Tuesday, August 31, 2010

Pengalaman Mohd Ridzuan Sufar bertemu Lailatulqadar.

Assalamaulaikum wbt,

Mohd Ridzuan Sufar atau Wan Sopak merupakan rakan sekampung gua. Wan Sopak pernah bertemu malam Lailatulqadar. Balik kampung baru-baru ni gua ada mintak izin beliau untuk menceritakan pengalaman beliau bertemu malam 'ajaib' tersebut.

"Wan, ana nak mintak izin nak tulis pengalaman anta bertemu Lailatulqadar.. boleh ke? Ana tulis dalam blog biar kutu-kutu yang baca blog ana tu insaf sikit"

"Tak ada halangan pada ana, asalkan memberi kebaikan bersama kita" Jawap Wan Sopak.

Gua jugak adjust nak publish gambar Wan Sopak dalam blog gua. Tapi katanya;
"Biarlah identiti ana menjadi rahsia, anta tulis sahajalah cerita pengalaman ana ini".

Dan Gua menghormati pendirian Wan Sopak.

-------------------------------------------------------------------------------------------
27 Ramadhan, tahun lepas SPM.

Malam tu, gua, wan sopak dan beberapa kutu lain telah menerima tazkirah ramadhan secara percuma oleh Hj Sheikh. Ceramah pasal malam Lailatulqadar.. Ceramah yang berlangsung di kedai Mail amat menginsafkan terutama kepada Wan Sopak yang tak puasa siang tadi. Lain betol muka Wan Sopak bila mendengar nasihat dari Hj Sheikh. Sayu ajer gua tengok muka Wan Sopak. Elok la jugak, anak derhaka macam Wan Sopak memang patut kena ceramah macam tu. Dah besar panjang puasa pun tak penuh.

"Antara tanda-tanda malam Lailatulqadar itu adalah pohon-pohon akan sujud sebagai tanda kebasaran Allah swt.. Malam menjadi dingin dan air pun sejuk. Sampai nak amik wudhuk pun ketor sejuk.. Dan ingatlah wahai kamu semua, malam itu terdapat di dalam 10 malam terakhir ramadhan" Terang Haji Sheikh. Wan Sopak merenung tepat ke dalam mata Haji Sheikh sebagai tanda terpegun..

Pung-pang-pung-pang.. dekat pukul 12.30 malam ceramah berakhir sebab Mail nak tutup kedai.

----------------------------------------------------------------------------------------------
28 Ramadhan, pukul 9.30 pagi.

"Assalamualaikummm.. apei.. oh pei.."

"Waalaikumsalam..." Jawap gua dari dalam rumah. Kelihatan di depan pintu usang rumah nenek satu lembaga bernama Mohd Ridzuan Sufar sedang berdiri tegak memakai kopiah putih, baju pagoda ada poket kat dada, kain pelikat kaler biru laut dan tasbih di tangan. Lain sangat gua tengok Wan Sopak time tu. Tak ada rupa dressing rock langsung.

"Pei, jom sembang kat pangkin" Bersih sungguh wajah Wan Sopak. Tak karat macam selalu.

"Aper citer Wan, lu nak ajak gua pi tarawih ke? awal lagi?" tanya gua..

"Ana dah jumpa malam Lailatulqadar" jawap Wan Sopak sambil cakap ana-anta mcm orang baru balik belajar kat Mesir. Tak tau pulak gua kalau orang jumpa malam Lailatulqadar, lidah auto tune jadi bunyik-bunyik mesir.

"Lu biar betol? Puasa pun kadang-kadang macam mana lu boleh dapat Lailatulqadar?" Gua memang tak puas hati. Pesen perangai nak menipu tak abis-abis..

"Memang ana telah berjumpa Lailatulqadar, anta tak percaya?"

"Lu sembang sikit.. pengalaman lu tu...."

Sambil tasbih terus menari di jari-jemari beliau, Wan Sopak menarik nafas panjang dan bersedia untuk menceritakan pengalaman beliau bertemu Lailatulqadar..

to be kontiniu..

apei - budak kampung

Friday, August 27, 2010

Hai bila lagi?

Assalamualaikum wbt,

Gua: Orked buat aper ni?

Orked: Ocit yak..


Lepas 'Yak' Cik Orked sambung jalan sambil tangan masuk dalam poket (tiru style gua). Jaga budak kecik bukan benda boleh main runcit-runcit. Kesabaran mesti tinggi, setakat perkara tengok budak berak depan kedai dah jadi benda biasa-biasa ajer. Tu belum gua sembang perkara-perkara baring sambil guling depan kedai mainan pesen pakai token tu. Hanya ilmu yang penuh di dada mampu meng-hendle benda mcm ni.


