Monday, July 12, 2010

Rendang dan Final WorldCup 2010

Assalamualaikum wbt,

"Sedap tak rendang abg masak ni?" tanya gua masa makan tengahari semalam

"Boleh tahan laa tapi banyak lagi kena improve.. ni rendang ayam kampung yer?" tanya Pn Marlina

"Ha'a ayam kampung. Beli kat pasar Bt 14 Ulu Langat tadi"

Pn Marlina sibuk bawak orked pi apoiment doktor, jadi gua mengambil alih tugas-tugas chef semalam.

**********

Makan sesi malam,

Gua tengok bukan main lagi Pn Marlina makan rendang yang gua masak tu. Sedap agaknya.

Lepas makan "Abg, tengahari tadi tak la sedap sgt, lepas dah panaskan makin sedap plak rendang ni. Daging nyer pun lain skit tak macam ayam kampung biasa"

Gua senyum ajer..

"Hehehe sorrylah tu bukan ayam kampung, tu Arnab abg pi sembelih kat kebun ayah pagi tadi"

Gua tengok muka Pn Marlina dah naik biru satu macam. Terus berlari pergi toilet dan berusaha nak muntah tapi tak boleh.

"Amacam sedap tak arnab masak rendang? Mula abg plan nak masak kicap ajer..hehehe" Tanya gua.

Pn Marlina senyap ajer. Mungkin redha dengan takdir lunch dan dinner rendang arnab.

**********
10.00 pm. Gua dah siap-siap set alarm pukul 3 nak tengok Final WC. Ekon gua set kasi sedap-sedap tarik selimut dan tidor.

"Abg bangun... dah pukul 6.30 ni bangun semayang..."

"Laa apersal pukul 6.30? abg set alarm kol 3 nak tengok bola" Pagi-pagi gua dah rasa nak mengamok.

"Tu balasan orang yang membohong dalam masakan! ayam kampung konon.. Satu malam tak boleh tidor tau terbayang-bayang muka arnab. Padan muka tak leh tengok bola!hahaha..." gelak besar Pn Marlina sambil capai tuala masuk bilik air.

apei - budak kampung

p/s: saper menang WorldCup?

Tuesday, July 6, 2010

salah tulis

Gua tak ada time nak kompelin pasal gambar ni. Lu orang kompelin lah sendiri.
apei - budak kampung

Monday, July 5, 2010

Suapi dan facebook.

Assalamualaikum wbt,

Balik kampung minggu lepas gua sempat melepak ngan Suapi sambil tengok Argentina kalah. Perbualan gua ngan Suapi lebih berkisar tentang facebook. Suapi seorang pengait buah kelapa sawit yang kini sedang berjinak-jinak dalam bidang facebook. Katanya senang nak carik kontek. Kontek untuk aper gua pun tak tau.

"Apei, kat facebook tu kita boleh tak letak kita kerja aper?" tanya Suapi sambil hirup teh 'o' panas air tangan mail burger.

"Boleh, nak letak lu sekolah kat mana pun boleh" jawap gua sambil mata tengok ulangan gol ke-3 german sambil cameraman fokus muka Messi yang macam celaka punya frust.

"Nak tulis nama anak-anak aku boleh tak kat situ?" tanya Suapi lagi.

"Boleh... nak tulis nama bini lu pun boleh" Gua dah start fed-up melayan soklan pasal facebook Suapi. Tu soklan yang keberapa gua jawap pun tak tau. Rasa mcm dah banyak soklan gua jawap.

"Berapa ruangan nama untuk bini yang facebook bagi kita tulis?" Soklan last dari Suapi yang gua memang tak leh nak jawap.

Gua lupa Suapi ada bini 2.

apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...