Tuesday, June 29, 2010

Nak diet?

Assalamualaikum wbt,

Gua dengar citer sekarang ni musim orang pompuan suka diet. Time ni lah alasan nak puasa Isnin - Khamis, puasa Rejab, puasa ganti dan macam-macam. Padahal nak kurus pasal raya nak dekat. Tapi ramai orang salah faham pasal diet. Asalkan diet maksudnyer tak makan. Betol ke cara diet macam tu? Mungkin berkesan tapi merasa sedikit suffer lah kot.

Pastu ada jugak orang nak kurus, p gym lari laju-laju sampai krem kaki tapi tak kurus-kurus jugak. Sepanjang gua melepek kat wad minggu lepas, gua ada gak discuss ngan pakar nutrition dari gleneagles ampang. Sajer lah lepak-lepak sambil pekena pengat pisang petang-petang tu gua bertanyakan lah beberapa soalan pasal diet dan nutrition ni.

Pung-pang-pung-pang sembang last-last doctor tu cakap kat gua.. 'I rekemen you surf cekodok.com lah.. ada banyak info kat sana'

So saper nak tau apa kandungan pemakanan lu orang, berapa banyak kalori yang lu orang amik setiap hari, apa cara senaman ter-best untuk bakar lemak boleh lah surf http://www.cekodok.com/

Sekian..untuk makluman sahaja.

apei - budak kampung

Saturday, June 26, 2010

Tips utk budak-budak yang nakal.

Assalamualaikum wbt,

Gua masuk hospital Gleneagles Ampang pasal jatuh main futsal. Boring punya pasal dok wad gua suft internet dan terjumpa tips yang berguna jugak lah. Sesuai untuk bacaan bapak dan mak. Kepada bakal bapak dan bakal mak pun boleh jugak lah baca..

Nah..

http://parentingpotentials.com/cb/child-brain-health/103/

ok gua nak makan ubat pastu tidor.

apei - budak kampung

Monday, June 21, 2010

Assalamualaikum wbt,

Semenjak mendapat kursus pemakanan yang bertajuk "Anak sihat, Malaysia Cemerlang" anjuran persatuan puspanita opis beliau, secara auto kebelakangan ni dalam list pemakanan gua dan Orked jangan harap nak jumpa mee segera jenama meggi, jajan jenama twistis, asam-asam jeruk dari Penang, dan coklat coki-coki. Semua dah selamat masuk tong sampah!

Sekarang pemakanan gua dikawal ketat oleh Pn Marlina..

Sarapan pagi, mesti makan buah, air soya atau milo, dan nasik lemak. Tengahari, mesti makan buah, nasik, ayam, ikan atau daging dan sayur mesti extra. Malam pulak, buah dan salad sahaja.

Amacam sihat tak jadual pemakanan gua sekarang?

apei - budak kampung

p/s: kadang-kadang terlepas gak sebatang dua rokok masuk dalam tekak gua ni! hahaha..

aperhal?

Assalamualaikum wbt,

Baru 3 kali semayang jumaat gua tak update blog dah ada 2-3 kutu fitnah gua macam-macam.

"Blog apei budak kampung tu dah kena siasat ngan SPRM pasal banyak mencarut dalam blog tu"

"Weh betol ke blogger apei tu dah bersara dari tulis blog?"

"Gua dengar tak ada orang nak click nuffnang dia pasal tu dia tak mampu bayar duit internet. Sampai kena potong internet rumah dia weh"

Italic
"Apei tak ada masa nak tulis blog lagi pasa dia sibuk masuk pertandingan Imam Muda kat Astro tu!"

Dan macam-macam lagi lah gua dengar... bukan main sedap nafsu mulut lu orang yer. Tapi gua cool.tetap cool mcm selalu. Sikit gua tak goyang. Suka gua lah nak update ke tak!

Tapi hari ni lepas balik semayang magrib gua memang dah tak boleh sabar. Cool yang gua pertahankan selama ni pun tak tau hilang mana.

Dah lama sangat gua tak pekena semayang magrib kat surau al-shakirin seksyen 1. Orang dah start semayang gua baru terkial-kial nak carik kolah amik wudhuk. Nasib baik ingat lagi kat mana. Gua dapat saf belakang-belakang.

Lepas solat...

"Apei.. rindu aku kat hang.. mana hang pi? await lama tak tulih blog? budak-budak ni dah heboh dok cakap hang lari kena kejaq ahlong betoi ka? Bola hang tak turun, ABC maidin hang dah tak lepaq, surau lagi laa.. macam mana masalah hang dah settle ka? hang dah pi AKPK ka? tu lah aku dah habaq hang tu degil.. bla..bla..bla.. pot..pet.. ni si black habaq hari tu hang nyaris nak kena bunuh..kung-kang-kung-kang, ingat sikit anak bini hang, ajed pun habaq hang ni kitorang anggap dah mati dah..." - Abg Loan.

Fitnah pesen cakap gua dah mati ni memang baran gua menaik satu macam. Tak pasal-pasal bengkok pagar rumah black kena terajang lepas magrib tadi.

apei - budak kampung

Thursday, June 3, 2010

Injection H1N1

Assalamualaikum wbt,


Demi menyahut cabaran Puan Marlina, malam ni gua akan mendapatkan cucukan pencegah H1N1. Kali terakhir gua terlibat dengan scene-scene cucuk-mencucuk ni masa tingkatan 3 dulu. Aper nama entah enjet BCG tak silap gua.

Wish me luck bebeh!

Damn!

apei - budak kampung
p/s: rasa berdebar macam nak mengadap ustazah ngaji gua dulu weh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...