Wednesday, September 8, 2010

Selamat..

Assalamualaikum wbt,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca apei-kampungboy. Ikhlas dari Apei sekeluarga.
apei - budak kampung

p/s: ni ucapan selamat hari raya yang paling pendek dalam sejarah gua main blog. Kalau ada yang tak puas hati boleh kompelin. Kalau puas hati tak payah kompelin. Ok blog cuti 2 minggu dari hari ni. Sekian. (Gua baru perasan nota kaki gua lagi panjang dari ucapan selamat hari raya. aperhal??)

Saturday, September 4, 2010

Syampoo baru.

Assalamualaikum wbt,

Jumaat, 3 Sept 2010 (Lagi 7 hari nak raya).

Gua masuk kerja lambat semalam. Lepas hantar Puan Marlina pi opis, gua hantar pulak Cik Orked ke rumah neneknya. Malas gua nak balik rumah semula sebab ngantok. Akhirnya gua amik keputusan untuk lepak ajer di rumah Datin Sri. Sambil baring-baring depan tv gua terlelap.

"Apei bangun dah pukul 12.00 ni. Pi semayang jumaat" Datin Sri kejut gua.

Dengan keadaan separa sedar gua capai tuala terus ke bilik mandi. Gua rasa hari tu air shower kat rumah Datin Sri sejuk betol. Tapi gua tekat jugak untuk mandi...

Gua capai syampoo kaler pink dalam botol jernih. Boleh tahan wangi, tapi sabun nyer kurang. Gua tambah taruk sikit lagi kasi penuh tapak tangan. "Heh..memang wangi gua pi semayang jumaat sat lagi" kata gua dalam hati.

Elok keluar dari bilik mandi gua bertanya pada Datin Sri..

"Syampoo baru ke mak? tak pernah nampak pun. Wangi jugak tapi sabun nyer kurang sikit lah. Kena pakai lebih"

"Syampoo mana satu ni? Warna putih ke warna pink?" Tanya Datin Sri sambil lepak depan tv tgk drama melayu.

"Alaa kaler pink tu" Jawap gua senyum-senyum tanda puas hati rambut dah wangi.

"Ooo tu adik punya tu..shampoo kucing dia. Beli kat tesco malam tadi pesen refill punya, tu dia salin letak dalam bekas jernih tu"

Terus gua masuk bilik mandi semula.. nak bilas rambut pakai syampoo kaler putih pulak.

apei - budak kampung

psp saya

Assalamualaikum wbt,

Dari malam tadi gua mencarik psp (playstation portable) gua. Last sekali Cik Orked yang pakai buat main game pistol-pistol. Itu last sekali gua nampak psp gua. Gua try jugak carik dalam bilik Cik Orked kot dia simpan bawah bantal sebelum tidor ke, letak tepi katil ke, tak pun dah pandai berdisiplin letak balik psp kat dalam laci gua. Tapi haram semua tempat tak ada.

Lepas sahur tadi mata gua dah tak nak tidor, gua ber-diskusi secara ilmiah bersama Puan Marlina mencarik sebuah konklusi di mana terletaknya psp gua. Dah lama sgt tak berlaku benda-benda ghaib macam ni kat rumah gua.

Mungkin proses diskusi gua dengan Puan Marlina di ruang tamu bawah menganggu tidor Cik Orked dan beliau turun sambil bawak botol susu kosong..

"Mama nak cucu" kata Orked sambil hulur botol kosong.

"Orked nampak mana game papa?" tanya Puan Marlina buat-buat suara garang.

Dengan penuh jujur Orked melangkah menuju peti sejuk dan bukak tempat sayur. Yer di situ psp gua.

apei - budak kampung

p/s: Gua tengah cas batery psp sekarang. Sat lagi gua try 'on'. Kalau rosak gua terpaksa potong elaun baju raya Cik Orked untuk ganti kos repair psp gua. Muktamad!

Wednesday, September 1, 2010

Pengalaman Mohd Ridzuan Sufar bertemu Lailatulqadar Part 2.

