Monday, May 24, 2010

Mohd Fuad, Agent Insuran Anda! (MF-AIA)

Assalamualaikum wbt,

Semenjak-dua-menjak Mohd Fuad atau nama kampungnya Puad Lipan menjadi agent jual insuran, haram tak nak lepak kedai Mail Burger lagi. Katanya melepak dengan kutu-kutu macam Wan Sopak, Mail burger, Buyong dan gua adalah low-class. Sikap belagak Puad di katakan semakin menjadi-jadi sejak beliau berjaya membeli kereta kancil 850 sekenhend ber-tranmisi auto secara bayar bulan-bulan sebanyak RM320 sebulan.

Suatu petang nak dekat magrib kelihatan Puad baru balik dari berjumpa 'client' di pekan sambil memandu kancil 850 auto berwarna silver dan pasang lagu Dayang Nurfaizah dengan tingkap terbukak.

"Moh masjid dulu, dekat magrib ni" Tegur gua.

"Gua busy la brader. Nak mandi dulu. After magrib I want to meet client" Jawap Puad ada campur-campur cakap orang putih dan terus berlalu.

"Cilakak baru jual insuran kesihatan dah nak berlagak cakap orang putih" Kata Buyong nampak tak puas hati.

Begitulah sikap Puad sejak jual insuran. Kalau jumpa orang-orang tua kampung pun dah tak reti nak angkat tangan!

**********
Pagi-pagi buta hari ahad 16 May 2010, Puad talipon gua.

"Apei, lu free. Moh breakfast kedai Akam gua belanja" Manis bunyik suara Puad pagi tu. Tak sombong macam selalu. Lega hati gua, mungkin doa gua malam tadi supaya Puad kembali ke pangkal jalan telah dimakbulkan.

"Ok jugak, jumpa kedai akam kol 8" Gua jawap.

Rupanya perjumpaan gua dan Puad pada hari tersebut memang telah dirancang oleh Puad dari awal. Beliau ingin 'meracun' gua dengan product-product insuran nya.

"Apei, baik lu amik insurance kesihatan untuk si Orked tu. Nanti lu mati dia senang nak pi hospital" Kata Puad sambil menunjuk-nunjuk tulisan dalam fail insuran nya.

"Gua dah amik dah insuran anak gua tu. Insuran gua ngan bini gua pun dah ada"

"Amik insuran banyak bukan dosa apei. Lu ni tak support member langsung la. Dah la gua belanja lu breakfast ni" Puad dah start nak paksa-paksa gua.

"Bukan gua tak nak support, tapi gua tak minat. Nak buat macam mana. Gua ingat orang jual penapis air MLM ajer pandai paksa-paksa, lu jual insuran pun dah pandai paksa-paksa orang ke?"

"Insuran ni bagus apei, beli ajer lah ngan gua. Nah lu tengok gua punya sijil ni.. Gua agent terlatih, sedia untuk susah dan senang bersama-sama peserta. Kira kalau lu amik ngan gua ni aper-aper hal memang gua bagi keutamaan kat lu. Nah lu amik 'name card' gua ni, lu tengok betol-betol aper gua punya 'Tag line' Mohd Fuad, Agent Insuran Anda (MF-AIA). Gua akan jadi agent yang 'the best' untuk lu. Lagipun, nenek lu ngan nenek gua pun bukan orang lain, sepupukan?! so secara auto kita pun sebenarnya sedara. Takkan lu sama sedara-sedara pun nak berkira" Terang puad panjang lebar. Modus operandi sebijik style MLM.

"Oklah, lu bagi gua satu sebab yang paling best. Apersal manusia perlu ada insuran?" Tanya gua cuba menguji kepintaran Puad. Lama Puad termenung ke luar kedai. Dia lontarkan pandangan nya dalam-dalam tepat ke arah tayar kereta kancil 850 autonya. Mungkin kalau gua jadi amik insuran, Puad berhajat untuk menukar spotrim kancilnya dengan komisyen tu nanti.

"Dunia ni kejam pei, cukup kejam... pasal tu lah kita kena beli insuran!" Jawap Puad sambil buat muka serius.

Jawapan Puad sikit tak boleh masuk akal gua. Terus gua angkat kaki.

"Tak per Puad, breakfast hari ni gua bayar!"

apei - budak kampung

4 .:

citahrudin said...

cis..puad nih..

dah r bwk keta pasang lagu dayang sambil bukak tingkap ~ peseng tak phm bahasa pulak tu..aihhh

Ann said...

org jenis paksa2 mcm ni lah, lagi aku xmo beli...

CHEDEM said...

Gua dah biasa dah kena approach camni.Termasuklah dimomok-momokan dengan kematian.

Jarr said...

kalau dia ckp jual insurans or takaful dah jatuh haram dah Pei..kerna insurance/takaful itu adalh perjanjian, transaction dengan persetujuan kedua belah pihak...lu sebagai org central bank, boleh charge misconduct nehh..wahahahahahah.Sukuk 1Malaysia nak abis dah ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...