Lates update - Orked (1)

Assalamualaikum wbt,

Orked cirit birit sejak hari Sabtu (April 10,10). Gua bawak ke klinik dan doktor bagi ubat demam, tahan muntah, cirit-birit dan air garam.

Semalam Ahad (April 11, 10), demam dah ok tapi cirit-birit makin teruk. Bontot dah merah. Nak basuh bontot pun menjerit macam orang kena dera.

Hari ni Isnin (April 12, 10), ketika ini (9.30am) Orked berada di klinik doctor Venon di Gleneagles, Ampang. Dia di temani Puan Marlina dan Datin Sri.

"Orked dah ok, pagi ni breakfast roti banyak" Puan Marlina call gua yang ketika ini di opis.

"Cirit mcm mana?" Gua tanya.

"Masih lagi.. pagi ni dah 2 kali. Nanti aper-aper I call you back lah. Ni doctor dah panggil"

"Ok.."

bersambung....

apei - budak kampung

p/s: Hari ni betul-betuk gua pi kerja rambut pacak pasal terlupa nak sikat pagi tadi...damn!

Comments

citahrudin said…
orked!!! CHAIYOK!!!
tOyO said…
moga cepat sembuh ehh orked..@@,
Jarr said…
This comment has been removed by the author.
Jarr said…
cepat baik ye menantu....
p i j a h said…
orked ! cepat sembuh!! ;)
emy said…
tu yg aku tak suka kalau kena cirit ni.. sakit montot bila basuh banyak2 kali..melecet.. tu pasal aku avoid slimming tea ni..sbb tu la.. eh. offtopic plak..
semoga orked dapat buang air besar dengan normal pasni..
suria jay said…
semoge apei cepat sembuh.
sian anak2 ni kalo die sakit, tak tau nak cakap, nanges jela :(
suria jay said…
haha, apei pulak nye, orked la :p
sharamli said…
tudia suria jay..

punya la minat kat ayah 0rked...
hohh!!

mmg kesian la klu montot anak melecet lecet camnih! Mak pak yg serba salah nak cuci...

harap2 orked dah baik skrg!
cahaya said…
um..
salah makan ke?
atau tak kene ngan susu?
apapun..moga cepat sembuh tao orked...
apei said…
citahrudin - tq sis

toyo - insyaAllah..amin..

jarr - anak lu dah sunat belum?

pijah - InsyaAllah..

emy - tulah montot orang tua yang kulit dah tebal pun sakit ni plak budak2 kulit nipis.

suria jay - tq. eh sekarang kat mlaysia ke?

sharamli - jeles arr tu..

jaja -alhamdulillah nampak semakin ok.

cahaya - tak tau lah nak kata salah makan tak mungkin la kot. doc kata jangkitan sejenis virus.
qishie said…
alhamdulillah..ingatkan orked lactose intolerance tadi.

Popular Posts