Wednesday, May 19, 2010

mari bercakap dengan Orked - episod 1

Assalamualaikum wbt,


Gua: Orked, tolong papa amik remote tv atas meja tu.
Orked: nanak (tak nak)
Gua: Tolonglah pleaseeeeeee.. papa sakit perot.
Orked: lalash! (malas)

Ulasan: Ni saper ajar sebut perkataan malas ni gua pun tak tau.

**********

Sambil tengok tv cerita pasal pokok-pokok

Orked: Papa, tu totok.
Gua: Bukan totok, tu POKOK
Orked: Totok!
Gua: Pokok. ikut papa sebut PO...
Orked: PO...
Gua: KOK...
Orked: KOK..
Gua: POKOK!
Orked: TOTOK.
Gua: Pokok lah papa cakap, bukan Totok!

Orked terus lari pergi mengadu kepada Puan Marlina cakap gua marah.

Ulasan: Bukan senang nak ajar budak-budak sebut dengan betol dan gua bukan guru yang baik dan penyabar.

**********

Sebelum tidor..

Gua: Orked sebelum tidor kena buat aper?
Orked: Lalam (salam)
Gua: Ok, cepat salam papa.
Orked: Nanak! (tak nak)
Gua: Kenapa?
Orked: Eeee cuk! (eee busuk) sambil tangan kanan tutup hidung, tangan kiri tunjuk ketiak gua.
Gua: Papa dah mandi lah!

Ulasan: Kesabaran harus tinggi bila anak dah pandai kompelin.

apei - budak kampung

p/s: masa gua tengah tulis entri ni orked ada kat sebelah sambil cakap "papa aper tu?". Gua jawap "ni blog!" Orked jawap balik "eee...wek..wekk.." gua rasa Orked cuba bagi tau yang dia menyampah baca blog gua. Betul ke?

12 .:

Mohd Adziim said...

Haha~ x lama lgi orked ada blog sndiri la.

M. Faiz Syahmi said...

boleh lu ajar orked menaip pulak pasni.

Ries Lee said...

bestnyer ader anak..huhu

citahrudin said...

tok ketua...lu kan tau budak2 semacam orked akan bg respon yg jujur pd alam sekeliling..

Ann said...

hehe comelnyer....aku suka dgr dak kcik bckp pelat...comel jer...

Jarr said...

bab dia ckp papa busuk gua caya bhai..lu mmg malas mandi..

suria jay said...

hahah, comil la orked ni ;)

Liliyuli said...

kahkahkah..
ni sy nak bagitahu lu k..kalau pn marlina suh minta serai kat lu..nnt orked sebut cerai. "papa, mama minta cerai" jgn salah faham..orked cakap serai k..hahaha

afendi ariff said...

menyampah baca blog lu?
takdelah bai...
tp bab busuk tu wa pun caya...
heh!

apei said...

adziim - gua pun syak mcm tu gak.

faiz - orked yang ajar gua sekarang ni brader..

ries lee - lu bila lagi?

citahrudin - tu yang gua pantang tu!

ann - kalau anak orang pelat memang comel sis, tapi kalau anak sendiri pelat stress gak. hahaha

jarr - no talipon lu aper? email kat fb gua. gua nak maki lu pakai sms.

suria - hehehe.. dah balik malaysia ke?

liliyuli - serai bukan cerai. serai = selai. contoh ayat "Papa, mama mintak selai!".

afendi - anak gua pandai gurau. gua tak pikir dia cakap benda betul masa tu. hehehe..

Pelangi Colors said...

orked yg comel.hee

Anonymous said...

Hello! Thiѕ iѕ my 1st comment hеrе so I just wanted to give a quіck shout out and tell you
Ι genuinelу enjoy reading thгough your агtiсles.
Can you reсommеnd any othеr blοgs/wеbsites/forums that
go οver the same topics? Τhаnk you so much!


My blοg pоst ... garden centers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...