aperhal?

Assalamualaikum wbt,

Baru 3 kali semayang jumaat gua tak update blog dah ada 2-3 kutu fitnah gua macam-macam.

"Blog apei budak kampung tu dah kena siasat ngan SPRM pasal banyak mencarut dalam blog tu"

"Weh betol ke blogger apei tu dah bersara dari tulis blog?"

"Gua dengar tak ada orang nak click nuffnang dia pasal tu dia tak mampu bayar duit internet. Sampai kena potong internet rumah dia weh"

Italic
"Apei tak ada masa nak tulis blog lagi pasa dia sibuk masuk pertandingan Imam Muda kat Astro tu!"

Dan macam-macam lagi lah gua dengar... bukan main sedap nafsu mulut lu orang yer. Tapi gua cool.tetap cool mcm selalu. Sikit gua tak goyang. Suka gua lah nak update ke tak!

Tapi hari ni lepas balik semayang magrib gua memang dah tak boleh sabar. Cool yang gua pertahankan selama ni pun tak tau hilang mana.

Dah lama sangat gua tak pekena semayang magrib kat surau al-shakirin seksyen 1. Orang dah start semayang gua baru terkial-kial nak carik kolah amik wudhuk. Nasib baik ingat lagi kat mana. Gua dapat saf belakang-belakang.

Lepas solat...

"Apei.. rindu aku kat hang.. mana hang pi? await lama tak tulih blog? budak-budak ni dah heboh dok cakap hang lari kena kejaq ahlong betoi ka? Bola hang tak turun, ABC maidin hang dah tak lepaq, surau lagi laa.. macam mana masalah hang dah settle ka? hang dah pi AKPK ka? tu lah aku dah habaq hang tu degil.. bla..bla..bla.. pot..pet.. ni si black habaq hari tu hang nyaris nak kena bunuh..kung-kang-kung-kang, ingat sikit anak bini hang, ajed pun habaq hang ni kitorang anggap dah mati dah..." - Abg Loan.

Fitnah pesen cakap gua dah mati ni memang baran gua menaik satu macam. Tak pasal-pasal bengkok pagar rumah black kena terajang lepas magrib tadi.

apei - budak kampung

Comments

apei said…
naddy - ni lu tak nampak kaki gua bengkak ni..ngah tuam letak ais!
kaki tak cukup power ar tu.baru besi pagar, dah nak tuam2 ais.

Popular Posts