Bulan depan Cik Orked genap 2 tahun, yang menjadi masalahnyer sekarang aper pasal mana-mana gua pergi mesti makcik-makcik, pakcik-pakcik, budak-budak opis suka tanya;

"Haiiii bila nak tambah baby lagi?"

Aper skema jawapan yang paling tepat untuk gua bagi? Rimas plak gua kadang-kadang. Buat anak bukan macam beli kuih lompat tikam kat pasar ramadhan brader... ianya harus diiringi doa dan usaha yang tekun baru hasilnya sempurna.

apei - budak kampung

p/s: Budak bola pun dah pandai tanya soklan pesen macam tu. Bila pulak diorang amik tau soal-soal kekeluargaan ni?

Thursday, August 26, 2010

Puad.

Assalamualaikum,

Malam tadi gua sembang-sembang ngan Puad, member kampung gua dari tadika kemas sampai darjah 3. Puad masih di kampung, bekerja sebagai pemain dam aji professional di gerai mail berger. Kadang-kadang buat part time repair jala koyak. Gua suruh dia datang Kl keje KFC lagi bagus dari duduk main dam aji.

"Gua bukan tak nak keje kl pei, Jalan dah lah jem, nak naik lrt mahal pulak, pastu sewa bilik kecik macam store pun dah harga macam sewa banglo kat Bagan Dato ni.. tu yang gua malas tu. Lu pikir lah skit"

"Oklah tak pun lu keje pejabat. Ada ekon, duduk ajer tengok kompiter. Boring-boring boleh main facebook" Gua masih try pujuk.

Puad bukan budak bengap, belajar Universiti sampai diploma. Amik bidang business, tapi abis belajar balik kampung keje main dam aji. Aper citer? Umur dah sama macam gua, tapi makan nasik lemak pagi-pagi pun mak belikan lagi.

"Aper yang sedap benor keje opis ni pei? memanglah duduk ajer tapi kepala serabut pei. Tapi gua teringin jugak nak tengok macam mana rupa meja keje lu kat opis tu. Nanti lu up dalam blog pastu tepon gua. Nanti gua pi tengok kat kedai internet"

"Meja gua serabut!"

"Kan gua dah cakap, keje kl ni memang serabut. Meja tu pun dah mencerminkan kepala otak lu. Baik lu lepak kampung ngan gua lah. Tolong orang kait kelapa ke, jahit jala ke, boring-boring kita lepak mancing kat jeti. Aper benda main facebook dah macam budak tingkatan 2 ajer perangai"

"Oklah suka lu lah. Nanti gua dah up gambar meja opis, gua tepon lu. Duduk Kl la keje sini banyak. Kirim salam mak lu. Mak lu ada buat sambal kacang lagi tak? gua nak order."

"Kuah kacang ada, nanti gua kabo kat mak gua. Ok pei, lu pikir-pikir lah offer gua tadi tu. Duduk kampung lagi sedap. Kalau lu tak ada kemahiran jahit jala gua boleh ajar. Free ajer"

"Patut lu yang pikir offer gua suruh lu duduk kl..."

thuutttt... Puad terus letak talipon.

ni meja opis gua.

Keterangan gambar:

kiri; kelender kuda, talipon untuk maki orang/kena maki dengan orang, buku untuk tulis-tulis masa meeting, atas buku ada PSP buat dengar lagu/main game time stress.

tengah-tengah; monitor pc (ada gambar dato sri sama datin sri kat bawah kiri), pastu keyboard sama mouse. Belakang monitor ada cawan letak pensel sama pen, pastu ada pokok separuh mati, depan cawan letak pensel tu ada buah pokok oak gua kutip masa jalan-jalan kat negeri orang putih dulu.

kanan; gambar kawin (bini gua suruh letak), pastu kat dinding tu gambar2 family gua, paling kanan tu barang paling rare.. tu serban arwah atok gua, dia beli masa pi haji. Dah jadi teman gua sejak atok gua meninggal. Serban yang sgt memahami perasaan gua. Ubat paling mujarab bila gua sakit.

apei - budak kampung

Wednesday, August 25, 2010

bulan ramadhan yang mendidik jiwa

Assalamualaikum wbt,


Semenjak bulan puasa ni, gua rasa jiwa gua agak sensitip dari bulan-bulan lain seperti bulan januari hingga july. Mungkin terdidik dengan aktiviti berpuasa di siang hari dan baca quran di malam hari. Semangat membunuh gua pun menurut sejak-sejak ramadhan ni. Biasa-biasa kalau magrib gua on the way jalan kaki nak pi masjid mana berani nyamok nak hinggap isap darah gua. Sah-sah maut yang menanti. Tapi sekarang nyamok isap darah pun gua tak kisah "Tak perlah gua sedekah.. lu pun nak hidup"..