Assalamualaikum wbt,

Intro: Gua ingat nak sambung citer ni lepas-lepas abis puasa 6. Tapi dah ada kutu-kutu kompelin suruh sambung. Tu belum kira yang kompelin dalam hati, yang hantar surat pakai saluran facebook pun ada cakap gua main-main kan perasaan reader. Oklah, hari ni gua tarawih 8 rakaat ajer sebab nak balik rumah nak sambung cerita Wan Sopak.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, pagi tu cerah tapi tak panas. Wan Sopak renung mata gua lama-lama.. beliau tarik nafas lagi... kemudian di lepaskan perlahan...

"Semalam, lepas ana balik dari dengar usrah dari Haji Sheikh, jiwa ana betol-betol tersentuh. Ana rasa setiap butir perkataan dari mulut Haji Sheikh bagaikan busar yang tepat ke hati ana"

Wan Sopak terhenti di situ. Di lemparnya jauh pandangan ke pokok pelam nenek gua. Dari mata beliau gua tau itu hanyalah sebuah pandangan penuh keinsafan. Tak ada sedikit pun tanda-tanda Wan Sopak berniat nak rembat pelam nenek gua.

"Malam tadi dalam perjalanan ana balik dari kedai Mail, ana berasa sangat sayu di hati. Sedang ana berjalan di tepi rumah Opah Itam, ana tersepak sebatang pokok buluh yang menghalang laluan ana.. Mula nya ana ingat hanya sebatang, tapi rupanya banyak. MasyaAllah.. bukan kah itu tanda malam Lailatulqadar?"

Gua dah start terpegun, bulu roma start nak naik selai-selai.

"Ana tengok pokok buluh rebah ke bumi sebagai tanda kebesaran kuasa Allah, air mata ana dah mula mengalir. Tak sangka ana terpilih untuk bertemu Lailatulqadar, dalam perjalanan pulang ke rumah itu jugak, badan ana terlalu sejuk hingga menggigil"

Gua tengok Wan Sopak memang cakap betol kali ni, dari matanya gua tau dia tak menipu.

"Lagi Sheikh.." kerana terpegun, lidah gua secara tiba-tiba memanggil Wan Sopak sebagai Sheik. Tinggi darjat Wan Sopak di mata gua ketika itu.

"Sampai saja ana dirumah terus ana salin pakaian dan mengambil wudhuk. Benarlah seperti yang diceritakan oleh Haji Sheikh, air sangat lah sejuk, menggigil seluruh tubuh ana.. MasyaAllah, lalu ana bersolat sunat 2 rakaat dan memohon supaya ana diampunkan dosa. Dan Alhamdulillah pagi ni ana bangun tidor ana rasa diri ana sesuci bayi yang baru lahir" panjang lebar sembang Wan Sopak.

"Wahai sahabatku dunia akhirat Wan, pahala anta sekarang sudah macam ustaz-ustaz anta tau tak?" Kata gua kepada Wan Sopak sebagai tanda kagum.

"Yaaa itu ana tau" jawap Wan Sopak. Gaya angkoh masih ada.

Gua meminta izin untuk menemani Wan Sopak berjalan bersama beliau hingga ke rumah beliau. Terlintas di depan rumah Opah Itam. Lantas Wan bersuara..

"Haaa kan ana dah kata, cuba anta tengok pokok buluh tu, masih lagi sujud menyembah bumi walaupun sudah siang.. begitu agung kuasa Allah"

Sepantas kilat gua menoleh kepala ke arah pokok buluh tepi rumah Opah Itam demi meyaksikan sebuah keajaiban Ramadhan..

MasyaAllah.. gua beristigfar, Ya Allah kau ampunkanlah dosa hamba-Mu ini, kau tenangkanlah hati hamba-Mu yang lemah ini.

Gua menoleh semula ke arah Wan Sopak seraya berkata "Brader, tu buluh bukan sujud menyembah bumi pasal Lailatulqadar, itu buluh menyembah bumi pasal orang tebang nak buat lemang"

"Yer ke? abis yang gua rasa sejuk semacam malam tadi aperhal" Wan Sopak pun dah mula goyang.

"Dah lu tegok teh 'o' ais limau sampai tiga cawan pastu ais semua lu kasi kunyah telan memang lah satu badan sejuk!"

28 Ramadhan tahun 2000. Hari tu nyaris puasa gua nak batal pasal maki orang.

apei - budak kampung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...