Terima kasih Datin Sri.

Assalamualaikum wbt,

Suatu petang 1990,

"Apei, dah pukul berapa ni tak siap lagi ke nak pi mengaji" Laung Datin Sri dari dapur.

"Hari ni Nenek Bibah tak ajar orang mengaji. Dia kata dia nak pi pasar malam" Kata gua cuba menipu mak sendiri.

"Jangan nak menipu tak elok, mak baru jumpa dia kat kedai Chu Man tadi. Katanya malam ni mengaji macam biasa"

"Malas la mak nak mengaji, Apei dah janji sama Imran gemok dengan Puad nak pi silat"

"Tak habis-habis dengan silat kamu. Esok dalam kubur silat kamu tu boleh tolong kamu ke? Pergi mengaji dulu lepas tu kamu nak pergi silat pun tak apa" Datin Sri sudah meninggikan sedikut suara.

Gua akur, amik tuala belang-belang terus masuk bilik air dan mandi. Lepas mandi gua bersiap pakai seluar silat dengan baju t-shirt gambar Mario & Luigie.

"Mak, apei pi ngaji lepas tu terus pi silat tau. Nak salam..."

"Ingat, pi mengaji dulu. Jangan tipu mak. Tuhan nampak"

Dalam perjalanan ke rumah Nenek Bibah, gua, Imran gemok dan Puad menukar rancangan.

"Kita pekena semayang magrib kat surau lepas tu terus pi silat weh. Aper kelas pi mengaji malam-malam jumaat macam ni" Imran gemok cuba menabur racun dalam pemikiran gua dan Puad.

"Betol jugak cakap kau Imran, hati aku pun tak sedap lah nak mengaji. Duit mengaji yang mak aku bagi suruh bagi Nek Bibah tu aku dah pakai buat beli tikam" Puad pulak menyokong Imran.

"Jom la pi surau dulu..." Gua memberi 'green lite' tanda setuju. Maka malam tu gua, Imran gemok dan Puad tak sampai ke rumah Nek Bibah tapi terus pergi main silat.

***********

7.40 malam, Gelanggan silat Cikgu Halim.

Gelanggang silat kampung berkeluasan sederhana berlantaikan pasir berbatu dan diterangi 2-3 batang lampu kalimantang. 4 penjuru gelanggang di hidupkan unggun sabut untuk halau nyamok.

Gua, Imran dan Puad tengah rancak berlatih 1-2 'buah' baru hadiah dari Cikgu Halim sempena kehadiran kami malam itu. Seronok sungguh gua malam tu, sikit tak ingat pesan mak.

9.30 malam, tak perasan masa berlalu pantas. Kami bertiga berlari balik ke rumah masing-masing. Dalam perjalanan yang sama, kami akan tiba di rumah Puad dahulu, kemudian rumah gua dan akhir sekali rumah Imran yang selang beberapa rumah ajer dari rumah gua.

Tiba di rumah Puad, "Ok geng, aku masuk dulu!" Puad berhenti berlari dan masuk ke rumah. Gua dan Imran terus berlari sambil menjinjit Quran yang langsung tak dibukak pun sejak dari keluar rumah tadi. Sambil berlari gua menoleh ke arah rumah Puad di belakang tanpa sedar ada dahan pokok rambutan rendang menanti gua di depan.

Elok gua menoleh ke depan.."panggggggg....." Melambung gua eksiden sama dahan pokok rambutan. Dan black-out (tak sedar) kat situ jugak.

Bila sedar, gua dah kat rumah, Datin Sri sibuk lap kepala gua. Dengan mata kabur-kabur gua tengok baju t-shirt Mario & Luigie kesayangan gua penuh dengan darah. Pedih kepala gua tak payah cakap laa...

Air mata Datin Sri terus meleleh sambil lap-lap dahi gua yang koyak.

"Kenapa apei tipu mak, kenapa apei tak pergi mengaji?"

"Apei mintak maaf mak, apei tak buat lagi. Ampun mak..." Gua pun hiba satu macam.

"Mak dah kata jangan tipu mak, tuhan tu nampak"

"Ampun mak, apei janji tak tipu lagi. Ampun mak..." Pedih hati gua sebab menyesal tipu mak gua lebih lagi dari pedih yang gua rasa koyak di dahi gua akibat eksiden langgar dahan pokok rambutan.

"Jangan tipu mak lagi sampai kamu mati" Datin Sri peluk gua kuat-kuat. Darah di dahi masih meleleh jatuh ke bahu Datin Sri.

"Apei janji mak.."

*********

"Mak, dah 20 tahun kejadian tu, sampai hari ni apei tak pernah tipu mak lagi. Terima kasih atas pengajaran tu. Terima kasih untuk pelukan tu. Apei mintak maaf sebab dah kotorkan baju mak dengan darah budak nakal ni. Selamat Hari Ibu untuk mak. Hanya satu.. mak yang apei sayang..."

apei - budak kampung.

p/s: Pagi tadi gua mintak izin Datin Sri nak tepek gambar beliau kat blog gua. Tapi katanya "tak payah ler..."

Comments

n a d e a said…
walaweh..
nakal btol hang ni eh..
nasib baik xsmpai ke tua nakalnye..
harap2 orked xikot perangai ko nih.
heee

kim salam kt datin seri ye
Ann said…
nakal jugak ko ni....
nsb lah datin sri x piat2 ko...mlh2 dipeluk2nya lg...
Ries Lee said…
tu la..
melencong lagi..
kan dah kena..
huhuhu...

- selamat hari ibu
Jarr said…
Selamat Hari Ibu utk Datin Sri Ibu.Lu terjal mcm gua gak kecik kecik..apa pun Mak terbaik.
Queen said…
dulu tak berani kuar memalam....sebab dk kat tgh estet getah...so takde kejaidan seperti yang disebutkan..
afendi ariff said…
lekat parut ke kat dahi lu?
wa kim salam sama datin sri....
Naseb baik Lu tak tepek gambar Datin Sri tu bro...

klu tidak, harus lu buat perangai 'tipu' kat datin sri lagi sekali...

huhuhu....

Slmt hari ibu juga utk saya...heheh!
citahrudin said…
weh...kirim salam kat datin sri yg olwes berseri-seri tu...

slmt hr ibu utk datin sri..

p/s - ko bodek2 lh lg datin sri tu..tingin tgk muka datin sri
baru nak excited dapat tengok muka datin sri, sekali takde daa
cahaya said…
hiks..
betullah bro...
takbleh tipu mak..tuhan nampak..
cahaya pun penah kene cam bro gak lu kekecik...
sampai sudah tak berani tipu mak lagi..
n sampai sudah tak pandai menipu..
hahahahahaha(^^p)
aieda said…
dulu aku pun penah tipu jgk, last2 tersungkur dlm longkang pecah bibir.. elok pulak bibir pecah sbb mulut ckp bohong...

neway smoga ko jd anak yg soleh! amin...
suria jay said…
mulot mak memang masen.
kate2 mak seme doa.
ape pun, selamat ari ibu utk seme ibu di dunie. tanpe mereke sapela kite.
Anonymous said…
pergh!

a.k.a
mardihah adam.
malas nak log in. he he
anntaj said…
sekarang apei masih nakal ker????
heheheii...
anntaj said…
hihihieee nakal...
Nur Islam said…
sedih yer apei.. uwaaaaaaaa... apei do u remember me

Popular Posts