aieda said…
salam encik apei...

nak mencelah sikit... jgn bayar dulu bil selagi tak check kesahihan jumlah n pgunaan..

penah terkena, tak pakai tapi bil melambung2.. diorang mabuk laut slalu...
Jarr said…
lu bertenet kot tepon ke apei?kalau lu tenet, munasabah arr...
Ann said…
aku taknh guna celcom tp aku dgr member2 slalu merungut...
aku pguna setia maxis smp skng...mmg puas hati.
Jarr said…
Apei, gua syorkan lu amik maxis + blackberry + BIS + supplementary (puan marlina) = 200++

kalau lu amik BIS unlimited mahal skit arr, tapi berbaloi.memandangkan lu suka jugak bertenet kot tepon.Gua pakai package ni je skang,telepon bagai nak muntah,elok je bil gua.takyah miss call parents lu suruh call balik dah, ckp sampai berlendir.

amacam?
Liliyuli said…
musykil saya..camne leh terjadi tu? ish3..
TUJOH WATOS LEBEY?????

mak oiiii!

cek la kat Celcom tu dulu, lps tu klu tak sedap ati..ikut cakap si Jarr tu haa...insyaAllah....berbaloi2!

wa pnh gak kena masa guna Celcom prepaid...yg peliknya topap RM10 dlm masa 3-4 minit tgl RM2 saje..walhal lepas topap takde call / sms mana2 pon!
byk kali kena mcmtu..terus say babay kat celcom!

tak berbaloi langsong!
razor said…
coolnye encik ni...kalau aku satu kl aku amuk....






lalala
sharamli said…
ni mesti 0rked ni..
si buta warna said…
wa xkan guna celcom. semput tgk kwn wa bayar bil sampai seribu lebih. penipu jek celcom nih.
cahaya said…
huish..betul ke bro?
melampao dah tu..
ntah2..celcom nakpao duit bro ni..
ngarut betul..
sabo yer bro..jagan ngajuk2..
org tua tak elok majuk..kang makin tue..hikhikhik
peace bro..
apei said…
arabella - weekend ni mmg gua nak pi opis celcom kat jalan ampang tu. malam ni pun gua nak start asah parang.

aieda - mmg gua tak kan bayar. baik duit tu gua guna buat-buat belanja pi umrah boleh gak beli kurma 2-3 guni buat bagi orang kampung.

jarr - nak kata bertenet tu tak sangat arr.. kadang2 ada jugak lah.

ann - pakai meksis ok ke?

jarr - thanks for info nanti gua riki-riki dulu plan tu.

liliyuli - gua lagi musykil!

jaja - cilakak patut lah celcom punya tagline 'berbaloi-baloi' rupanya dia yang berbaloi. kita jahanam!

razor - cool kerana benar bro! esok gua nak pi celcom centre. Agak-agak kalau diorang tak leh solve esok malam gua masuk berita lah abis satu opis celcom gua parang-kan!

sharamli - gua dah tanya orked dah dia kata 'utan' (bukan).

si buta warna - so far gua pakai dah dekat 10 tahun ok ajer. lately ni ajer banyak problem.

cahaya - orang tua merajuk 'sweet' aper =)
Ahkak said…
Wei... ko pakai blackberry kan? Ko pie layan internet 3G selalu memang la BAPAK mahal. Nak jimat carik la wi-fi. Abg kena dulu lebih kurang gitu gak la. Tercirit bayor! huhuhu
J. Love said…
aku selalu dengar case macam ni kat pengguna celcom. member aku pun same kene macam ni. limit sikit je, tapi tetibe boleh plak de kate dah over limit, over nye terlebih-lebih plak tu.

hanjeng sungguh celcom ni

Popular Posts