Setelah gua pikir-pikir, gua ingat nak tukar blog ni jadi blog berunsur agama-agama. Gua nak sembang hadis ajer. Amacam?

apei - budak kampung

p/s: gambar gua jumpa dalam internet.

Saturday, August 21, 2010

angkat..

Assalamualaikum wbt,


Kepada yang telah menghantar tender, proposal, resume dan memo kepada gua tak kiralah melalui email, pos laju atau mat depatch.

Di sini gua ingin memaklumkan bahawa gua tidak pernah menawarkan sebarang jawatan adik angkat, kawan baik angkat, makwe angkat, teman tapi mesra angkat dan scandal angkat. Lu kalau nak kawan, kawan ajer. Add ajer gua kat FB.. tak payah nak ajak gua main angkat-angkat. Dah macam budak sekolah asrama pulak gua rasa.

Sebarang surat menyurat atau sebarang bentuk rayuan tidak kiralah melalui kad ucapan, hadiah seperti hamper atau vaucher tidak akan di layan.

Harap maklomat.

Terima kasih

apei - budak kampung

Friday, August 20, 2010

kepada mereka dan mereka-meraka...

Assalamualaikum wbt,

Kepada yang telah meng-wish selamat hari jadi kepada gua tak kira lah melalui facebook, sms, mms, email, surat layang dan cakap-cakap mulut, gua ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Kepada yang masih belum meng-wish selamat hari jadi kepada gua, anda semua masih boleh berbuat demikian sebelum raya tahun ni. Lepas raya sebarang ucapan selamat hari jadi tidak akan dilayan!

Kepada Pn Marlina dan Cik Orked, lu orang punya suprise memang boleh buat gua jadi sakit dada. Apa pun terima kasih banyak. Ingat Puan Marlina, hari jadi awak tak lama lagi. Hehehe.. tungguuuu...

Kepada pembaca blog apei budak kampung, gua mintak maaf banyak2 pasal dah lama giler tak update. Gua baru bertukar portfolio kerja yang menyebabkan gua terpaksa bagi perhatian penuh pada kerja. Makna nyer, isnin sampai jumaat gua bz keje. Sabtu sama ahad gua bz membuta. Nasib baik hari jadi gua hari ni boss gua memperkenankan permohonan cuti gua dan boleh la gua tulis blog ni. Kalau tak ada problem, lepas raya gua sambung merapu balik.

Kepada pihak iklan nuffnang, terima kasih kerana masih sudi hantar cek kat rumah gua. tadi pun gua ada dapat satu lagi. Dapat gak gua buat-buat beli kuih raya. Ok..ok.. gua tau reader blog gua tak ramai sekarang pasal gua malas nak update. Abis lu nak potong gua punya KPI? macam ni lah, kalau lu boleh offer gua double dari gaji gua sekarang, gua tulis blog full time. amacam?

Kepada pari-pari syorga, tahniah atas kelahiran baby baru. Sorry gua tak leh reply sms lu yang tulis lu dah kenyang makan tengahari di bulan puasa. Di khuatiri kalau gua reply sms tu nanti boleh mendatang kan kurang pahala puasa gua sebab ada kemungkinan sms gua akan berbunyik maki hamun. hehehehe..

Kepada budak-budak blog, member2 FB, budak surau as-syakirin yang ada ajak gua berbuka sekali tu, sila kompom kan tarikh betol2 weh... lu orang bikin panas betol lah. kalau jadi katakan jadi tidak hamba ternanti-nanti. Nanti kalau gua buat undang-undang suruh confirm 3 hari sebelum tarikh berbuka lu orang cakap gua poyo macam artis. tapi kesian lah kat gua, gua pun nak susun jadual waktu gua jugak. Anak bini gua pun nak bebuka sama gua jugak. Tak ada disiplin betol lah.. aper-aperhal roger pakai handpon.

Akhir sekali kepada pihak Astro, lain kali jgn potong astro rumah gua ikot seronok lu orang ajer. Gua tak leh terima bila gua talipon lu bagi alasan "Sorry encik, kami terpotong salah akaun lah" Nasib baik masa lu orang potong tu gua tengah tengok bola, kalau lah lu potong time
bini gua tengah tengok drama... bukan takat pihak astro ajer kena sound, ada kemungkinan dengan gua sekali pun kena. So sila berhati-hati di masa akan datang.

Selamat berpuasa, selamat hari raya dan selamat mendapat saman ekor dalam pejalanan anda ke kampung.

apei - budak kampung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...