Rendang dan Final WorldCup 2010

Assalamualaikum wbt,

"Sedap tak rendang abg masak ni?" tanya gua masa makan tengahari semalam

"Boleh tahan laa tapi banyak lagi kena improve.. ni rendang ayam kampung yer?" tanya Pn Marlina

"Ha'a ayam kampung. Beli kat pasar Bt 14 Ulu Langat tadi"

Pn Marlina sibuk bawak orked pi apoiment doktor, jadi gua mengambil alih tugas-tugas chef semalam.

**********

Makan sesi malam,

Gua tengok bukan main lagi Pn Marlina makan rendang yang gua masak tu. Sedap agaknya.

Lepas makan "Abg, tengahari tadi tak la sedap sgt, lepas dah panaskan makin sedap plak rendang ni. Daging nyer pun lain skit tak macam ayam kampung biasa"

Gua senyum ajer..

"Hehehe sorrylah tu bukan ayam kampung, tu Arnab abg pi sembelih kat kebun ayah pagi tadi"

Gua tengok muka Pn Marlina dah naik biru satu macam. Terus berlari pergi toilet dan berusaha nak muntah tapi tak boleh.

"Amacam sedap tak arnab masak rendang? Mula abg plan nak masak kicap ajer..hehehe" Tanya gua.

Pn Marlina senyap ajer. Mungkin redha dengan takdir lunch dan dinner rendang arnab.

**********
10.00 pm. Gua dah siap-siap set alarm pukul 3 nak tengok Final WC. Ekon gua set kasi sedap-sedap tarik selimut dan tidor.

"Abg bangun... dah pukul 6.30 ni bangun semayang..."

"Laa apersal pukul 6.30? abg set alarm kol 3 nak tengok bola" Pagi-pagi gua dah rasa nak mengamok.

"Tu balasan orang yang membohong dalam masakan! ayam kampung konon.. Satu malam tak boleh tidor tau terbayang-bayang muka arnab. Padan muka tak leh tengok bola!hahaha..." gelak besar Pn Marlina sambil capai tuala masuk bilik air.

apei - budak kampung

p/s: saper menang WorldCup?

Comments

hahaa.. klaka..

spain menang 1-0... tu pon masa tambahan. hoohoh

p/s: xtgk gk tp tnye my dad pg td.. ahahaa
Ann said…
haha keciann......aku siap2 tido siang..mlm bjaga..
terbangun pukol 2.30..dah sdg elok la kan nak tgk! tp time tu hujan mencurah2 le pulok!

ahhh..tarik selimut, tepuk2 bantal...
ZZZZzzzzzzzzzzz
Ries Lee said…
arnab sedap weyh..
afendi ariff said…
lu zalim pei...
heh!
mEiZ SHA said…
wwaakkakakaka
gelok goleng2 ninie
thumbs up laaa pn.marlina...

hahahaha
PADAN MUKE!!
:)
Anonymous said…
akan ku ingat sampai bile-bilerr..
Anonymous said…
Thanks foг finally talκing about
> "Rendang dan Final WorldCup 2010" < Loved it!

Also visit my page :: garden center
cοupons

Popular Posts