Thursday, May 20, 2010

Jumpa nenek.

Assalamualaikum wbt,

Minggu lepas gua balik kampung. Nenek alhamdulillah sihat, orang kampung pun sihat, Pak Ali pun sihat, Wan Sopak pun sihat, Puad pun sihat, pokok rambutan yang gua langgar 20 tahun lepas pun masih sihat walaupun nampak uzur sikit dan yang paling mustahak honda cup c70 arwah atok pun masih sihat.

"Macam mana kerje bank, seronok?" Nenek

"Boleh lah nek. Cukuplah makan nak sara anak bini" Gua

"Elok lah tu, biarlah cukup-cukup makan jangan terlebih makan nanti kau tak reti nak sebut Alhamdulillah..."

"Yerlah nek..." jawap gua sambil baring-baring kat sebelah nenek. Kepala gua melayang teringat pesan nenek sebelum gua mula kerja 6 tahun dulu..

apei - budak kampung

5 .:

Miss Izah Mohamed said...

salam..
lame xsinggah sini.. eheh

Ann said...

terselit mesej tsirat disitu....

Jarr said...

metaphor....kim slm nenek lu pei..
lu nak maki wa kat sms tak? wa nak message no wa ni..

afendi ariff said...

besh lu ade nenek lg bai...

qishie said...

wah~bagus pesanan nenek. nanti orked dah besar pesan kat orked k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...